Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

LAUTAN KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Rencana Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn

LAUTAN memainkan peranannya di dalam mengawal iklim bumi dan kehidupan laut adalah dipengaruhi oleh perubahan iklim. Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa isu global iaitu isu perubahan iklim telah banyak mempengaruhi laut dan kehidupan laut yang ada di dalamnya, isu-isu seperti pemanasan global, pe- ningkatan suhu laut dan paras laut mengancam hidupan marin dan komuniti di persisiran pantai.


BERSEMPENA dengan ‘Hari Lautan Sedunia’, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Awang Yahya ketika melepaskan penyu-penyu ke laut yang merupakan salah satu Program Pemeliharaan dan Pengurusan Penyu untuk melindungi spesies tersebut dari kepupusan.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Peningkatan paras laut mengancam hidupan marin dan komuniti di persisiran pantai dan perubahan iklim banyak memberikan kesan-kesan negatif bukan saja kepada penduduk persisiran pantai, malah juga kepada ekosistem marin seperti implikasi pemanasan global memberikan kesan kepada pertumbuhan takat-takat asli yang tidak terkecuali dialami di perairan negara ini.

Aktiviti-aktiviti manusia sejagat telah mempunyai impak yang buruk kepada lautan dunia. Ekosistem yang terdedah dan mudah dicemari seperti takat-takat telah pun rosak serta sumber perikanan yang pen- ting telah pun digunakan secara berlebihan melalui cara penangkapan ikan yang merosakkan. Suhu lautan yang telah me- ningkat, peningkatan paras air laut dan peningkatan tahap bahan asid di lautan yang disebabkan oleh perubahan iklim adalah merupakan ancaman ke atas kehidupan marin, komuniti persisiran pantai dan pulau serta ekonomi nasional.

Pengarah Perikanan, Dayang Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim dalam temu bual eksklusif dengan pihak media baru-baru ini sempena Hari Lautan Sedunia yang diraikan setiap 8 Jun, menekankan bagi menangani implikasi perubahan iklim. Jabatan Perikanan akan terus melaksanakan Program Pemeliharaan, Pengurusan dan Penggunaan Sumber Marin secara berkekalan (sustainable).

Menurutnya, jabatan- nya pada masa ini sedang menyediakan strategi di dalam melindungi ekosis- tem yang agak ‘fragile’ seperti takat-takat dan hidupan laut yang lain; akan meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang penyelidikan dan mening- katkan pengetahuan dan kesedaran awam dalam memahami peranan laut ke atas kesan perubahan iklim dan memupuk tanggungjawab kepada setiap individu dalam pengurangan pencemaran marin (marine pollution) dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi menginte- grasikan pengurusan dan pembaikpulihan ekosistem persisiran pantai.

Pengarah Perikanan juga memberitahu mengenai program dan tindakan- tindakan bagi memastikan pengurangan pencemaran alam sekitar bagi kemajuan industri perikanan yang terdiri daripada sektor-sektor penangkapan ikan, akuakultur, pemprosesan makanan laut dan sektor ekopelancongan perikanan marin.

Program-program tersebut ialah mengamalkan ‘environmental friendly approach’ ke atas aktiviti akuakultur khususnya kegiatan ternakan udang dalam kolam melalui penggunaan ‘recirculatory system’ di mana penggunaan air kolam di‘treated’ sebelum digunakan semula bagi ternakan seterusnya. Program ‘good aquaculture practices’ juga diserapkan kepada pengusaha-peng- usaha akuakultur bagi memastikan pencemaran alam sekitar dapat dibendung dan juga bagi mengelakkan terjadinya kejadian pe- nyakit udang/ikan yang boleh mengakibatkan ke- rugian besar kepada pe- ngusaha-pengusaha. Program ‘good processing practices’ juga diamalkan kepada pengusaha-pengu- saha pemprosesan maka- nan laut dengan tujuan yang sama. Di dalam sektor tangkapan ikan pula, jabatan berkenaan telah menguatkuasakan penggunaan saiz mata pukat tunda bahagian lundu dari 38mm kepada 51mm bagi mengurangkan pembaziran sumber ikan dan sekali gus mengurangkan pencema- ran alam sekitar terutama di laut.

Di dalam menangani isu pencemaran alam sekitar ini, Pengarah Perikanan menegaskan, perlu disedari bahawa isu sedemikian tidak hanya diletakkan kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi ianya merupakan tanggungjawab bersama di dalam sama-sama menjadikan negara ini sebagai negara yang bebas daripada pencemaran alam seki- tar terutama di lautan kita.

“Negara kita mempunyai kawasan penangkapan ikan yang terhad, dan ke arah ini, kita berharap semua pihak akan dapat memainkan peranannya di dalam sama-sama melindungi kawasan - kawasan kitani daripada ancaman yang tidak diingini seperti pencerobohan dari nelayan-nelayan asing, penggunaan alat-alat menangkap ikan yang boleh membinasakan kawasan-kawasan pembiakan, dan juga menjaga sumber marin ini daripada kepupusan,” ujarnya lagi.

KEKALKAN

Ketika diajukan apakah pula langkah-langkah berterusan Jabatan Perikanan untuk mengekalkan hidupan laut di perairan negara daripada kerosakan dan pencemaran?

Beliau menegaskan Jabatan Perikanan, bertanggungjawab di dalam mengurus dan memajukan sektor perikanan di negara ini. Ini termasuklah memelihara dan melindungi sumber perikanan bagi memastikan sumber perikanan di perairan negara ini adalah di tahap berkekalan dan akan sentiasa dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Dalam perkara ini, jabatan ini sentiasa mengamalkan program- program pemeliharan dan pengurusan perikanan se- perti memajukan sumber perikanan marin ke tahap Maximum Economic Yield (MSY); melaksanakan program pemeliharaan dan pengurusan perikanan iaitu memperkenalkan penggunaan saiz mata pukat tunda bahagian lundu dari 38mm kepada 51mm; menguatkuasakan penggantungan sementara (moratorium) ke atas semua kapal pukat tunda sejak tahun 2000 di mana peruntukan kapal pukat tunda telah dikekalkan kepada bilangan yang telah ditetapkan; menguatkuasakan penggunaan mata pukat berukuran 51mm dibahagian lundu sejak tahun 2002 kepada semua kapal- kapal pukat tunda. Sebelum itu semua pukat tunda menggunakan saiz mata pukat 38’’ yang mengakibatkan pembaziran hasil tangkapan daripada pengusaha-pengusaha pu- kat tunda; menguatkuasakan penggantungan sementara (moratorium) ak- tiviti menangkap ikan di kawasan zon 1 bermula 1 Januari 2008 dan menggalakkan penggunaan alat- alat menangkap ikan yang mesra alam bagi mengu- rangkan pembaziran sumber ikan yang berukuran kecil (the wastage of under-size fish).

Dalam pada itu, Jabatan Perikanan katanya telah mengadakan dua kaji selidik ‘marine biodiver- sity’ pada tahun lepas dan tahun ini, bagi mengetahui keadaan takat-takat dan sumber hidupan laut marin, serta biodiversiti yang terdapat di perairan negara ini, di samping mengkaji penemuan-penemuan baru spesies ikan-ikan takat (coral reef fish), takat-takat dan hidupan akuatik di kawasan-kawasan berke- naan.

Dengan mengetahui keadaan hidupan akuatik dan biodiversiti marin perairan kita, jabatan dapat merangka pelan tindakan yang bersesuaian mengikut hasil daripada kajian tersebut. Ini juga berkaitan dengan objektif melindungi eko- sistem marin di kawasan- kawasan takat khususnya, bagi pemuliharaan marin biodiversiti sebagai mendukung program pengurusan perikanan yang mapan (sustainable).

Bagi menangani pencerobohan, pencemaran dan kerosakan hidupan laut di Perairan Brunei, Jabatan Perikanan telah me- ningkatkan rondaan- rondaan bagi mengawal selia perairan negara ini. Rondaan ini meliputi dijalankan sendiri oleh Jabatan Perikanan yang mana pada masa ini telah dijalankan selama sebelas jam sehari di perairan negara ini, di samping itu kerjasama dengan agensi- agensi penguatkuasaan yang lain seperti Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Pasukan Polis Marin. Rondaan seperti ini adalah sangat perlu kerana kawa- san laut yang luas adalah sukar tanpa kerjasama agensi-agensi berkenaan.

SUMBANGAN

Pada tahun ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih tema sambutan ‘Lautan Kita, Tanggungjawab Kita’ menekankan tanggungjawab kita sebagai individu dan berkumpulan untuk mengawal alam sekitar marin dan mengurus sumber dari lautan dengan berhati-hati.

Menurut Pengarah Perikanan, tema ini mencerminkan kepada kita semua supaya sama-sama memupuk sikap tanggungjawab di dalam menjaga dan melindungi lautan bagi memastikan ianya dimanfaatkan dengan sebaiknya demi mengekalkan kesejahteraan alam marin dan sumbangan laut kepada kita secara berkekalan (sustainable).

Kita juga akan me- ningkatkan kerjasama serantau dalam bidang penyelidikan dan me- ningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam di dalam memahami peranan laut ke atas kesan perubahan iklim dan memupuk tanggungjawab kepada setiap individu di dalam pengurangan pencemaran marin (marine pollution) dan mengambil langkah- langkah yang bersesuaian ke arah mengintegrasikan pengurusan dan pembaikpulihan ekosistem persisiran pantai.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-