|
MENGIBAR BENDERA
TANDA KESETIAAN
KEPADA RAJA, NEGARA
Rencana Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn
TANGGAL 15 Julai adalah tarikh bersejarah kerana pada tarikh itulah raja yang kita kasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diputerakan.
Setiap tahun menjelang kita meraikan sambutan ulang tahun tersebut, maka seluruh rakyat negara ini diarah mengibarkan bendera negara sebagai tanda meraikan dan memeriahkan sambutan berkenaan dan yang lebih besar lagi sebagai tanda ketaatan dan kesetiaan kita kepada raja dan negara.
Maka bersempena dengan sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-63 pada 15 Julai 2009 ini, kita selaku rakyat dan penduduk di negara ini sama-sama menyahut seruan kerajaan supaya mengibarkan bendera negara kita mulai hari Rabu depan, 1 Julai 2009 sebagai tanda ketaatan dan kesetiaan kita kepada raja dan negara yang dicintai.
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap negara di dunia ini mempunyai ben- dera masing-masing dengan identitinya yang tersendiri kerana bendera merupakan simbol atau lambang kenegaraan dan kedaulatan pemerintah serta bangsa. Begitulah juga negara kita Negara Brunei Darussalam mempunyai bendera kebangsaannya sendiri dengan warna kuning, putih dan hitam serta di tengah-tengahnya terdapat panji-panji negara berwarna merah yang bertulis perkataan bahasa Arab yang ertinya : ‘Sentiasa membuat kebajikan atau kebaikan dengan petunjuk Allah’.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Inilah di antara hasrat Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Sambutan Pera- yaan Hari Keputeraan menganjurkan Kempen Mengibar Bendera Negara 2009 di keempat-empat daerah bermula 20 Jun di Daerah Belait bertempat di Dewan Pejabat Daerah Belait, Cawangan Seria; esok Khamis, 25 Jun bagi Daerah Temburong di Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar; 27 Jun bagi Daerah Brunei dan Muara bertempat di Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Kampung Peramu dan di Daerah Tutong pada hari Isnin, 29 Jun di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Menurut Pengarah Pe- nerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong ketika ditemui antara objektif Jabatan Penerangan mengadakan- nya ialah bagi menanam- kan dan mempertingkatkan kesedaran di kalangan rakyat dan penduduk tentang peranan dan tanggungjawab mereka mengibar bendera negara semasa hari-hari kebesaran negara, meningkatkan semangat patriotisme dengan mentaati pemerintahan pemimpin, memberikan penjelasan mengenai fungsi dan peranan bendera sebagai lambang jati diri, pemangkin semangat nasio- nalisme, simbol kemegahan dan kebanggaan ne- gara bangsa, di samping menyokong dan membantu usaha-usaha yang telah diungkayahkan oleh agensi- agensi kerajaan dalam pembarigaan menaikkan dan mengibarkan bendera.
Sementara itu kemuncak acara ialah Majlis Pe- ngibaran Bendera Besar yang akan dilangsungkan di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara pada 1 Julai 2009 dan diikuti kemudian dengan Majlis Menaikkan Bendera di keempat-empat daerah pada hari yang sama.
Sehubungan dengan itu bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keramaian suasana sambutan pera- yaan Hari Keputeraan, JPM dalam surat keliling baru-baru ini telah membuat arahan kepada pega- wai-pegawai dan kakita- ngan kerajaan termasuk orang ramai untuk mengibarkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam bermula hari Rabu, 1 Julai hingga hari Jumaat, 31 Julai 2009.
Khutbah Jumaat pernah menyentuh mengenai ben- dera juga memainkan peranan penting serta me- rupakan lambang perpaduan rakyat di sebuah negara, walaupun terdapat di dalamnya perbezaan agama, keturunan, bangsa dan fahaman, tetapi tetap bersatu di bawah naungan raja dan ketua negara yang satu. Oleh itu memandangkan bendera merupa- kan lambang dan simbol kepada negara kita, maka selaku rakyat sudah seharusnya kita menghormati bendera negara kita sebagai salah satu tanda cinta dan hormat kepada negara. Bendera boleh membakar semangat patriotik, semangat kenegaraan. Contohnya dalam sukan setiap kontinjen mengibarkan bendera negara mereka masing-masing sebagai pengenalan kepada penonton-penonton dari negara mana mereka datang dan wakili. Jika permesyua- ratan luar negara pula ben- dera negara perwakilan diletakkan di atas meja ma- sing-masing sebagai lambang pengenalan negara yang mereka wakili.
LAGU KEBANGSAAN
Sementara itu dalam menaikkan bendera negara dengan diiringi lagu kebangsaan adalah suatu yang dituntut dalam adab dan peraturan ketika menaikkannya. Ini jelas bertujuan murni untuk menjadikan kita rakyat yang taat dan setia yang bernaung di bawah panji- panji kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Lagu kebangsaan juga menjadi identiti dan kebudayaan bangsa Brunei di mana kita merasa megah dan bangga untuk menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Ma- nakala lagu kebangsaan itu adalah doa. Doa kita yang kita pohonkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala untuk kelanjutan usia dan keafiatan sultan dan kemakmuran negara yang berterusan. Perkara ini jelas jika kita kaji semula dari bait ke bait lagu kebangsaan negara kita yang berjudul, ‘Allah Peliharakan Sultan’.
Bersempena dengan sambutan pada 15 Julai ini, kita selaku rakyat dan penduduk di negara ini sama- sama menyahut seruan kerajaan supaya mengibarkan bendera negara kita mulai 1 Julai 2009 sebagai tanda ketaatan dan kesetiaan kita kepada raja dan negara yang dicintai.
Kembali ke muka utama
|