Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon – pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan kosong di dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH ( Yayasan ).

PENYELIA KOMPLEKS SUKAN SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Kelayakan :

- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya BGCE 'O' Level atau yang sebanding dengannya.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri.
- Sanggup bekerja setiap hari secar bergilir iaitu :

Pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang
Pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam
- Pemohon yang mempunyai kemahiran dan/atau pengalaman kerja yang bersesuaian akan diberikan keutamaan.

PEMBANTU SEKOLAH

Kelayakan :

- Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya 'Brunei Junior Certificate of Education' (BJCE) atau yang sebanding dengannya.
- Pemohon yang mempunyai kemahiran dan/atau pengalaman kerja yang bsersesuaian akan diberikan keutamaan.

Tugas-tugas :

1. Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dalam sekolah.
2. Membersihkan bilik darjah dan luar darjah, bilik guru dan lain-lain.
3. Membersih kawasan sekolah.
4. Menjaga kecantikan taman dan kawasan sekolah.
5. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

PEGAWAI PELABURAN (INVESTMENT OFFICER)

Kelayakan asas: - Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang 'Finance', 'Accounting', 'Economics', 'Investment' atau 'Business Management.'
- Pemohon-pemohon yang tidak mempunyai kelulusan yang tersebut di atas tetapi mempunyai pengalaman yang bersesuaian akan dipertimbangkan.

Ciri-ciri:

- Bekerja dengan pengawasan yang minima dan 'Performance Oriented'.
- Amanah dalam menyimpan maklumat rahsia.
- Berkemampuan dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan.
- Mempunyai 'analytical skills'.
- Menyumbang kepada 'team's performance' dengan memenuhi matlamat dan objektif.
-Yakin dalam menganjurkan dan menyumbangkan idea baru.
-Mampu bekerja di bawah tekanan dan memenuhi 'deadlines'.
- Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
(Bagi jawatan PEGAWAI PELABURAN 'INVESTMENT OFFICER', pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara bertulis dan menyertakan butir-butir diri yang lengkap (CV), salinan sijil-sijil kelulusan sera dokumen yang berkenaan dan nombor telefon yang mudah dihubungi, berserta dengan gambar baru berukuran paspot (tidak dikembalikan)).

Borang permohonan bagi jawatan PENYELIA KOMPLEKS SUKAN SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH dan PEMBANTU SEKOLAH boleh didapati di:-

Ibu Pejabat,
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Jalan Kumbang Pasang,
Gadong BA 1511,
Negara Brunei Darussalam.

Hanya permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihatar ke alamat di atas tidak lewat dari Hari Sabtu, 4 Julai 2009 sebelum jam 12.00 tengah hari bagi jawatan PENYELIA KOMPLEKS SUKAN SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH dan PEMBANTU SEKOLAH manakala tarikh tutup bagi jawatan PEGAWAI PELABURAN (INVESTMENT OFFICER) ialah pada hari Selasa, 14 Julai 2009.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 2234088/2234087 pada waktu pejabat.


JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk kampung yang bermastautin di kawasan Kampong Setia 'A', Mukim Sungai Kebun untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan :

KETUA KAMPONG SETIA 'A'
MUKIM SUNGAI KEBUN, DAERAH BRUNEI MUARA

Tanggagaji : C1.EB2 iaitu : $1,280.00 hingga $1,930.00

KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG :

Setiap calon ketua kampung hendaklah :-

1. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Kerajaan.

2. Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh meneruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

3. Pencadang dan Penyokong-Penyokong bagi seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung yang berkenaan. Calon Pencadang dan Penyokong-Penyokong hendaklah menandatangani Borang Pencalonan. Borang Pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

4. Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak swasta hendaklah terlebih dahulu menghadapkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.

5. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-Syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung ).

Tatacara menghadapkan borang pencalonan :

> Cara memohon :

Keterangan lanjut dan borang pencalonan boleh didapati daripada Bahagian Institusi Mukim dan Kampung,

Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 jam 4.00 petang.


Dikemaskini 4 Julai 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.