
Menyertai rombongan diraja ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Sebelum berangakat balik, baginda berdua diiringi oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Berbahagia Toh Puan serta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Datin Seri Panglima menaiki pentas diraja bagi menerima hormat diraja. Selepas itu Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Lagu Kebangsaan Malaysia dan Lagu Kebesaran Negeri Sabah dimainkan, dikuti dengan bacaan doa selamat.
Lawatan baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Sabah adalah atas jemputan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Kali terakhir baginda berdua membuat lawatan ke Negeri Sabah ialah pada tahun 2001.
Semasa berada di Sabah, baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri memulakan atur cara lawatan dengan menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang disembahkan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima di salah sebuah tempat peranginan di Kota Kinabalu.
Dalam lawatan itu, baginda berdua diraikan di Majlis santap Negeri yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, Teluk Likas.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Dalam lawatan itu Kebawah DYMM juga berkenan melawat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar dan juga mendengar taklimat mengenai Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Pelancongan yang disembahkan sempena lawatan baginda ke Negeri Sabah yag berlagsung di Menara Tun Mustapha Teluk Likas, di sini.
Di atur cara yang berasingan, semasa lawatan ini, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan kanak-kanak di majlis mesra baginda bersama kanak-kanak berkenaan di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Sebelum mengakhiri lawatan, baginda berdua menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang disembahkan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin yang berlangsung di sebuah mall di Kota Kinabalu.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
(Oleh : Dk Hjh Fatimah Pg Hj Md Noor dan Ak Jeffri Pengiran Durahman )
Kembali ke muka utama