Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

MINDA PEMBACA

MINDA Pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang telah kami kemukakan iaitu 'Kesedaran Krisis Global'. Mereka akan menerima hadiah sebanyak BND40.00. Pendapat yang berjaya itu adalah seperti berikut: :

Bersama meningkatkan sumber ekonomi

SERING diperkatakan ketika ini perihal krisis global yang mana tiada sebuah negara pun terkecuali dari menerima harusnya. Punca dan penyebab yang banyak menyumbang ke arah krisis global masa kini ialah masalah ekonomi yang kian menjadi-jadi ekoran dari kemerosotan sumber alam yang semakin terhad disebabkan bencana alam, penyakit berjangkit, kemiskinan dan peperangan. Sehingga kini langkah-langkah yang bersesuaian telah diambil namun sedikit sahaja yang dapat dilaksanakan. Kebanyakkan negara mengambil langkah berjaga-jaga atas nama keselamatan dan kepentingan negara itu sendiri. Pengurusan sosial yang tidak bersistem menyukarkan pihak-pihak tertentu dan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang banyak.

Kesedaran krisis global di semua peringkat perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan yang tidak terduga kepada kebanyakan negara masa kini. Bencana alam yang kian tidak menentu disebabkan perubahan cuaca sangat-sangat membimbangkan pakar-pakar bumi di seluruh dunia. Bencana alam menjadi satu penyebab di mana petani tidak dapat menghasilkan tanaman mereka disebabkan oleh kejadian banjir atau kemarau yang berlarutan. Hasil tanaman serta kurangnya krisis makanan akan juga turut mengundang permintaan dari banyak negara yang bukan pengeluar barangan utama.

Jika kebanyakan negara tidak mendapat bekalan makanan dengan kadar yang segera krisis kedua pula yang akan melanda dunia, di mana ramai penduduk tidak mendapat sumber makanan yang secukupnya. Penyakit mula merebak di sana sini. Bekalan ubat-ubatan dan makanan mustahil untuk diberikan kepada semua penduduk dunia kerana apa negara-negara yang dianggap kaya dan berpengaruh sahaja yang akan terlebih dahulu diberikan keutamaan. Kerana kemiskinan dan pilih kasih itu menjadikan negara yang kurang mampu terus menderita jadi mangsa kepada krisis global. Mereka akan merasa lebih tertekan disebabkan negara-negara yang kaya dan banyak pengeluaran hasil tidak mengambil berat akan penderitaan

mereka.

Punca lain mungkin dari menanggung hutang yang banyak dan tiada cara lain untuk membayar balik disebabkan bencana alam yang merosakkan sumber utama ekonomi mereka. Sikap pilih kasih dan tidak ambil peduli itu akhirnya melahirkan rasa kebencian dan marah di kalangan penduduk dunia yang miskin. Kesudahannya jalan yang paling baik ialah dengan melancarkan tunjuk perasaan yang tanpa disedari membawa kepada pertumpahan darah atau perang saudara. Jika perkara ini terjadi krisis global itu bertukar dari masalah ekonomi menjadi peperangan yang banyak merosakkan tamadun manusia itu sendiri. “Kehancuran tidak da-

pat dipulihkan dalam masa satu hari, menghancurkan juga tidak sampai satu hari”.

Kita selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam perlu mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat dan dengar perihal tentang krisis global ketika ini. Sama-sama kita menyokong dasar-dasar kerajaan untuk meningkatkan sumber ekonomi, menjaga alam sekitar, membasmi kemiskinan dan yang penting sekali menjaga dan mengekalkan keselamatan dan keamanan yang sekian lama kita nikmati ini. Kita patut bersyukur kerana tinggal di negara tercinta ini dan memiliki kerajaan yang sangat mengambil berat akan masalah rakyat

nya.

Matlamat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pengeluar pertanian untuk sara hidup sendiri akan mengambil masa yang panjang. Ke arah itu langkah permulaan bermula dari sekarang jangan menunggu hari esok. Ketika ini negara boleh mengeluarkan hasil tanamannya sendiri tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk membekalkan ke seluruh daerah. Untuk mengurangkan dari terus bergantung

kepada negara luar sekurang-kurangnya kita dapat menghasilkan yang mudah ditanam tanpa bermusim untuk jangka masa yang panjang dan dari itu kita boleh mencuba yang lebih jauh dari itu dan boleh menampung keperluan rakyat.

Awang Junaidi bin Hidup,
No. 2. Jalan 9,
Kampong Perpindahan Lambak Kanan.
No. k/p : 00-257603.


Setiap rakyat perlu menyedari krisis global

DUNIA masih lagi berhadapan dengan pelbagai krisis. Ketika ini ada tiga krisis utama yang perlu ditangani. Krisis tersebut ialah krisis ekonomi yang berhubung kait dengan kewangan; kedua, krisis yang berpunca dari ketenangan keselamatan dan ketiga, krisis pemanasan global. Ketiga-tiga perkara ini kita dengar setiap hari dan negara-negara di dunia masing-masing dengan pendiriannya sama ada terdapat keseragaman dasar mahupun bertentangan antara satu dengan lainnya.

Sebagai anggota masyarakat serantau dan antarabangsa, Negara Brunei Darussalam tidak dapat memencilkan diri dari krisis yang dihadapi dunia ini kerana krisis ini tidak mengenal sempadan. Tambahan pula negara kita mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara luar, di samping mempraktikkan dasar ekonomi terbuka. Secara tidak langsung ia terdedah kepada apa yang berlaku di negara-negara luar.

Bagaimanapun kita bersyukur kerana negara ini tidak menerima impak seteruk yang dirasakan oleh banyak negara. Sebagai misal krisis kewangan yang melanda di sesetengah negara menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan pekerjaan, sistem kewangan hampir lumpuh, eksport barangan terhenti dan bermacam-macam kesan sampingan yang membebankan rakyat dan kerajaan. Tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat bila keadaan ini akan berakhir. Ada yang mengatakan ia hanya berupa sementara sahaja, tidak kurang yang meramal ia akan berlarutan dari dua hingga ke tiga tahun.

Kemantapan sistem kewangan dan kestabilan ekonomi negara ini telah dapat menghindarkan kepincangan tersebut dari berlaku di negara kita. Namun demikian ada baiknya dipelajari segala kesilapan yang telah berlaku di luar negara itu agar sistem yang kita amalkan akan terus kukuh dan kebal dari segala ancaman luaran.

Begitu juga halnya dengan bentuk krisis global yang lain seperti pemanasan alam sekitar, hendaklah ditangani dan diantisipasi dengan secara bersepadu. Dalam hal ini pendidikan dan pemahaman tentang peri mustahaknya pemeliharaan lingkurang hendaklah ditingkatkan, baik di sekolah-sekolah mahupun di kalangan masyarakat amnya.

Kita masih belum terlambat untuk menerapkan kesedaran krisis global ini di kalangan rakyat dan penduduk negara. Namun demikian kita tidak seharusnya berlengah-lengah lagi, tindakan mesti dibuat dari sekarang.

Dayang Amal Sohani binti Johari,
Simpang 63, No, 18,
Jalan Beribi, Gadong, BE 1118.
No. k/p : 00-298777.


Persiapkan diri dalam segenap bidang

KRISIS global yang melanda hari ini semakin meningkat. Kebimbangan kita mengenainya juga amat kita sedari. Tidak kira apa jua krisis yang dihadapi sama ada krisis global kewangan, makanan, akhlak dan sebagainya, ianya sentiasa menjadi topik yang sering diperkatakan di seluruh dunia.

Fokus kita sekarang adalah bagaimana cara untuk kita menangani masalah ini agar kita tidak mengalami sebarang kerumitan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa berusaha untuk menjadikan negara ini bebas dari sebarang masalah. Berbagai-bagai usaha juga telah rancak dijalankan semata-mata ingin melihat keharmonian dan kesejahteraan rakyat negara ini sentiasa terjamin.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan krisis makanan dunia. Penaikan harga barangan keperluan asas harian yang mendadak telah menjadi impak yang besar kepada penduduk di negara ini. Menyedari dengan hal ini, baginda menegaskan agar rakyat dan penduduk di negara ini agar menggunakan sumber alam ke arah meningkatkan tahap peratus sara diri yang lebih tinggi secara pantas daripada yang ada pada masa ini sejajar dengan pertumbuhan dan keperluan negara serta usaha ini akan dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Menyentuh mengenai krisis akhlak dan moral, gejala sosial yang semakin berleluasa juga telah menjadi satu kebimbangan yang tidak dapat dibendung lagi. Sungguhpun dunia global kini bertambah maju dan canggih, namun masih ada jua keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja semakin berleluasa. Senario ini telah menjadikan negara kita sedikit 'pincang' dan di- hambat kedukaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 2007 menekankan: “Pentingnya bagi negara ini tegak dengan akhlak yang baik. Lantaran itu, baginda juga memberikan jalan dalam usaha untuk menegakkan akhlak yang baik itu.” Antara lain baginda mengingatkan: “Kita tutup rapat-rapat dari sebarang akhlak yang buruk. Kita tidak mahu dibebani oleh gejala-gejala buruk. Kita tidak mahu buang masa dan wang untuk itu. Kita hanya mengingini untuk rancak membangun bukan melayan kerenah-kerenah yang tidak ternilai”.

Perlu diingat, cita-cita dan aspirasi negara bukan saja untuk mencapai kemajuan serta mempunyai rakyat yang berpengetahuan bahkan mestilah berhemah tinggi dan berbudi bahasa. Atas beberapa perkara juga, kita selaku rakyat dan penduduk sentiasa meningkatkan diri agar kesedaran krisis global perlu ada dalam minda kita.

Jika kita menginginkan negara kita sentiasa maju, cemerlang dalam segenap bidang dan mampu bersaing di peringkat global, kita hendaklah mempunyai akhlak yang mulia dan sentiasa mempersiapkan diri dalam segenap bidang tanpa menjejaskan nilai-nilai agama. Kita yakin dan percaya, kesedaran kita mengenai dengan krisis global dapat menjadikan negara ini mempunyai imej yang bersih, indah lagi cemerlang.

Seperkara lagi yang sering diambil perhatian ialah krisis kewangan global. Walaupun dalam situasi sekarang ini, krisis kewangan global di negara ini alhamdulillah masih stabil dan mantap hasil dari fundamental kukuh yang mendukung asas ekonomi negara.

Oleh itu adalah diharapkan agar setiap rakyat dan penduduk di negara ini perlu berusaha meningktakan taraf kehidupan bagi diri dan keluarga masing-masing agar kehidupan kita akan sentiasa kukuh dan terjamin.

Dayang Rahimah binti Haji Tengah,
No. 2, Blok 9, Berek MTSSR, Jalan Muara.
No. k/p : 01-115823.


Berjimat menangani krisis kewangan global

DUNIA hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran, ancaman dan ketidakstabilan dengan beberapa peristiwa yang mengakhiri tirai 2008 dan dijangkakan akan berterusan hingga penghujung 2009 menurut para penganalisa ekonomi. Krisis yang dirasai ini tidak hanya yang melibatkan ekonomi malahan jua isu-isu berkaitan perubahan iklim, bekalan air bersih, keselamatan makanan, pendemik, keganasan dan sebagainya yang mana semua ini memberi impak yang amat nyata kepada masyarakat global.

Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat tahun lalu ekoran kecundangnya beberapa institusi pelaburan ternama, menyebabkan pasaran saham terjejas teruk dan jutaan penduduk di seluruh dunia kehilangan pekerjaan, tidak terkecuali di Asia. Pelan stimulus ekonomi telah segera diluluskan oleh beberapa buah negara dalam usaha untuk memulihkan semula ekonomi dan menarik semula pelabur-pelabur asing.

Selain itu, kita juga berhadapan dengan isu perubahan iklim dengan meningkatnya suhu panas, bencana alam dan sebagainya. Kita tidak terkecuali menerima impak daripada perubahan iklim ini yang turut dirasai apabila negara dilanda banjir kilat dan menyebabkan kerugian harta benda dan premis-premis perniagaan terpaksa di- tutup sementara berikutan kejadian yang tidak diduga itu.

Perubahan iklim ini juga turut menjejaskan pengeluaran di sektor pertanian yang menjadi kebimbangan global akan keupayaan negara-negara pengeluar utama untuk menampung keperluan makanan populasi dunia. Beberapa pertubuhan dunia telah menyarankan agar negara-negara pengeluar menggalakkan penerokaan ekstensif demi untuk meningkatkan dan mempelbagaikan hasil pengeluaran, di samping menyediakan insentif dan garis pandu tertentu dalam menangani masalah berkaitan dengan hasil pengeluaran.

Isu keselamatan makanan turut diberi perhatian, berikutan pencemaran kimia berbahaya 'melamine' yang dikesan dalam bahan makanan dan me-

nyebabkan penarikan balik beberapa jenama import yang telah dikenal pasti tercemar. Tindakan kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan mengawal isu tersebut adalah langkah bijak demi untuk melindungi keselamatan pengguna.

Dalam sektor pertanian misalnya, kita dapat melihat usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mempertingkatkan hasil keluaran tempatan seperti Projek Penanaman Padi di Wasan. Sedikit sebanyak diharapkan dapat menyumbang kepada keperluan domestik yang mana pada masa ini negara masih bergantung kepada import beras dari negara Thailand.

Kesimpulannya, di sebalik semua yang berlaku, ada iktibar yang boleh

diambil pengajaran, yang mana krisis ekonomi yang melanda mengajar kita agar berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan. Mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial disertai dengan pelaksanaan harus seiring dalam merealisasikan matlamat tersebut. Kita hruas mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dari krisis global yang berlaku pada hari ini. Meskipun impak yang dirasai tidak begitu ketara di kalangan kita, namun langkah awal dalam penjimatan adalah perlu untuk persiapan di hari mendatang.

Dayang Norhafizah binti Karim,
No. 802, Kampong
Panchor Murai, Jalan Kulapis,
BH 3123.
No. k/p : 00-313224.


TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA AKAN DATANG

1. 'Ke Arah Sara Diri Pengeluaran Beras Tempatan'. Tarikh tutup : 30 Mei 2009.

2. 'Seruan Tindakan Terhadap Perubahan Iklim'. Tarikh tutup : 6 Jun 2009.

3. 'Ke Arah Penjimatan Tenaga Elektrik'. Tarikh tutup : 13 Jun 2009.

Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon jika ada hendaklah disertakan dan hendaklah dihantar kepada :

Sidang Penyunting Minda Pembaca,
Unit Pelita Brunei,
Lapangan Terbang Lama, Berakas,
Bandar Seri Begawan, BB 3510,
Negara Brunei Darussalam,
jaafar.ibrahim @ information.gov.bn.
e-mel : pelita@ brunet.bn

Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-