|
Pelita Brunei - Hasrat Negara
PERADUAN ini adalah sebahagian dari aktiviti tahunan yang diungkayah- kan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Ia juga satu inisiatif bagi menambah koleksi esei-esei yang bakal dimuatkan dalam penerbitan IPA. Esei-esei itu diharapkan menjadi penjana kepada kemantapan dan kemajuan Perkhidmatan Awam bagi menghadapi cabaran-cabaran
abad 21.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan dibukakan kepada semua warganegara Negara Brunei Darussalam dan penduduk yang bermastautin di Negara Brunei
Darussalam lebih daripada 1 tahun dan berumur 18 tahun ke atas.
Seorang peserta boleh menghantar lebih dari satu esei.
Esei mestilah karya asli dan bukan terjemahan, saduran atau apa sahaja pengertianyang boleh menyebabkan esei itu bukan karya asli.
Semua esei yang menyertai peraduan ini menjadi hak milik IPA.
Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat.
Semua esei mestilah dihantar dalam dua (2) salinan ke IPA berserta disket atau pun cakera padat (CD).
Menyertakan bersama sekeping gambar penulis berukuran pasport.
BUTIR-BUTIR ESEI
Tajuk esei hendaklah bersesuaian dengan salah satu tema berikut :
Kepimpinan
Kualiti dan Produktiviti
Nilai dan Etika
Teknologi Maklumat
Pengurusan Dalam Islam
Pengurusan Kewangan
Dan semua aspek mengenai pengurusan
Jumlah Perkataan :
Setiap esei hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 2,500 perkataan dan tidak lebih
daripada 5,500 perkataan (tidak termasuk bahan rujukan dan nota kaki yang disertakan
dalam esei.
Format Penulisan :
Bertaip jarak dua langkau baris pada sebelah permukaan kertas berukuran A4 sahaja.
Disertakan juga sinopsis (ringkasan esei).
Mestilah berbentuk ilmiah (hasil kajian dan penyelidikan, berserta graf dan data jika perlu).
Bahasa :
Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
Rujukan :
Petikan atau rujukan mestilah dicatatkan dalam bentuk bibliografi.
PENGHAKIMAN
Semua penyertaan akan dihakimi oleh sebuah panel hakim yang dilantik. Keputusan
hakim adalah muktamad.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Selasa, 30hb. Jun 2009, Jam 4.00 petang
BORANG PENYERTAAN DAN ESEI
Borang penyertaan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu, IPA. Esei penyertaan
hendaklah dihantar kepada :
Setiausaha Jawatankuasa
Peraduan Menulis Esei Anjuran Institut
Perkhidmatan Awam
Institut Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Simpang 256-24, Jalan Kampong Rimba
Gadong BE3119
Negara Brunei Darussalam.
Pemenang Pertama : B$1,200.00
Pemenang Kedua : B$1,000.00
Pemenang Ketiga : B$ 800.00
6 Hadiah Penghargaan : B$ 200.00
Hadiah Saguhati : B$ 50.00
Kembali ke muka utama
|