|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 25 FEBRUARI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 MAC 2009
BILANGAN IKLAN : 08/02/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. JURUPULIH ANGGOTA
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN) ATAU
M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fisioterapi, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
(b) Mempunyai perakuan pengalaman mempraktikkan keahlian klinikal tidak kurang dari 5 tahun perkhidmatan di bahagian-bahagian fisioterapi adalah kelebihan.
(c) Berumur di antara 20 hingga 35 tahun.
2. PEGAWAI PELANCONGAN
JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan / Pemasaran / Pengurusan Perniagaan dan Kewangan / Komunikasi Massa (Mass Comunication) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Pelancongan / Pemasaran / Pengurusan Perniagaan / Undang-Undang / Perakaunan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Pelancongan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan pelancongan adalah kelebihan.
3. PEGAWAI KAKITANGAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 – 3,760 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan / Pengurusan Sumber Manusia atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Perdagangan / Komputer atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kakitangan atau jawatan berkaitan dengan pengurusan kakitangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kakitangan atau jawatan berkaitan dengan pengurusan kakitangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mengetahui Peraturan Am, Dasar dan Peraturan Kerajaan mengenai dengan pengurusan kakitangan.
(c) Mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kakitangan adalah kelebihan.
(d) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Information Communication Technology (ICT) adalah kelebihan.
4. PENOLONG PEGAWAI TANAH
JABATAN TANAH
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Tanah / Land Administration / Surveying, atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Tanah dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam hal ehwal Pentadbiran / Pengurusan sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan, perniagaan atau perusahaan adalah kelebihan.
5. PENGURUS DOBI RUMAH SAKIT RIPAS
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Mechanical Engineering / Elektrical atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan Penolong Pengurus Dobi atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.
6. PENYELIA TINGKAT II (TELEFON)
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.
(b) Pengalaman menjaga kakitangan dan alat-alat telefon adalah kelebihan.
7. PEMERIKSA TANAH
JABATAN TANAH
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
(b) Mempunyai pengalaman bekerja dalam kerja-kerja pemeriksaan, penyiasatan dan pemetaan tanah dan mempunyai kebolehan membentuk dan menyediakan laporan bagi satu penyiasatan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Ilmu Alam Negara Brunei Darussalam adalah kelebihan.
8. PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
9. MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2. salinan sahaja borang SPA1.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengansalinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kera-jaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 18 MAC 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM
PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERATURAN 38(b)
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG PENGAWAL KASTAM
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
B.3 ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang / Sains Kemasyarakatan / Pengurusan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sebagai Penguasa Kastam Kanan dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Pengurusan / Pentadbiran dan/atau hal ehwal penguatkuasaan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 6 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iv) Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Berkebolehan bagi penyediaan sistem rangkaian berkomputer adalah kelebihan.
(c) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan
(d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 1, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedangberkhidmat di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sahaja.
2. Tarikh Iklan: 5 FEBRUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 5 MAC 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat 8/2009
2. PEMBANTU KERJA KANAN
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengajian Perniagaan / Komputer / Statistik; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pengajian Perniagaan / Komputer / Statistik; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pegawai Luar Kemajuan Perumahan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3/D.4 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 2, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Kemajuan Perumahan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 7 FEBRUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 7 MAC 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Kemajuan Perumahan, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 9/2009
3. JURULATIH KESENIAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN
BELIA DAN SUKAN
D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN))
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Jurulatih Kesenian atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 3, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 7 FEBRUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 7 MAC 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 10/2009
4. PEMBANTU TEKNIK KANAN
LEMBAGA MATAWANG DAN MONETARI BRUNEI
KEMENTERIAN KEWANGAN
C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Elektronik atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Elektronik atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan pengendalian mesin dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 4, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kewangan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 10 FEBRUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 10 MAC 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 11/2009
5. PENOLONG OPERESEN KANAN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Audio dan Video Sistem, pengkhususan dalam bidang Operasi Penyiaran seperti kamera, lampu atau pengadunan suara atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Operesen atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam operasi Televisyen dan Radio.
(c) Mempunyai kebolehan dayacipta, kepimpinan proaktif dan berkemahiran.
(d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
6. PENOLONG JURUTEKNIK PEMELIHARAAN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi / Elektronik / Bangunan / Elektrikal / Sistem Informasi / Sistem Komputer / Kenderaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Pemeliharaan Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1/D.2 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. PENOLONG OPERESEN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Komunikasi / Elektronik / Elektrikal / Sistem Informasi / Kejuruteraan Penyiaran; atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Komunikasi / Elektrikal / Sistem Informasi / Kejuruteraan Penyiaraan; atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Operesen Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Pengawas (Tukang Elektrik) atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mempunyai pengalaman yang luas dalam operasi Televisyen dan Radio.
(c) Mempunyai kebolehan dayacipta, kemahiran, kepimpinan, dan inisiatif yang memuaskan.
(d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 5 hingga 7, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sahaja.
2. Tarikh Iklan: 9 FEBRUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 10 MAC 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Radio Televisyen Brunei, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 12/2009
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Dikemaskini 25 Februari 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|