Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Kaunter Pembayaran Bil Elektrik ditutup

JABATAN Perkhidmatan Elektrik memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa semua Kaunter Pembayaran Bil Elektrik dan Kaunter Pembelian Kupon Meter Pra-bayar akan ditutup pada tarikh-tarikh berikut:

- Hari Rabu, 15 Julai 2009 - Cuti Awam bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63.
- Hari Isnin, 20 Julai 2009 - Cuti Awam bagi Israk Mikraj.
Sehubungan itu, para pelanggan yang berhasrat untuk berurusan dengan Kaunter Pembayaran atau Kaunter Pembelian Kupon-kupon Meter Pra-bayar adalah dinasihatkan supaya akan dapat berurusan sebelum tarikh berkenaan.

Bagi pelanggan Meter Pra-bayar, sila pastikan kredit awda mencukupi semasa hari-hari tersebut.

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.