Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Lalui cabaran dengan kekuatan diri
Oleh : H.A. Manap

PERJALANAN yang kita lalui memang bukan semudah apa yang kita rancang. Kerana ia merupakan sebuah perjalanan maka akan ada ranjau dan halangannya. Kehadiran ranjau dan halangan inilah dapat dijadikan sebagai asas ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih menarik dan bermakna. Justeru cabaran merupakan elemen yang boleh membantu membentuk sikap kita yang lebih tegas dan berani membuat suatu tindakan. Namun tindakan dan juga perkara yang hendak kita lakukan hendaklah merupakan suatu yang boleh membantu mengangkat dan meningkatkan kedudukan serta kecemerlangan diri kita. Justeru cabaran inilah yang akan menjadikan kita lebih matang dan dewasa dalam mengharungi kehidupan. Sejauh mana ia mampu kita depani banyak bergantung kepada sejauh mana sikap dan perangai kita bila berdepan dengannya. Terlalu banyak rintangan dan hambatan yang selalunya melambatkan untuk kita berani berdepan dengan cabaran semasa. Ada kalanya cabaran itu bertukar menjadi masalah sampingan dan ada kalanya masalah-masalah yang berlarutan menjadi punca, mengapa kita sukar menerima cabaran yang boleh merubah kehidupan kita. Masalah-masalah sedemikian jika kita tidak mampu menyelesaikannya dengan bijak, maka kita tidak akan terjebak dengan tekanan-tekanan jiwa dan sebagainya. Banyak orang menyelesaikan cabaran dan masalahnya dengan cara mereka sendiri. Inilah, ada kalanya mewujudkan satu keadaan yang merumitkan diri.

HADAPI DENGAN YAKIN

Bila disebut mengenai dengan cabaran, ramai yang mengaitkannya dengan unsur positif dan negatif serta jarang yang mahu mengkaji rahsia di sebalik cabaran itu. Cabaran merupakan dorongan yang paling digemari oleh kalangan remaja apatah lagi untuk menterjemahkan tentang kebolehan yang mereka ada.

Cabaran boleh membawa kebaikan jika cabaran itu sendiri berunsurkan kepada sesuatu yang boleh merangsang kejayaan individu. Misalnya, cabaran seorang guru kepada pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Cabaran adalah merupakan suatu yang baik dilakukan kerana ia boleh membawa seseorang itu untuk gigih dan giat berusaha. Akan tetapi unsur cabaran mestilah merupakan sesuatu yang baik dan positif untuk dilakukan bukannya merupakan sesuatu yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang. Misalnya dalam era yang ada sekarang ada baiknya juga kalau di kalangan remaja kita dicabar untuk mencipta kecemerlangan hidup, kejayaan tinggi di bidang pendidikan, dicabar mencipta kemahiran yang gemilang dan bermacam lagi yang boleh merangsang ke arah itu. Sahutan cabaran adalah satu cara untuk kita membuktikan kepada kawan-kawan, keluarga tentang kebolehan yang kita miliki.

BINA KEKUATAN DIRI

Mungkin selama ini ramai yang melihat dan memandang rendah pada diri kita, kerana kita tidak menonjol sebaliknya peluang keemasan akan berlaku jika kita tidak membiarkan cabaran sebagai penghalang untuk mencipta kecemerlangan. Kita akan boleh membuka mata dan minda orang jika kita mampu menyahut cabaran dengan baik dan membuktikan kebolehan kita melebihi andaian yang ada pada mereka, keadaan ini sekali gus akan merubah persepsi orang lain terhadap diri kita. Justeru apabila kita mencabar diri sendiri, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan dan membakar semangat diri kita. Bila semangat kita berkobar tentu rangsangan keinginan untuk melakukannya akan menjadi lebih kuat dan bersemangat, dari sinilah bermulanya motivasi diri yang akan mendorong ke arah kecemerlangan keterampilan dan tindakan. Contoh yang mudah kita lihat seperti 'dari kecil lagi kita hendaklah siap memasang angan-angan, bila besar nanti kita mahu menjadi orang berguna.' 'Cikgu akan bertanya bila besar kita mahu jadi apa? … Ramai yang menjawab saya mahu jadi doktor, juruterbang, jurutera, guru, pensyarah dan banyak lagi' semua menjurus ke arah kecemerlangan diri dan tidak kurang juga ada yang mahu belajar di seberang laut.

Akhirnya dengan usaha yang gigih dan berkat rajin belajar serta berusaha cita-cita akan tercapai dengan mudah, ini bermakna kita semua menyahut cabaran secara positif dan bukan sebaliknya, kalau tidak masakan kejayaan digenggam setelah bersusah payah dan jerih payah bertahun-tahun berusaha. Kendatipun demikian, kita tidak perlu terperangkap dengan keegoan diri kita, kerana kalau kita tidak dapat mengendalikan cabaran dengan sebaiknya, ia akan meninggalkan kesan yang kurang baik misalnya akan bertambah keegoan jika kita berjaya menempuh cabaran yang dilalui, sombong dengan kebolehan dan kepandaian diri dan suka merendah-rendahkan orang lain. Jika ini berlaku cabaran yang kita tempuhi tidak akan mendatangkan sebarang kesan yang baik malahan menambah beban kepayahan diri dalam mengendalikan kehidupan seharian. Kerana itu jadikanlah cabaran sebagai suatu perangsang untuk menjadi cemerlang dan bukannya menjadi penghalang. Meletakkan diri untuk memenuhi cabaran biarlah juga pada tempatnya yang sesuai, jangan sampai cabaran yang disahut merupakan perosak kehidupan dan memalapkan masa hadapan kita.

MEMBETULKAN TUJUAN DIRI

Ramai remaja tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi terlalu sedikit yang melakukan apa yang mereka tahu. Justeru ramai mereka yang sekadar berligar-ligar di pinggir cemerlang dan gagal untuk mencapai kecemerlangan yang sebenar. Kita harus menerima dengan reda setiap perkara yang di luar kemampuan kita untuk mengubah, tetapi kita perlu mengubah setiap perkara yang perlu dan mampu untuk kita ubah. Apa yang penting ialah kita harus mempunyai kebijaksanaan mendepani setiap cabaran hidup, kita perlu menggunakan kekuatan diri untuk membezakan antara perkara yang tidak boleh diubah dengan perkara yang boleh diubah dan berubah.

Salah satu pendekatan untuk mengenal pasti aspek diri yang perlu kepada mendepani cabaran semasa ialah sentiasa muhasabah diri dengan menilai prestasi diri untuk menjadi orang cemerlang. Muhasabah diri dan tanyakan apakah yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki diri untuk mendepani setiap cabaran yang datang. Justeru kita perlu mengubah pendirian dan naluri diri dengan berasa seronok dan bersyukur setiap kali mendapat teguran dan kritikan dari orang lain. Hakikatnya inilah adalah merupakan cabang dari cabaran-cabaran kehidupan tersebut. Jika hakikat ini dapat kita hayati dan amalkan, kita sebenarnya telah bergerak ke arah pembaikan diri yang berterusan dan insya-Allah orang sedemikian jika mempunyai iltizam yang kuat untuk berubah menghadapi cabaran pasti akan berjaya walau dalam apa keadaan sekalipun.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Berkhidmat Kaunter TAP di bulan Ramadan

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.