Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad menegaskan perkara itu di Majlis Pelancaran Jerayawara Hari Tenaga 2009 Bagi Daerah Tutong berlangsung di Dewan Seri Kenangan.
Menurut Yang Berhormat, trend negara masa ini adalah membimbangkan kerana sebahagian besar dari peningkatan tahunan datangnya dari permintaan sektor domestik dan bukannya sektor perindustrian atau perekonomian.
Yang Berhormat seterusnya menambah, kita akan berasa bangga jika dikenali sebagai penduduk sebuah negara yang menghargai kenikmatan dan kemudahan yang ada di negara kita ini.
Dari segi ekonomi jelas Yang Berhormat, kita akan mendapat keuntungan dari segi pinjaman di dalam perbelanjaan bagi menampung keperluan tenaga manakala pengurangan penggunaan bahan bakar akan menjadikan persekitaran lebih sihat melalui pengurangan emisi karbon dioksida.
“Penggunaan kenderaan alternatif bagi tujuan perjalanan ataupun riadah misalannya berbasikal atau lebih baik lagi berjalan kaki, akan menjadikan tubuh badan yang sihat dan kuat,” ujar Yang Berhormat.
Ini jelasnya hanyalah sebahagian daripada manafaat yang akan diperolehi di peringkat persendirian, manakala jika dilihat dari konteks negara, keuntungan tersebut akan bertambah berlipat kali ganda.
Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan, untuk menjadikan penjimatan tenaga sangat-sangat berkesan ia memerlukan penglibatan semua orang tanpa mengira pangkat, umur dan di mana kita berada.
“Maka dengan itu tema ‘Jimatkan Tenaga, Tanggungjawab Kitani’ adalah amat bertepatan. Kita sudah pasti memahami apa itu Jimatkan Tenaga dan Tanggungjawab,” tegas Yang Berhormat.
Majlis juga diselajurkan dengan sesi seminar anjuran Bahagian Tenaga, JPM, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Unit Petroleum.