Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pesta Buku Brunei 2010
terima lebih 50 ribu pengunjung

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Mac. - Lebih 50 ribu orang pengunjung mengunjungi Pesta Buku Brunei 2010 yang bertajuk 'Buku Adalah Masa Depan' yang diadakan sejak 21 Februari lalu dan berakhir lewat petang tadi di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Menurut Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin selaku Pengerusi Pesta Buku Brunei dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan dengan meningkatkan kehadiran pengunjung itu menunjukkan masyarakat di negara ini memiliki budaya membaca yang tinggi.

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah membaca sebuah sajak sebelum menyampaikan sijil kepada para peserta yang menyertai Pesta Buku Brunei 2010.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Tambahnya, perkembangan positif itu jelas membuktikan bahawa budaya membeli buku untuk membaca di kalangan masyakarat juga meningkat.

Katanya, semenjak Pesta Buku Brunei berjalan sejumlah 44 tajuk buku telah dilancarkan dan sasaran DBP untuk menerbitkan 100 buah buku setahun akan boleh dicapai.

Beliau menyatakan, dalam perancangan mendatang DBP akan mengangkat sebuah kampung atau mukim sebagai Kampung/ Mukim Buku yang sejajar dengan satu kampung satu produk kerana Kampung Cemerlang harus mendukung perkembangan ilmu baik dalam bentuk media cetak atau elektronik.

Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Penutup Pesta Buku Brunei 2010 ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah.

Majlis berlangsung di sebuah hotel di sini yang bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah kemudian diikuti dengan ucapan aluan dari Pengerusi.


TIMBALAN Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang mengikuti Pesta Buku tahun ini di Majlis Penutup Pesta Buku Brunei 2010.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Tetamu kehormat juga membaca sebuah sajak sebelum menyampaikan sijil kepada para peserta Pesta Buku tahun ini terdiri dari 46 buah syarikat dan toko-toko buku dari Australia, Republik Filipina, Republik Indonesia, Jordan, Kanada, Malaysia, Mesir, Republik Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam yang mengisi 86 petak gerai buku.

Pada tahun 2008 lalu seramai lebih 60 ribu pengunjung telah melawat Pesta Buku dan tahun lepas lebih 80 ribu orang pengunjung telah dicatatkan.

Pesta Buku Brunei 2010 merupakan kali ke-16 dianjurkan oleh DBP bagi mengenalkan dan menjual buku, di samping untuk memberikan peluang pertemuan dan interkasi bagi pengedar, penerbit, pustakawan, pencinta buku dan masyarakat umum di bawah satu bumbung ke arah meningkatkan daya apresiasi terhadap buku.

(Oleh : Abdullah Asgar)

Kembali ke muka utama