
Pemohon-pemohon yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk mengikuti kursus yang ditawarkan bagi Sesi Januari 2010.
Tarikh tutup bagi mengembalikan borang permohonan adalah :-
19 FEBRUARI 2009
Nama Kursus: Pre-National Diploma in Aircraft Engineering
Kelayakan Masuk:
1. Kelulusan Akademik
Pemohon mestilah mempunyai minima 4 kepujian Peringkat Biasa “O” Level dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains (Physics atau Combined Science). Pemohon yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah diberi keutamaan.
2. Sihat tubuh badan dan memenuhi kelayakan seperti berikut :-
KELAYAKAN BAKAL REKRUT LELAKI
KETINGGIAN : 1.55 cm (5 Kaki 1 inci)
BMI : 18 hingga 27
KELAYAKAN BAKAL REKRUT WANITA
KETINGGIAN : 1.52 cm (5 Kaki)
BMI : 18 hingga 52
3. Lulus ujian yang dijalankan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei seperti yang tersebut dibawah :-
- Ujian Pelajaran SSG (Standard Score Grading)
- Pemeriksaan Kesihatan / Pergigian
- Ujian kecergasan dan berenang
- Tapisan keselamatan
- Ujian Temuduga dan penilaian akhir
- Ujian Kejuruteraan Asas
4. Taraf kelamin
LELAKI
BUJANG/KAHWIN
WANITA
BUJANG
5. Umur
Pemohon mestilah berumur di antara 17 ˝ tahun hingga 25 tahun.
6. KATEGORI ‘A’
Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
l7 puak jati bangsa Melayu iaitu :
a. Brunei
b. Tutong
c. Dusun
d. Belait
e. Kedayan
f. Murut
g. Bisaya
7. KATEGORI ‘B’
Rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN pemegang kad pengenalan KUNING termasuk :
a) Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
b) Bukan dari puak jati Bangsa Melayu
c) Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu
d) Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Cara Kursus: Sepenuh masa
Tempoh Kursus: 1 Tahun
PERHATIAN :-
1. Pemohon–pemohon yang berjaya dipilih untuk mengikuti kursus Pre-National Diploma in Aircraft Engineering ini nanti akan menjalani Latihan Asas Tentera di Kompeni Rekrut Penanjong Garison Kementerian Pertahanan selama 6 bulan. Mereka hanya akan mengikuti kursus di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal pada Januari 2010 nanti.
2. Borang permohonan dan keterangan lanjut bolehlah didapati dari :-
No. Telefon : 2343351 No. Fax : 2343207
3. Borang-borang yang sudah lengkap diisi bagi kursus Pre-National Diploma in Aircraft Engineering hendaklah dikembalikan oleh pemohon sendiri kepada Jabatan Pesawat Udara (Aircraft Department), Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal pada atau sebelum 19 Februari 2009 semasa waktu bekerja, Pemeriksaan sukatan ketinggian dan berat badan bagi pemohon akan dijalankan sewaktu proses pemilihan.
4. Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja dipanggil ujian temuduga. Keputusan pemohon yang berjaya akan diumumkan melalui surat dan papan kenyataan maktab.