Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Selasa 3 Mac 2009 / 6 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.34
     Asar 3.50
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.43
 Imsyak 5.05
     Subuh 5.15
 Syuruk 6.31
     Doha 6.54
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“JANGANLAH engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesugguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.” - Surah Luqman ayat 18.


Keadaan Cuaca :
Pada amnya berkeadaan baik pada pagi ini. Cuaca sebahagian berawan dengan hujan berasingan di kawasan persisiran pantai di jangka berlaku pada sekitar tengahari nanti manakala hujan atau hujan berpetir berasingan berlaku terutama di kawasan pedalaman pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahab dari beberapa arah pada waktu pagi menjadi angin dari Barat laut selaju 10 - 20kmsj pada waktu petang


Keadaan Laut :
Berombak sedikit ke sederhana di paras 1.0 - 1.5m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Sebahagian berawan dengan hujan atau hujan berpetir berasingan


Suhu Maksimum :
 31 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur
terus terima sumbangan
dari pelbagai pertubuhan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan yang juga selaku Penasihat Bersama Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur menerima sumbangan derma dari Setiausaha Agung FFBD, Sheikh Nordin bin Sheikh Haji Mohammad.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac - Berikutan daripada kejadian banjir dan tanah susur yang telah melanda negara ini, beberapa buah syarikat dan pertubuhan telah menyumbangkan sumbangan kewangan dalam membantu meringankan beban-beban mangsa banjir dan tanah susur.

Hadir menerima sumbangan-sumbangan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Penasihat Bersama Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan yang berlangsung di bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).


berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Pemimpin ASEAN Ikrar Kekal Perdagangan Bebas
HUA HIN, THAILAND, Isnin 2 Mac .- Para pemimpin ASEAN yang kini berdepan dengan krisis ekonomi terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikrar untuk meneruskan usaha dalam perdagangan bebas di samping tegas terhadap amalan melindungi serta menghentikan tindakan memperkenalkan dan mengadakan sekatan baru.
berita penuh...

Buku Masakan Sajian Jubli Emas Radio dilancarkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac.- Buku Masakan Sajian Jubli Emas adalah sebuah buku resepi masakan yang diusahakan oleh Perkhidmatan Radio Brunei sempena Sambutan Jubli Emas Radio Brunei.
berita penuh...

Rombongan Timbalan Menteri Pendidikan bertolak ke Australia
BANDAR SERI BEGAWAN.- Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Sukan dan rombongan bertolak ke Australia kelmarin, 1 Mac 2009 bagi lawatan kerja 11 hari (2 hingga 12 Mac 2009) ke beberapa buah universiti dan institusi pendidikan sukan di negara tersebut.
berita penuh...

34 pemandu pelancong terima sijil dan lencanal
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac.- Pada masa yang akan datang kerjaya pemandu pelancong (tour guide) di negara ini akan dilaksanakan secara lebih rapi dengan mengadakan sistem penlesenan khusus seperti di negara-negara yang lain.
berita penuh...

Empat keluarga terima bantuan memperbaiki rumah
BERAKAS, Isnin, 2 Mac.- Sumbangan bantuan sama ada berbentuk kewangan ataupun peralatan dan sebagainya memberi erti yang besar kepada mereka yang memerlukan terutama yang ditimpa musibah.
berita penuh...

UNISSA tubuh unit tingkatkan pengajaran dan pembelajaranl
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menubuhkan satu unit bagi menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan peningkatan pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan mahasiswa yang berkualiti.
berita penuh...

Program EDP dedahkan perprespektif baru dasar awam dan pengurusan
BERAKAS, Isnin, 2 Mac.- Kementerian Pertahanan telah memulakan Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Pegawai-pegawai Kanan Ke Enam yang dirasmikan oleh Setiausaha Tetap II Kementerian Pertahanan, Dato Paduka Awang Haji Abd. Majid bin Mangarshah di Mess Pegawai Kementerian Pertahanan di sini dan akan berakhir pada awal bulan tahun ini.
berita penuh...

Lebih 300 penuntut berentap di Pertandingan PSSO
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac.- Seramai 311 orang penuntut dari seluruh negara berentap menyertai Pertandingan Primary School Science Olympiad (PSSO) di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara.
berita penuh...

Ibu bapa diingatkan memantau pergerakan golongan remaja BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac.- Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengingatkan dan menasihatkan orang ramai supaya memantau pergerakan anak-anak terutama golongan perempuan apabila keluar rumah agar keselamatan mereka sentiasa terjamin.
berita penuh...

Pelajar Pra U 1 SM Sayyidina Ali mulakan pengajian
KUALA BELAIT, Isnin, 2 Mac.- Sekolah Menengah Sayyidina Ali hari ini menerima pendaftaran dan kemasukan 395 pelajar bagi Pra U 1 sesi akademik 2009/2010 di sekolah berkenaan.
berita penuh...

B2K terbitkan dua buku antalogi
TUTONG, Ahad, 1 Mac.- Badan Kebudayaan dan Kesenian Tutong ( B2K ) telah berjaya menerbit dua buah buku antologi cerpen melalui perancangan dua tahun lalu dan di lancarkan bersempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...







***PETIKAN TITAH ***

IKATAN yang kukuh di antara kerajaan dan rakyat serta penduduk perlulah wujud, untuk merealisasikan lagi kejayaan-kejayaan yang telah dan akan dicapai. Untuk ini, kerajaan beta adalah sentiasa menyambut baik pandangan- pandangan yang bernas daripada kalangan rakyat jelata, tentang bagaimana cara-cara yang munasabah untuk mempertingkatkan lagi mutu pengendalian kerajaan di bidang-bidang pembangunan dan pentadbiran.”

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21 pada 14 Muharam 1426 / 23 Februari 2005.


Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda adalah pengunjung ke


MySpace Layouts