Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

PEMBINAAN PUSAT KEMASYARAKATAN
NAIKKAN IMEJ PEKAN SERIA

SERIA, Khamis, 2 Julai. - Syarikat Minyak Brunei Shell dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan Daerah Belait akan membangunkan Pusat Kemasyarakatan Seria di atas tanah berkeluasan 10 ribu meter persegi di pekan ini, berhadapan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC).

Sehubungan itu. satu Majlis Penyerahan Tapak Projek bangunan tersebut telah diadakan di kawasan tapak pusat berkenaan yang disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah kepada wakil pemborong, Syarikat LCY Development Sendirian Berhad, Awang Franchis Lau.


PENOLONG Pegawai Daerah Belait, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah menyerahkan tapak projek pusat tersebut kepada wakil pemborong, Syarikat LCY Development Sendirian Berhad, Franchis Lau.

Kerja-kerja bagi membina pusat tersebut bermula kelmarin dan mengambil masa setahun untuk menyiapkannya. Kos pembinaan bangunan baru itu yang bertemakan ‘Urban Park’ menelan belanja kira-kira BND15 juta.

Bangunan itu nanti akan mempunyai sebuah dewan utama yang boleh memuatkan 1,500 orang yang digunakan bagi majlis-majlis kenegaraan, acara-acara keagamaan dan aktiviti riadah atau latihan jasmani.

Selain dewan utama, bangunan itu juga mempunyai bilik-bilik lain yang boleh digunakan bagi majlis-majlis berskala sederhana, bilik orang-orang kenamaan, surau, kafe yang terletak di aras bawah manakala di aras atas terdapat unit pembelajaran dua tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan internet dan gimnasium atau bilik senamrobik.


GAMBARAN Pusat Kemasyarakatan Seria yang melambangkan keharmonian di antara industri minyak dan gas dengan masyarakat setempat.

Semua kemudahan yang disediakan adalah bagi kegunaan semua penduduk di negara ini khasnya masyarakat setempat. Pusat tersebut akan menjadi 'rantai' yang akan menghubungkan prasarana-prasarana yang sedia ada dan yang akan dibina berdekatan dengannya seperti Pusat Boling dan ‘Cineplex’.

Pusat tersebut dijangka akan meningkatkan dan menaikkan taraf imej pekan ini dan menambah daya tarikan pengunjung tempatan dan luar negara serta diharap akan menggalakkan perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan masyarakat setempat, di samping menjadi salah satu tarikan kepada masyarakat Daerah Belait untuk beriadah dan mengamalkan kehidupan aktif dan sihat.

(Berita dan foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.