Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

74 peratus dari 210 orang mengidap mengidap penyakit tibi

TUTONG, Khamis, 30 April.- Jumlah kes baru penyakit Tibi yang dilaporkan dinegara ini pada tahun 2008 ialah seramai 210 orang yang mana, 74 peratus daripadanya adalah di kalangan warga tempatan.

Jumlah tersebut adalah lebih rendah dibandingkan dengan sepuluh tahun lalu yang mana, pada tahun 1999 jumlah kes baru yang dikesan pada ketika itu adalah sebanyak 266 orang.

Bagaimanapun, Tren penyakit Tibi di negara ini menurut Timbalan Setiausaha Tetap ( Profesional dan Teknikal ) Kementerian Kesihatan Datin Paduka Dr Hajah Intan bin Haji Salleh telah menurun semenjak tahun 2001 tetapi, kadar penurunannya juga dalah sangat perlahan.


TIMBALAN Setiausaha Tetap ( Profesional dan Teknikal ) Kementerian Kesihatan Datin Paduka Dr Hajah Intan bin Haji Salleh ketika menyaksikan pameran penyakit TIBI. .


Menyatakan demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Program Kesedaran Tibi Sempena Hari Tibi Sedunia 2009 bertempat di Tutong Central Mall berkata, kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut termasuklah:-

*Penubuhan Program Kawalan TB pada bulan Mac 2000,Pe nubuhan Pusat Koorrdinasi Tibi Kebangsaan sejak bulan Di sember 2000,
*Meningkatkan pengesanan penyakit di kalangan kumpulan sasaran tertentu
*Melaksanakan strategi rawatan DOTS ( “ Directly Observed Treatment Couse ” ) sebagaimana garis pandu Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
*Meningkatkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan pendidikan ke sihatan kepada orang ramai melalui media, mukim sihat dan jarayawara dan
*Mempertingkat langkah-langkah pengesanan melalui “contact tracing ” iaitu mengesan orang-orang yang mempunyai hu bungan rapat dengan pesakit bagi memestikan mereka tidak dijangkiti penyakit dan memberikan rawatan bagi mereka yang dijangkiti.

Penyakit Tibi jelasnya, dapat dicegah dan dirawat sehingga sembuh dengan adanya pengesanan dan rawatan melalui kaedah rawatan sekarang menggunakan ubat-ubatan anti Tibi dalam tempoh yang agak lama sekurang-kurang dalam masa 6 bulan.

Beliau menjelaskan, salah satu sebab kegagalan rawatan penyakit tersebut adalah berpunca dari ketiadaan kerjasama dari pihak pesakit sendiri untuk meneruskan rawatan dalam tempoh yang ditetapkan.

Akibat dari tiada kerjasama pesakit katanya, menyebabkan pesakit akan kambuh ‘repapsed’ dan penyakit tersebut akan menjangkiti orang lain dan menjadikan kuman Tibi menjadi kebal terhadap ubat-ubatan yang digunakan atau menjadi ‘multi-drug resistan’.

Kementerian Kesihatan jelasnya sangat-sangat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk mencegah dan mengawal penyakit Tibi.

Hari Tibi Sedunia 2009 bertemakan SAYA HENTIKAN TIBI atau ‘ I STOP TB’ katanya, bukan sebagai satu slogan tetapi membawa mesej penting dan semua orang berperanan bagi menghentikan penyakit Tibi.

Semantara itu Pemangku Penagarah Kesihatan Dr Hajah Maslina binti Haji Mohsin selaku Pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluan sempena Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac pada setiap tahun menjelaskan pada tahun ini Pertubuhan Kesuhatan Sedunia telah memilih tema “ SAYA HENTIKAN TIBI” atau “ I STOPING TIBI ’ iaitu merupakan kesinambungan bagi kempen dua tahun yang bermula pada tahun 2008.

Tujuannya katanya, adalah untuk meraikan dan memperingati mereka yang mempunyai kaitan dengan penyakit Tibi yang telah memainkan peranan yang besar dalam usaha memberhentikan penyakit Tibi.

Mereka itu jelasnya, termasuk semua lelaki, wanita dan kanak-kanak yang pernah mengambil rawatan penyakit Tibi, para doctor, jururawat, penyelidik, pekerja luar dan sesiapa jua yang telah menyumbang kepada usaha global bagi menetang penyakit Tibi.


(Berita dan Foto : Shari Haji Garib)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.