Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN: 3 JUN 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 JUN 2009
BILANGAN IKLAN 22/05/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7(a)

1. JURUTERA JENTERA LADANG
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pertanian / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan atau bidang berkaitan; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

2. PEGAWAI PENYELIDIK
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PROGRAM
PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penyelidikan / Dasar Awam / Ekonomi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

b) TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Berkebolehan menggunakan dan mengendalikan sistem komputer.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan penyediaan kertas kerja adalah kelebihan.

3. KETUA PEMBANTU TEKNIK
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan berkaitan dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai buku-buku catatan harian kerja yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengawas Pekerja adalah diberi keutamaan dan dikehendaki dibawa bersama-sama temuduga.

4. PEMAIN MUZIK
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang muzik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

iii) Lulus ujian pratikal yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Mempunyai pengalaman bermain muzik dengan sebuah kumpulan / orkestra yang diperakui.

Boleh membaca score muzik. Selain daripada itu, kebolehan / kemahiran dalam menyusun lirik muzik adalah diberi keutamaan.

Boleh bermain alat-alat muzik tradisional dan pancaragam kombo.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

5. PEMBANTU PENGARANG
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Penulisan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dalam Jabatan yang sama dalam jawatan berkaitan dengan bidang penulisan atau penyuntingan atau penerbitan dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang penulisan atau penyuntingan atau penerbitan dalam Bahagian IV tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang penulisan secara kreatif dan non-kreatif serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan.

Pemohon-pemohon yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik adalah kelebihan.

6. PRANIDAYA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) 4 Kredit/Kepujian mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Mempunyai anggota Fizikal yang sempurna.
Mempunyai ukuran tinggi tidak kurang dari 5 kaki dan berat badan tidak lebih dari 49.9 kg. (110 paun)
Berpengalaman yang terbukti di bidang seni tari adalah kelebihan.

7. JURUTAYANG / PEMANDU
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

Mempunyai lesen memandu Kelas 3. Mempunyai Lesen Memandu Kelas 5 adalah kelebihan.
Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam mengendalikan peralatan-peralatan elektronik yang diperlukan bagi kegiatan-kegiatan dakwah dan majlis-majlis pengislaman adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 24 JUN 2009 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat sepesrti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN 38(b)

1. NAZIR KHAS
JABATAN KENAZIRAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
B.3 ($3,880 – $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Pelajaran dalam tanggagaji G.13 atau jawatan sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

a. Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c. Peraturan-Peraturan Kewangan.

Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang mata pelajaran yang diperlukan atau pengalaman bertugas di mana-mana Jabatan di dalam Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

Mempunyai kebolehan merancang, menyediakan kertas kerja dan mengendalikan kaji selidik adalah kelebihan.

Berkebolehan seperti berikut adalah kelebihan.

a. Menunjukkan kebolehan dan keyakinan untuk menilai dan

menasihat tenaga pengajar dan pentadbir sekolah serta Institusi Pendidikan.

b. Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan, innovatif dan kreatif

dalam melaksanakan tugas.

c. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan

kursus, bengkel atau seminar berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran pendidikan menengah/rendah.

d. Mempunyai kebolehan merancang, menyediakan kertas

kerja dan mengendalikan kaji selidik.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

NOTA : Pengisian adalah bagi mata pelajaran:

1. English Language/English Literature
2. Mathematics/Add. Mathematics/Advance Mathematics
3. Special Educational Needs/Specialised Education
4. PE/Co-Curiculum
5. ICT/Design and Technology
6. Accounting/Commercial Studies
7. Music and Drama

2. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.

Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / B.2 /G.11 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Mempunyai pengalaman dalam memproses permohonan pendaftaran institusi-insti2tusi pendidikan swasta, permohonan membaharui pendaftaran institusi pendidikan swasta dan permohonan pendaftaran guru-guru institusi pendidikan swasta.

Lulus Peperiksaan berikut:

i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

3. PENYELIA KANAN SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH,
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.14 ($ 2,740 – $3,160 SEBULAN)
ATAU
G.11 ($ 2,270 – $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i)Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii)Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.

iii)Berkhidmat di Kementerian Pendidikan termasuk Jabatan

Sekolah-Sekolah, Kenaziran Sekolah-Sekolah, Peperiksaan dan lain-lain Institusi Pengajian tidak kurang dari 20 tahun.

Mempunyai pengalaman dan pernah terlibat dalam bidang penyeliaan atau mempunyai pengetahuan yang luas serta terlibat didalam pengurusan persekolahan rendah.

Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4. PEGAWAI DERMASISWA DAN KESEJAHTERAAN
BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.10 ($ 2,085 – $3,120 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Dermasiswa atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.4 tidak kurang dari 10 tahun.

Berpengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang yang sama dan juga yang mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer adalah keutamaan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 4 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan sahaja.
Tarikh Iklan: 26 MEI 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 27 JUN 2009
Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 37/2009

5. TIMBALAN PEGAWAI BALAI
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
P.4 EB.5 ($880 - $1,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan dalam tanggagaji P.3 tidak kurang dari 3 tahun.

Telah mengikuti dengan jayanya kursus/latihan Ahli Bomba Kanan.

Mempunyai Sijil Pegawai Rendah Bomba dengan jayanya.

Ahli Bomba Kanan yang tidak mempunyai Sijil Rendah Bomba tetapi telah berkhidmat lebih 20 tahun adalah juga dipertimbangkan.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 5 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sahaja.

Tarikh Iklan: 23 MEI 2009

Tarikh Tutup Permohonan: 23 JUN 2009

Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Penerbangan Awam, Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam.

Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 38/2009

6. ATENDAN DEWAN KANAN
JABATAN MUZIUM-MUZIUM
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN
SUKAN
E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding serta berpengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Muzium sebagai Atendan Dewan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 6 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Muzium-Muzium sahaja.

Tarikh Iklan: 26 MEI 2009

Tarikh Tutup Permohonan: 27 JUN 2009

Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Muzium-Muzium, Jabatan Muzium-Muzium, Negara Brunei Darussalam.

Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 39/2009

PEMBERITAHUAN :
Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/


YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenihi jawatan kosong di dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HASSANAL BOLKIAH (Yayasan).

PENYAMBUT TETAMU/OPERATOR TELEFON

Kelayakan:
i. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
ii. Berumur diantara 20 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii. Lulus peperiksaan Penilaian Menengah Bawah [PMB] atau yang sebanding dengan nya. Pemohon yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi akan diberikan keutamaan.
iv. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
v. Berkesanggupan bertugas secara bergilir.
vi. Pengalaman dalam bidang kerja dan jawatan yang berkaitan akan diberikan keutamaan.
vii. Berkebolehan menggunakan komputer yang diberikan keutamaan.

Peringatan:

Borang permohonan boleh didapati di:

Ibu Pejabat
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Gadong BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Hanya permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat dari Hari Jumaat, 12 Jun 2009.


Dikemaskini 3 Jun 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.