Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

KOREA RAKAN PERDAGANGAN PENTING ASEAN
Rencana Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@Information.gov.bn

TAHUN ini menandakan hari ulang tahun yang ke-20 perhubungan Dialog ASEAN - Korea. Dalam meraikan Sidang Kemuncak Memperingati Hubungan ASEAN-Republik Korea diadakan di Pulau Jeju pada 1 dan 2 Jun, Presiden Republik Korea Lee Myung-buk dan ketua-ketua negara dari 10 buah negara ASEAN akan menghadiri dalam perbincangan yang berprestij ini.

PARA pemimpin 10 negara ASEAN dan Republik Korea bertemu di Pulau Jeju, Republik Korea di Sidang Kemuncak Memperingati Hubungan ASEAN-Republik Korea Ke-20.

Dalam Sidang Kemuncak Memperingati Hubungan ASEAN-Korea, ketua-ketua negara akan membincangkan mengenai perkembangan perhubungan kerjasama di antara Korea dengan negara-negara ASEAN untuk 20 tahun lepas dan melihat perkembangan hala tuju di masa depan dan cara-cara bagi mengatasi kemelut isu global yang sedang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa seperti krisis kewangan dan perubahan iklim.

Dalam Kerjasama Ekonomi, ASEAN dan Republik Korea (ROK) merupakan rakan perdagangan penting. Pada tahun 2006, ASEAN mengeksport USD25,670.00 juta barangan kepada ROK dan mengimport barangan sejumlah USD26,849.70 juta. Dalam perdagangan dua hala ASEAN-ROK meningkat sebanyak 30.3 peratus daripada USD40,300.80 juta pada tahun 2004 kepada USD52,519.70 juta pada tahun 2006.

Manakala pelaburan ROK di ASEAN bertambah daripada USD1,304 juta pada tahun 2006 kepada USD2,758.00 juta pada tahun 2007, merupakan pelabur keenam terbesar di ASEAN.

Kerjasama ASEAN- ROK dalam bidang politik dan keselamatan telah diperkukuhkan dengan dialog tahunan dan pertukaran pandangan dan pendapat terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa melalui mekanisme - mekanisme ASEAN-ROK yang sedia ada seperti sidang-sidang kemuncak, mesyuarat- mesyuarat menteri, Dialog ASEAN-ROK dan mekanisme-mekanisme lain di bawah rangka kerja serantau seperti proses ASEAN+3 (APT), Sidang Kemuncak Asia Tenggara, dan Forum Serantau ASEAN (ARF).

Bagi Kerjasama Sosial dan Kebudayaan antara ASEAN dan ROK adalah untuk meningkatkan kesefahaman bersama dan mempromosikan satu kesedaran ASEAN yang lebih mendalam melalui pertukaran tenaga manusia yang berkaitan seperti dalam bidang kesihatan (dan pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit berjangkit), perkembangan kebajikan sosial, belia, pendidikan (dan universiti rangkaian), pelancongan, dan kebudayaan.

Di Sidang Kemuncak ASEAN-ROK Ke-10 yang berlangsung 14 Januari 2007 di Cebu, Filipina, para pemimpin bersetuju untuk menubuhkan Pusat ASEAN-ROK. Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Republik Korea dengan Ahli-ahli Negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara mengenai penubuhan Pusat ASEAN- ROK telah ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN- ROK Ke-11 pada 21 November 2007 di Republik Singapura. Tujuan pusat tersebut adalah bagi meningkatkan jumlah per- dagangan, mempercepat- kan aliran pelaburan, meningkatkan pelancongan dan membangunkan pertukaran kebudayaan di antara ASEAN dengan ROK.

Pusat ASEAN - Korea telah dilancarkan dengan rasmi pada 13 Mac 2009 di Seoul, Korea, diikuti oleh mesyuarat pertama Pengarah-pengarah Majlis Pusat ASEAN - Korea. Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Kamilah Haji Mohd. Hanifah daripada Jabatan Kerjasama Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

KOMITMEN

Menyentuh mengenai kerjasama perdagangan dan pelaburan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga melahirkan rasa puas hati di atas hubungan rapat di antara kedua-dua pihak dan seterusnya baginda percaya dengan adanya penandatanganan ‘ASEAN - Korea Framework Agreement on the Comprehensive Economic Cooperation’ pada tahun 2005 bukan sahaja menunjukkan komitmen untuk meningkatkan hubungan ekonomi, malah juga mencartakan haluan masa hadapan hubungan ekonomi ASEAN - Korea.

Dalam pada itu baginda juga menyokong komitmen Presiden Roh Moo-Hyuan di Sidang Kemuncak ASEAN - Korea Ke-10 berlangsung di Hotel Shangri La, Mactan, Cebu pada 14 Januari 2007 untuk mencapai keamanan dan ke- stabilan di rantau ini terutamanya keadaan di Semenanjung Korea adalah penting bagi ASEAN kerana ianya amat mempengaruhi proses Dialog Serantau dan Pembangunan Komuniti Asia Timur.

Mengenai dengan ‘Trade in Goods Agreement’, baginda seterusnya melahirkan rasa puas hati bahawa perjanjian tersebut telah diselesaikan dan berharap perjanjian dalam bidang yang lain terutama di bidang perkhidmatan, pelaburan dan kerjasama akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Manakala pelaksanaan perjanjian bidang-bidang ini akan menunjukkan komitmen ASEAN - Korea untuk mengukuhkan lagi perkongsian kerjasama ekonomi bagi menghasilkan perkembangan positif terutama sekali dalam meningkatkan persefahaman dan membina keyakinan di antara sektor swasta.

Baginda juga puas hati kerjasama ASEAN - Korea dalam meningkatkan pertukaran kebudayaan seperti seni persembahan, yang mana dengan ini membolehkan rakyat ASEAN dan Korea dapat saling mengenali dan seterusnya meningkatkan persahabatan rapat bagi mengukuhkan kemajuan kerjasama di bidang lain.

Baginda percaya hubungan ASEAN - Korea yang sedia ada akan terus cerah. Bagi tujuan itu kedua-dua pihak perlu memupuk dan memberi panduan bagi masa hadapan, titah baginda.

Pada 21 November 2008, di Sidang Kemuncak ASEAN - ROK yang berlangsung di Hotel Shangri La, Republik Singapura, Kebawah Duli Yang Maha Mulia melahirkan rasa puas hati di atas bidang-bidang yang dilaksanakan dalam kerjasama ekonomi, budaya dan teknologi maklumat di antara ASEAN dengan ROK.

Di samping itu baginda juga menghargai hasil pe- rundingan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN - ROK serta pencapaian projek-projek kerjasama ekonomi untuk meningkatkan usaha-usaha perpaduan.

Dalam hal ini baginda berharap kedua-dua belah pihak terus menggalakkan lagi inisiatif bagi mempromosikan hubungan kerjasama ekonomi yang lebih rapat.

Di sidang itu baginda seterusnya melahirkan rasa puas hati mengenai perkembangan positif di Semenanjung Korea dan menekankan sokongan ASEAN terhadap Perbincangan Enam Hala (Six-Party Talks).

Menyentuh mengenai perubahan iklim dan keselamatan tenaga, baginda bertitah bahawa ASEAN berpeluang untuk memperolehi pengetahuan dan pengalaman ROK terutamanya dengan usaha- usaha mempromosikan kecekapan tenaga melalui perkongsian amalan-amalan terbaik dan bantuan teknikal.

Dalam pada itu baginda juga melahirkan rasa puas hati di atas usaha-usaha ROK dalam mempromosikan kefahaman budaya dan meningkatkan hubungan di antara kedua-dua negara dengan projek-projek yang bersesuaian.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-