|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 3 FEBRUARI 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 17 FEBRUARI 2010
BILANGAN IKLAN: 05/02/10 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENGUASA KANAN BOMBA DAN PENYELAMAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN) ATAU
P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. Kelulusan dalam salah satu bidang berikut adalah kelebihan:-
o Civil Engineering
o Communications and Computer Systems Engineering
o Computing
o Construction Engineering and Management
o Electrical and Electronic Engineering
o Forensic Science
o Information Technology
o Mechanical Engineering
o Marine Engineering
o Statistic
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penguasa Bomba dan Penyelamat dalam tanggagaji P.8 tidak kurang dari 7 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa.
iii) Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.
.
Pemohon-pemohon di para a) (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
i) Umur - Diantara 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki / Wanita)
ii) Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki: Sekurang-kurang 5'4 (1.63m) Tidak melebihi 60 kg.
- Bagi wanita: Sekurang-kurang 5' (1.52m) Tidak melebihi 55kg.
iii) Dada - Bagi lelaki: Sekurang-kurangnya 34" (86cm) Apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv) Bagi pemohon perempuan hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v) Tiada masalah pendengaran.
vi) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens).
vii) Tidak buta warna (colour blind).
viii) Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan Bagi Ahli Bomba (Medical Guideline For Firefighter).
SYARAT-SYARAT LAIN
a) Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
b) Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
UJIAN
Pemohon-pemohon a (i) adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
KURSUS / LATIHAN
a) Pemohon-pemohon yang berjaya akan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat dan di seberang laut dari masa ke semasa.
TEMPOH PERCUBAAN
a) Pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun dan akan ditempatkan di Cawangan-Cawangan Operasi / Bahagian / Unit sebelum ditetapkan dalam jawatan.
b) Penguasa Kanan yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
2. PEGAWAI LATIHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri / Kejuruteraan Sivil / Mekanikal / Pengurusan / Pentadbiran Am / Sumber Tenaga Manusia / Komputer / Informasi Komunikasi Teknologi (ICT) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama
Mempunyai pengalaman dalam bidang latihan teknikal, menjalankan analisis keperluan latihan, merancang kurikulum latihan dan memperolehi kemahiran atau pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pembangunan, Jalan Raya, Air, Arkiterk dan Mekanikal adalah kelebihan.
3. PEGAWAI PAMERAN
JABATAN MUZIUM-MUZIUM
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pameran dan Reka Bentuk Muzium atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkebolehan membaca tulisan jawi adalah kelebihan.
4. PEMERIKSA BANGUNAN KANAN
JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Bangunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sebagai Pemeriksa Bangunan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam mengendalikan komputer adalah kelebihan.
Hendaklah tahu dan mempunyai kebolehan dalam membaca peta bangunan serta boleh menyediakan laporan-laporan mengenai hal bangunan.
5. KERANI PENDAFTARAN
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
6. AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
KEKOSONGAN=67
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA.
Pemohon-pemohon adalah dipelawa terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong sebagai AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI / WANITA) di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
GAJI/TANGGAGAJI:
Gaji sebanyak $500 sebulan. Selepas berkhidmat selama 6 bulan dan lulus menjalani Latihan Asas Kebombaan dengan memuaskan, calon-calon diberi gaji sebanyak $605.00 sebulan dalam tanggagaji P1 / P2 ($605.00 - $885.00), beserta dengan elaun-elaun tertentu.
KELAYAKAN AKADEMIK:
Lulusan Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
KELAYAKAN FIZIKAL:
Umur - Diantara 18 tahun hingga 26 tahun (Lelaki / Wanita)
Tinggi dan berat badan- Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5'4'' (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
- Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5' (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34" (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
Bagi pemohon perempuan hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
Tiada masalah pendengaran.
Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens).
Tidak buta warna (colour blind).
Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan pemeriksaan doktor yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan Bagi Ahli Bomba (Medical Guideline For Firefighter).
SYARAT-SYARAT LAIN:
a) Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
b) Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
a) Ahli Bomba Pelatih yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
b) Ahli Bomba Pelatih yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
KURSUS / LATIHAN:
a) Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat.
b) Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 / 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH7. PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH7:
UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,
TINGKAT 3
BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
JALAN MENTERI BESAR, BB3910
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan GH7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 17 FEBRUARI 2010 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
o Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
o Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
o Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
o Pejabat Daerah Belait;
o Pejabat Daerah Temburong.
o Pejabat Daerah Tutong;
o Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
Dikemaskini 3 Februari 2010 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|