Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 4 Februari 2010 / 19 Safar 1431

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.36
     Asar 3.57
 Maghrib 6.32
     Isyak 7.44
 Imsak 5.07
     Subuh 5.17
 Syuruk 6.36
     Doha 7.00
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

*** Manisnya Iman ***

“WAHAI orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.”
- (Surah Al Maa-idah
ayat 90).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dengan hujan berasingan atau kelompok hujan berlaku di kawasan pesisiran pantai di Daerah Temburong dan Brunei-Muara pada awal pagi, walaubagaimanapun cuaca pada amnya di jangka berkeadaan baik di sebelah pagi ini. Hujan atau hujan berpetir di sana sini di jangka berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan mereak ke kawasan pesisiran pantai pada awal malam.

Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari Barat Daya pada waktu pagi menjadi angin dari Barat Laut selaju 10-20 kmsj pada waktu petang di daratan dan bertiup dari Timur Laut selaju 10-30 kmsj di kawasan laut.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit ke sederhana di paras 0.7-1.5 m.

Ramalan Jangka Panjang Sehingga Tengah Malam :
Hujan atau hujan berpetir sekali sekala melintasi kawasan pesisiran pantai pada waktu malam.


Suhu Maksimum :
 32 darjah Celsius


Suhu Minimum :
25 darjah Celsius



Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

Berkenan menerima mengadap
Jeneral Sir David Richards


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan juga selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menerima mengadap Ketua Staf Jeneral, United Kingdom, Tuan Yang Terutama Jeneral Sir David Richards, di Istana Nurul Iman.
(Foto : Haji Mohammad Yusof Mohd. Yassin)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan juga selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Ketua Staf Jeneral, United Kingdom, Tuan Yang Terutama Jeneral Sir David Richards KCB CBE DSO ADC Gen.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Ditetapkan jawatan Pengarah Jabatan KDN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar ditetapkan dalam jawatan Pengarah Jabatan KDN.
berita penuh...

Berkenan berangkat ke Majlis Meraikan Wanita Pertama Negara Jelajah Kutub Selatan

JERUDONG, Rabu, 3 Februari. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat ke Majlis Resepsi Makan Malam bagi meraikan wanita pertama negara yang berjaya menjelajah ke Kutub Selatan, Dayangku Najibah Eradah binti Pengiran Ahmad Mahdi Al-Sufri.
berita penuh...

Program Kokurikulum penting kepada pelajar dan mahasiswa

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Program Kokurikulum di institusi-institusi pengajian di negara ini merupakan salah satu komponen kegiatan akademik yang penting kepada para pelajar bukan sahaja di sekolah menengah bahkan kepada pada mahasiswa Pusat Pengajian Tinggi.
berita penuh...

PKS sebagai tulang belakang ekonomi yang maju dan dinamik

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Pentingnya Perusahaan Sederhana dan Kecil-kecilan (PKS/SME) sebagai tulang belakang ekonomi umumnya sememangnya telah diiktiraf oleh kerajaan kita masing-masing bahkan ianya merupakan salah satu ciri penting keusahawanan SMEs dalam ekonomi yang maju dan dinamik.
berita penuh...

Empat penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat terima sijil dan lencana

BERAKAS, Rabu, 3 Februari. - Seramai empat anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi kumpulan kedua menerima sijil dan lencana mereka setelah tamat mengikuti Kursus Public Safety Diving Supervisor di International Diving Academy Malaysia.
berita penuh...

38 terbunuh kemalangan jalan raya sepanjang 2009

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Jumlah mangsa yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2009 mencecah 38 orang manakala 72 orang mendapat cedera parah dan 536 orang pula cedera ringan.
berita penuh...

Program PPB tumpukan kemahiran, pembangunan diri dan penempatan kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Program Pembangunan Belia (PPB) mengandungi tiga komponen penting iaitu Program Latihan Kemahiran, Program Pembangunan Diri dan Program Penempatan Kerja.
berita penuh...

SPN21 gariskan keperluan-keperluan kemahiran termasuk ICT

GADONG, Rabu, 3 Februari. - Dalam SPN21 ada digariskan keperluan-keperluan kemahiran (essential skills) yang perlu diajar dan diterapkan kepada pelajar-pelajar termasuklah kemahiran dalam ICT.
berita penuh...

TUDB juara Kejohanan Hoki Peringkat ABDB 2009

LUMUT, Rabu, 3 Februari. - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menjuarai Kejohanan Akhir Hoki Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2009.
berita penuh...

Inggeris Untuk Bisnis dan Teknologi

BERAKAS, Rabu, 3 Februari. - Menyedari akan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris, satu persidangan 'Inggeris Untuk Bisnis dan Tekonologi' (English for Business and Technology - E4BT), berlangsung di Orchid Garden Hotel, di sini.
berita penuh...

Perpustakaan gedung khazanah ilmu

SENGKURONG, Rabu, 3 Februari. - Perpustakaan adalah merupakan gedung khazanah ilmu pengetahuan, pusat pengembangan budaya ilmu dan pertumbuhan intelek yang memberi peluang dan ruang untuk mencari dan menggali ilmu pengetahuaan.
berita penuh...

NCC mula beroperasi akhir tahun lalu secara berperingkat-peringkat

JERUDONG, Rabu, 3 Februari. - Pusat Kanser Kebangsaan atau National Cancer Center (NCC) mula beroperasi sejak akhir tahun lalu secara berperingkat-peringkat bersebelahan dengan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).
berita penuh...

Pelajar berpeluang dapatkan maklumat terperinci kursus-kursus di UK

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Februari. - Pameran Pendidikan UK 2010 yang diadakan di negara ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para pelajar atau lepasan sekolah bagi mengetahui peluang-peluang yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian tinggi di beberapa universiti terkemuka United Kingdom.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"INI merupakan petanda, bahawa kita adalah ingin menguasai semua bidang ilmu, kerana hanya dengan ilmu pengetahuan yang lengkap sahaja, dunia dan akhirat kita akan dapat diraih dengan sempurna."
- Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Brunei Darussalam di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam pada
29 Syaaban 1428 /
11 September 2007.

Dapatkan Vaksin Influenza A (H1N1)

KEMENTERIAN KESIHATAN memaklumkan kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin Influenza A (H1N1) di Pusat-pusat Suntikan yang berhampiran.

Di Daerah Brunei dan Muara, pusat suntikan disediakan di Pusat Vaksinasi, Ong Sum Ping; Pusat Kesihatan Berakas 'A', Kampung Anggerek Desa; Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong dan Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Bagi penduduk yang tinggal di Daerah Belait, suntikan boleh diperolehi di Hospital Suri Seri Begawan dan Pusat Kesihatan Sungai Liang, sementara di Daerah Tutong pula boleh diperolehi di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Suntikan A (H1N1) di Daerah Temburong boleh dilakukan di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Bagi makluman orang ramai, Kementerian Kesihatan juga akan membuka Pusat Suntikan di Stadium Tertutup Berakas mulai hari Sabtu, 30 Januari 2010 pada waktu bekerja sahaja.

Sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A (H1N1) bolehlah menghubungi talian Healthline 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu bekerja.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)


+673-2-381004
+673-2-382905


" DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ... " DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ... " DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ... " DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ... " DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ... " DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) DI PUSAT-PUSAT SUNTIKAN " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer