|
|
Jumaat 3 Julai 2009 / 10 Rejab 1430
 |
|
|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.26
Asar 3.52
Maghrib 6.37
Isyak 7.53
Imsyak 4.38
Subuh 4.48
Syuruk 6.12
Doha 6.37
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dengan hujan berpetir di laut pada mulianya menjadi baik kemudian. Walaubagaimanapun hujan dan hujan berpetir berasingan dijangka berlaku lagi dekat pantai dan persisiran pantai sekitar tengahari dan di pedalaman pada waktu petang.
Keadaan Angin :
Bertiup dari Barat Daya selaju 5 - 10kmsj pada waktu pagi menjadi dari arah Barat Laut atau Barat selaju 10 - 20kmsj pada waktu petang.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit dibawah paras 1.0 m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan terutama di laut.

Suhu Maksimum :
32 darjah celsius
Suhu minimum :
25 darjah celsius






tpelita@yahoo.com
|
|
NBD - Persekutuan Rusia bincang hubungan dua hala
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Hal Ehwal Luar Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Sergey Lavrov di ‘Ministry of Foreign Affairs Mansion’ .
(Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)
PERSEKUTUAN RUSIA, Rabu, 1 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan memulakan lawatan rasmi ke Persekutuan Rusia dengan berangkat menghadiri Upacara Meletakkan Kalungan Bunga di Tugu Perkuburan Parajurit di Taman Alexander, Tembok Kremlin di sini.
Tugu tersebut merupakan tugu peringatan yang didedikasikan kepada askar-askar perang kesatuan soviet yang terbunuh semasa Perang Patriotik pada tahun 1941-1945.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Wabak Influenza A (H1N1) mencecah 93 kes
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai. - Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam mengesahkan 27 lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 93 kes dan kesemua kes-kes ini sedang dalam siasatan dan menjalani rawatan.
berita penuh...
Keselamatan pelancong turut diambil kira
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai. - Dalam usaha memberikan maklumat dan kefahaman mengenai Influenza A (H1N1) kepada pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai, Kementerian Kesihatan petang ini mengadakan siri taklimat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) khususnya Bahagian Pelancongan.
berita penuh...
BIACC terima pengiktirafan ISO 9001:2000
GADONG, Khamis, 2 Julai. - Pusat Kargo Udara Antarabangsa Brunei (BIACC) pada awal Januari lalu telah menerima pengiktirafan rasmi ISO 9001:2000 dari Biro Veritas yang berpengkalan di United Kingdom berdasarkan kualiti pengurusannya.
berita penuh...
Sembahyang Hajat dan Bacaan Ratib Al-Attas memohon terhindar A (H1N1)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai. - Bagi memelihara dari wabak Influenza A (H1N1) satu Majlis Sembahyang Hajat dan Bacaan Ratib Al-Attas telahpun diadakan di Surau Kementerian Perhubungan.
berita penuh...
Sembahyang Hajat menghindar A (H1N1)
RIMBA, Khamis, 2 Julai. - Pelbagai usaha serta ikhtiar telah dan terus dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan berikutan meningkatnya jumlah mereka yang dijangkiti Influenza A (H1N1) di negara ini.
berita penuh...
BEDB perluas perdagangan pengusaha tempatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai. - Sebagai inisiatif untuk memaju dan menyediakan perusahaan-perusahaan tempatan kecil dan sederhana dengan peluang-peluang perniagaan yang canggih, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) menandatangani memorandum persefahaman bersama Syarikat G4S.
berita penuh...
Seminar - Bengkel Pengajaran Bahasa Inggeris berakhir dengan penyampaian sijil
GADONG, Khamis, 2 Julai. - Seminar dan Bengkel Kerjasama bertema ‘Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di Institusi Pendidikan Vokasional dan Teknikal dan Sekolah Menengah di Negara Brunei Darussalam” berakhir hari ini dengan Majlis Penyampaian Sijil.
berita penuh...
Perletakan batu asas bangunan ICD
KUALA LURAH, Khamis, 2 Julai. - Salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara kesembilan ialah Pembinaan Bangunan Inland Container Depot (ICD) yang kini sedang dijalankan sejak awal tahun ini.
berita penuh...
Panduan Pelaksanaan Audit Dalaman mudahkan kerja-kerja Unit Audit Dalaman
TUNGKU, Khamis, 2 Julai. - Ke arah memperkesankan audit dalaman bagi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerjaan, Jabatan Audit mengambil inisiatif dengan menyediakan Panduan Pelaksanaan Audit Dalaman untuk memudahkan pengendalian kerja-kerja Unit Audit Dalaman.
berita penuh...
UBD TAWARKAN BERBAGAI PROGRAM SESI 2009-2010
RIMBA, Khamis, 2 Julai. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) menawarkan berbagai pengajian dan program bagi sesi 2009/2010 yang akan bermula Ogos depan.
berita penuh...
PEMBINAAN PUSAT KEMASYARAKATAN NAIKKAN IMEJ PEKAN SERIA
SERIA, Khamis, 2 Julai. - Syarikat Minyak Brunei Shell dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan Daerah Belait akan membangunkan Pusat Kemasyarakatan Seria di atas tanah berkeluasan 10 ribu meter persegi di pekan ini, berhadapan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC).
berita penuh...
Sekolah Sunshine adakan Kempen Kebersihan ekoran A H1N1
GADONG - Dengan tercetusnya wabak A H1N1, para pentadbir dan kakitangan Sekolah Sunshine mengadakan kempen kebersihan baru-baru ini bertepatan pada waktu sekolah ditutup sementara.
berita penuh...





|
|

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)
10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :
1. Sentiasa mencuci tangan.
2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat
8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn

KIBARKAN BENDERA MULAI 1 JULAI
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.




JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|
Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer
|