Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Selasa 2 Mac 2010 / 16 Rabiulawal 1431

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.34
     Asar 3.50
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.43
 Imsak 5.05
     Subuh 5.15
 Syuruk 6.31
     Doha 6.55
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

*** Manisnya Iman ***

"DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah
dan senang."
- (Surah Al Ahzab
ayat 21) .


Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik selain dari hujan atau hujan berpetir berasingan terutama di kawasan pedalaman pada lewat malam.

Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari beberapa arah di daratan dan dari arah Timur Laut selaju 10-30 kmsj di laut.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah paras 1.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok:
Baik.


Suhu Maksimum :
 32 darjah Celsius


Suhu Minimum :
25 darjah Celsius



Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

Kebawah DYMM menerima
mengadap Menteri Pertahanan Malaysia


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, di Istana Nurul Iman di sini.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Kebawah DYMM hantar perutusan takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Puan Yang Terutama Michelle Bachelet, Presiden Republik Chile, berikutan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile baru-baru ini.
berita penuh...

Kebawah DYMM Raja Isteri menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap Isteri Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berbahagia Datin Seri Hamidah binti Khamis, di Istana Nurul Iman di sini.
berita penuh...

Sambutan Maulud Kementerian Hal Ehwal Ugama diserikan dengan pelbagai perisian

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Bagi mengenang kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sambutan-sambutan maulud terus dianjurkan oleh pelbagai kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.
berita penuh...

Tegakkan inti pati kewangan Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman menekankan bahawa dalam menghadapi perkembangan dan cabaran sistem kewangan Islam kita tidak boleh berkompromi terhadap prinsip-prinsip syariah selain memastikan inti pati sebenar kewangan Islam itu ditegakkan sepanjang masa.
berita penuh...

Prinsip dan objektif syariah penting bagi menyelesaikan masalah institusi kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Bagi mengukuhkan prinsip-prinsip syariah yang disokong oleh para ulama Islam serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pengamalnya, satu Persidangan Antarabangsa Mengenai Kewangan Islam 2010 (ICIF 2010) diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong di sini.
berita penuh...

Menteri Pertahanan Malaysia mengadakan lawatan kerja ke negara ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Dalam meneruskan usaha untuk mempromosi diplomasi pertahanan, pertukaran lawatan antara pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dengan negara-negara sahabat, sentiasa dikendalikan bagi mengeratkan lagi hubungan di dalam bidang pertahanan.
berita penuh...

Pesta Buku Brunei 2010 terima lebih 50 ribu pengunjung

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Lebih 50 ribu orang pengunjung mengunjungi Pesta Buku Brunei 2010 yang bertajuk 'Buku Adalah Masa Depan' yang diadakan sejak 21 Februari lalu dan berakhir lewat petang tadi di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
berita penuh...

Penghuni penjara perlu dikawal berperikemanusiaan

JERUDONG, Isnin, 1 Mac. - Tugas dan tanggungjawab menahan dan mengawal serta memberikan perkhidmatan program rawatan dan pemulihan kepada penghuni-penghuni penjara merupakan kerjaya yang sangat mencabar yang memerlukan kekuatan tenaga dan mental serta kesabaran dan keimanan.
berita penuh...

Pegawai Kementerian Kesihatan yang baru diseru
SIAP SAGA HADAPI PELBAGAI BENTUK CABARAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan disaran supaya sentiasa siap siaga bagi menghadapi segala bentuk cabaran yang merupakan hasil dari kejayaan usaha-usaha kerajaan menaikkan taraf kesihatan rakyat dan penduduk di negara ini melalui penyediaan infrastruktur dan perkembangan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.
berita penuh...

Jurupandu pelancong berperanan penting mengenalkan negara ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Jurupandu pelancong memainkan peranan penting berinteraksi secara langsung bersama pelancong-pelancong luar negara serta menjelaskan dan menerangkan aspek kebudayaan, sejarah, cara hidup mahupun institusi di negara ini.
berita penuh...

Kementerian Pendidikan komited menyediakan pendidikan berkualiti

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Kementerian Pendidikan komited untuk mengembangkan dan menyediakan pendidikan berkualiti yang berusaha bagi meningkatkan dan melengkapkan kanak-kanak secara moral, intelektual, fizikal, sosial, dan estetik dengan nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian agar menjadi rakyat yang dinamik lagi bertanggunjawab, mampu menyumbang secara positif kepada negara.
berita penuh...

Hayati nilai murni melalui Pelaksanaan ISO 9001

KUALA BELAIT, Isnin, 1 Mac. - Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar berkata bagi mendapatkan sesuatu pengiktirafan yang diakui oleh antarabangsa bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi pengiktirafan itu melibatkan komitmen yang berterusan dan serius bagi seluruh warga organisasi dari peringkat atasan hingga peringkat bawahan.
berita penuh...

30 pegawai dan kakitangan baru di Jabatan Pendidikan Teknik sertai Program Induksi

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Seramai 30 pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dengan Jabatan Pendidikan Teknik (JPT) menghadiri Majlis Pelancaran Program Induksi di Bilik Persidangan Satu, JPT, Kementerian Pendidikan, di sini.
berita penuh...

Vokasional dan teknikal memberikan sumbangan terhadap pembangunan ekonomi

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Para tenaga pengajar vokasional dan teknikal telah memberi sokongan mereka terhadap pembangunan ekonomi pendidikan vokasional dan teknikal di Asia Tenggara.
berita penuh...

Hari Kebangsaan meningkatkan semangat patriotisme

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Bagi meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan belia, khususnya penuntut-penuntut Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (MSOAS), MSOAS telah mengadakan acara Sambutan Hari Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26.
berita penuh...

Seramai 65 pelajar dilantik sebagai ahli dalam Majlis Pelajar

JALAN MUARA, Isnin, 1 Mac. - Ahli Majlis Pelajar dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan kumpulan pelajar yang dilantik khas bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran maktab, di samping menggilap bakat kepimpinan mereka.
berita penuh...

Empat pelajar sertai SYSS di Pulau Pinang

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) pada hari ini telah menghantar serombongan pelajar bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ke ‘Pencarian Saintis Muda Untuk SEAMEO (SYSS) : Persidangan Serantau Ke-7’ yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia selama empat hari mulai dari 2 hingga 5 Mac 2010.
berita penuh...

‘Breakfast Ride’ eratkan hubungan silaturahim

TUTONG, Isnin, 1 Mac. - Dalam usaha bagi meningkatkan lagi silaturahim di kalangan ahli-ahli Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) dengan masyarakat sekeliling, PEMODA telah menganjurkan ‘Breakfast Ride’ ke Mukim Merimbun Tutong.
berita penuh...

Polis memohon bantuan orang ramai berhubung mayat seorang lelaki

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan orang ramai berhubung dengan mayat seorang lelaki yang dijumpai mati di kawasan Berakas Power Station, di Jalan Penghubung Terunjing-Rimba.
berita penuh...

Lelaki tempatan didenda kompaun BND100

SERIA, Isnin, 1 Mac. - Seorang lelaki tempatan berbangsa Cina hari ini didenda kompaun sebanyak BND100 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 bab 12(1)a, iaitu membuang sebarang jenis sampah atau barang lain di sebarang tempat awam.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"KITA ikut jejak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam membangun. Mula-mula Baginda itu membangunkan individu dan setelah itu membina ummah berteraskan kepentingan-kepentingan dunia
dan akhirat."
- Titah di Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada
12 Rabiulawal 1428 /
31 Mac 2007.

Penangguhan vaksin Influenza A H1N1

KEMENTERIAN Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A H1N1 ditangguhkan buat sementara waktu bermula Sabtu, 13 Februari.

Penangguhan ini berikutan penerimaan bekalan kumpulan baru vaksin tersebut yang memerlukan penelitian dan ianya benar-benar memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan.

Bagi orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa vaksin yang telah diberikan itu adalah memenuhi piawaian kualiti dan selamat.

Orang ramai akan dimaklumkan jika program suntikan disambung semula sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)


+673-2-381004
+673-2-382905


" RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer