
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang disembahkan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin berlangsung di Tingkat 3, Ballroom, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Sabah. Berangkat sama YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. (Foto : Pg. Haji Bahar Pg. Haji Omar dan Abdullah Haji Awg. Damit)
Majlis Santap berkenaan berlangsung di Tingkat 3, Ballroom, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman di sini.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Ianya juga dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri.
Di sebelah petang, baginda berdua dan rombongan diraja telah menamatkan lawatan rasmi selama dua hari di Kota Kinabalu, Sabah.
Hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Sabah berjalan dengan baik. Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kota Kinabalu ditubuhkan pada 1 November 2002.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Sabah pada 18 hingga 20 September 2001. Kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama dua hala yang meliputi bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, perhubungan, pendidikan, pertanian dan kebudayaan.
(Oleh : Dk Hjh Fatimah Pg Hj Md Noor dan Ak Jeffri Pengiran Durahman )
Kembali ke muka utama