Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 4 Jun 2009 / 10 Jamadilakhir 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.20
     Asar 3.45
 Maghrib 6.31
     Isyak 7.46
 Imsyak 4.33
     Subuh 4.43
 Syuruk 6.06
     Doha 6.31
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“DAN hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah buruk dan keji. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang- orang yang berjaya.” (Surah Ali 'Imran ayat 104).


Keadaan Cuaca :
Baik selain dari hujan hujan san hujan berpetir berasingan keseluruhannya di laut dan di beberapa kawasan pesisiran pantai pada awal pagi dan sekitar tengahari. Hujan di sana sini dan hujan berpetir berasingan dijangka berlaku lagi di daratan pada waktu petang sebelum bergerak menuju Timur Laut kemudian.


Keadaan Angin :
Bertiup dari Barat Daya selaju 5 - 20kmsj di daratan dan meningkat hingga 30kmsj di laut.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan keseluruhannya di laut


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Menerima mengadap
Menteri Pertahanan Antarabangsa
dan Keselamatan United Kingdom


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan ketika berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Baroness Ann Taylor, Menteri Pertahanan dan Keselamatan United Kingdom di Istana Nurul Iman.
(Foto : Masri Osman/Mohd. Zul-izzi Haji Duraman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan petang ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Antarabangsa dan Keselamatan United Kingdom, Yang Berhormat Baroness Ann Taylor.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB RIMBA, Rabu, 3 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Commander-in-Chief, Tentera Udara Diraja Thailand, Air Chief Marshal Itthaporn Subhawong di upacara rasmi yang diadakan di Pangkalan TUDB di sini.
berita penuh...

Brunei Darussalam mewarisi keunggulan tunggak bangsa TUNGKU, Rabu, 3 Jun. - Sebagai sebuah negara tua di rantau nusantara ini Negara Brunei Darussalam telah melalui berbagai proses corak kehidupan yang sudah semestinya menghimpunkan banyak pengalaman.
berita penuh...

Kikis label pegguna tenaga per kapita tinggi TUTONG, Rabu, 3 Jun. - Masyarakat di negara ini mesti berusaha mengikis label atau jenama gelaran pengguna tenaga per kapita tinggi, sebanding, malah mengalahkan beberapa negara perindustrian, sedangkan di negara-negara berkenaan penggunaan tenaga mempunyai kaitan dengan penggunaan ke arah penjanaan ekonomi.
berita penuh...

Menteri Kesihatan terima kunjungan muhibah Pesuruhjaya Tinggi Kanada BERAKAS, Rabu, 3 Jun. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi petang tadi menerima kunjungan muhibah dari Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Wendell Sanford berlangsung di Kementerian Kesihatan di sini.
berita penuh...

LOJI BARU RIPAS BERHARGA LEBIH BND15 JUTA BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. - Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mempunyai sebuah bangunan baru Loji Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, bernilai BND15,860,739.34.
berita penuh...

3 kumpulan KKBS berjaya ke KKC Peringkat Kebangsaan RIMBA, Rabu, 3 Jun. - Kumpulan IMPROVER dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, IT-CON, dari Perpustakaan Daerah Belait dan SOLIDARITY@DBP dari Dewan Bahasa dan Pustaka akan mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ke Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kemudian.
berita penuh...

Guru-Guru Skim Khas kemukakan cadangan projek BERAKAS, Rabu, 3 Jun. - Untuk meningkatkan profesionalisme Guru-Guru Skim Khas dan menggunakan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang subjek bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran, Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan mengadakan Penyampaian Cadangan Projek oleh guru-guru skim berkenaan.
berita penuh...

Majlis Minggu Tarbiyah tingkatkan serta kukuhkan syiar Islam di Kementerian Pertahanan BERAKAS, Selasa, 2 Jun. - Dalam usaha memartabatkan lagi pengetahuan agama Islam di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) dengan kerjasama Pejabat Bahagian Ugama, Bolkiah Garison, untuk pertama kalinya pada tahun ini telah mengungkayahkan Majlis Minggu Tarbiyah bersempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-48.
berita penuh...

Anggota ABDB sertai Sukan Triatlon MUARA, Rabu, 3 Jun. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengadakan Sukan Triatlon bagi pegawai-pegawai dan anggota ABDB bermula di Pusat Sukan Air ABDB, Serasa dan berakhir di tempat yang sama.
berita penuh...

MIB pegangan cara hidup dan sumber perpaduan dan politik negara KAMPONG LAYONG, Rabu, 3 Jun. - Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong menegaskan selaku rakyat dan penduduk negara ini harus bersyukur kerana telah dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...

BMR tersenarai dalam 'Transparency International' BERAKAS, Rabu, 3 Jun. - Biro Mencegah Rasuah (BMR), Jabatan Perdana Menteri hari ini melakar sejarah menjadi salah sebuah negara yang tersenarai dalam 'Transparency International' (TI), sebuah organisasi yang menerajui masyarakat sivil global memerangi rasuah.
berita penuh...

30 ahli PMUBD didedahkan dengan kerjaya Bomba dan Penyelamat BERAKAS, Rabu, 3 Jun. - Seramai 30 ahli Persatuan Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (PMUBD) mengadakan lawatan kerjaya hari ini ke Balai Bomba dan Penyelamat, Berakas.
berita penuh...

Pustakawan nadi penggerak pelaksanaan pengurusan perpustakaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. -Tenaga manusia merupakan nadi penggerak kepada pelaksanaan pengurusan sesebuah perpustakaan yang mana mereka ini dipanggil sebagai Pustakawan.
berita penuh...

Telefon 'Iridium' satelit digunakan di kawasan pendalaman KUALA BELAIT, Rabu, 3 Jun. - Berikutan dengan terjejasnya hubungan komunikasi di kawasan pendalaman Labi akibat bencana alam yang berlaku awal Februari lalu, Syarikat Telbru telah melakukan langkah dengan meminjamkan sebanyak sembilan set telefon ‘Iridium’ satelit bagi kegunaan penduduk di kawasan terbabit.
berita penuh...

Dayang Hajah Haliah kini memiliki sebuah rumah baru KASAT, Rabu, 3 Jun. -Dayang Hajah Haliah binti Haji Ghafar kini memiliki sebuah rumah baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas.
berita penuh...

SVNR juara Perlawanan Lisan antara Sekolah, Maktab, Vokasional dan Teknika BERAKAS, Rabu, 3 Jun. - Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam (SVNR) muncul juara dalam Perlawanan Lisan di antara Sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Vokasional dan Teknikal bagi kategori National Trade Certificate, yang diadakan di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal (MTSSR) di sini.
berita penuh...

Saringan Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan pada 5 dan 7 Jun ini BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. -Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Brunei dan Muara akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan 1430h/2009m Peringkat Saringan Daerah Brunei dan Muara pada 5 dan 7 Jun di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
berita penuh...

Larian Hari Olimpik 2009 21 Jun ini BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. - Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan mengadakan acara Larian Hari Olimpik 2009 pada pagi Ahad, 21 Jun 2009 bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
berita penuh...

Beberapa pengusaha kedai makan didapati tidak mempunyai lesen yang sah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Jun. - Operasi Lesen 01/2009 melibatkan lima buah agensi penguatkuasa yang diadakan baru-baru ini mendapati beberapa pengusaha kedai makan tidak mempunyai lesen yang sah yang menyalahi seksyen 3 (1) Akta Lesen Rampaian Bab 127 dan juga tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 16 Akta Hiburan Awam Bab 181.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“MEMANG menjadi matlamat kerajaan untuk melihat rakyat berbahagia dan sejahtera. Ini hanya akan dapat dicapai apabila negara berkeadaan mantap dan aman.” -

- Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007 pada 11 Zulhijah 1427 /
1 Januari 2007.


BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan. 2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn



SENARAI AHLI-AHLI KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI)

JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


"BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ... " BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)" ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009