JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 28 JANUARI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 FEBRUARI 2009
BILANGAN IKLAN : 04/01/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN
INSTITUT PERUBATAN
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
ATAU
UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.2:
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang makmal sains atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

b) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji UB.1 EB.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 EB.2:
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang makmal sains atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

2. PENGUASA PEMELIHARAAN PERALATAN
FAKULTI SAINS (BIOLOGI)
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN) ATAU
UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1 EB.2:
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Makmal; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Makmal atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Ketua Juruteknik Makmal atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan kerajan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kuran dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. PEGAWAI PENGUATKUASA
JABATAN DAERAH BELAIT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Melesen atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
c) Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis adalah kelebihan.

4. PEGAWAI PENGUATKUASA
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas jalanraya.
c) Mempuyai lesen memandu Kelas 1, 3 dan 5 yang sah.
d) Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

5. PEGAWAI MELESEN
JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT
DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan ( HNC ) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Mempunyai pengalaman dalam bidang perlesenan adalah kelebihan.

6. PENGENDALI MESIN ATURHURUF
GAMBAR TINGKAT I
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja atur huruf dan reka tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Atur Huruf Gambar Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Boleh membaca dan menulis khat dan tulisan jawi dengan baik.
c) Menguasai penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam komputer, khususnya bagi keperluan penerbitan dan percetakan adalah kelebihan.

7. PENGENDALI MESIN ATURHURUF GAMBAR
TINGKAT II
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Penerbitan / Percetakan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaia dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Berkebolehan membaca dan menulis khat dan tulisan jawi dengan baik.
c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja atur huruf dan reka letak adalah kelebihan.
d) Menguasai penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam komputer, khususnya bagi keperluan penerbitan dan percetakan adalah kelebihan.

8. PEMBANTU PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pertanian Rendah / Pemeriksa Luar Pertanian / Pembantu Perusahaan Kampong / Pemeriksa Tanaman / Juruteknik Ternakan / Pemeriksa Daging / Pemeriksa Ternakan / Pembantu Makmal Rendah / Pembantu Teknik atau jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

9. PEMBANTU PERTANIAN RENDAH
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Berpengalaman dalam bidang kerja pertanian adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

ULANGAN IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
KELUARAN 21 JANUARI 2009
BILANGAN 03/01/09

GH8. PEGAWAI PROJEK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR
NEGERI DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan / Ekonomi / Statistik / Pentadbiran Perniagaan / Penyelidikan / Perancangan / Kewangan / Perhubungan Perniagaan / Politik / Perhubungan Antarabangsa atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH9. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Ekonomi / Perniagaan / Pelaburan / Pemasaran atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
(b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.
(c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan satu keping gambar berukuran pasport, salinan surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut:

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH.8 DAN GH.9:

PENGARAH PENTADBIRAN,
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN, JALAN SUBOK,
BANDAR SERI BEGAWAN, BD2710
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH.8 DAN GH.9:
04 FEBRUARI, 2009

PEMBERITAHUAN :


1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Bagi iklan jawatan bilangan GH.8 dan GH.9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 18 FEBRUARI 2009 tidak dilayan.
10. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
11. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website : http://www.spa. gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
12. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM

PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN 38(b)

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN

Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEMBANTU PENCETAK
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertingi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan percetakan atau pemeliharaan mesin cetak atau yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja perancangan dan pengawalan bahan cetak (pra-cetak, cetak, jilid dan logistik) dan perkembangan tenaga manusia adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

2. PENOLONG PENGAWAS PEMBUAT PLET/LAYOUT
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan grafik atau layout dan penetapan warna atau yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Pembuat Plet Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja grafik, layout, plet dan penetapan warna adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

3. PENGENDALI MESIN PENYUSUN TAIPGAMBAR
TINGKAT KHAS
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
(b) ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan pemeliharaan mesin-mesin taipgambar atau yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Penyusun Taipgambar Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeliharaan mesin-mesin Taipgambar adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4. PENGENDALI MESIN CETAK OFFSET TINGKAT KHAS
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan percetakan atau pemeliharaan mesin cetak atau yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Cetak Offset Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeliharaan mesin-mesin cetak adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

5. PENGATUR HURUF TINGKAT I
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengatur Huruf Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai Sijil Menaip adalah kelebihan.
(c) Boleh membaca dan menulis Jawi serta boleh berbahasa Inggeris adalah kelebihan.
(d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

6. PENGENDALI MESIN PEMBUAT PLET TINGKAT II
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengendali Mesin Pembuat Plet Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja grafik, layout dan penetapan warna adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

7. PENGATUR FILEM TINGKAT II
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Percetakan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengatur Filem Tingkat III/Pembantu Proses atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam kerja-kerja layout dan penetapan warna adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

8. PENGATUR FILEM TINGKAT III
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan Pelatih Teknikal dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah berjaya menjalani latihan dalam tempoh tersebut serta telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja grafik, membuat plet dan penetapan warna adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

9. PENGENDALI MESIN PEMBUAT PLET TINGKAT III
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan Pelatih Teknikal dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah berjaya menjalani latihan dalam tempoh tersebut serta telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja grafik, layout dan penetapan warna adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

10. PENGATUR HURUF TINGKAT III
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,125 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan Pelatih Teknikal dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah berjaya menjalani latihan dalam tempoh tersebut serta telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.

(b) Mempunyai Sijil Menaip adalah kelebihan.
(c) Boleh membaca dan menulis jawi serta boleh berbahasa Inggeris adalah kelebihan.
(d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

11. PENGENDALI MESIN CETAK OFFSET TINGKAT IV
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan Pelatih Teknikal dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah berjaya menjalani latihan dalam tempoh tersebut serta telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeliharaan mesin-mesin cetak adalah diberikan keutamaan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

12. PENGENDALI MESIN JILID TINGKAT III
JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN
JABATAN PERDANA MENTERI
D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran BruneiCambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan Pelatih Teknikal dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah berjaya menjalani latihan dalam tempoh tersebut serta telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.

(b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja menjilid dan mengendalikan mesin-mesin jilid adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN:

1. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 12, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 17 JANUARI 2009.
3. Tarikh Tutup Permohonan: 17 FEBRUARI 2009.
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Percetakan,Jabatan Percetakan Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan PejabatSuruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 2/2009

13. PENYELIA GERAKAN KANAN
JABATAN PELABUHAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.2 EB.3 ($ 1,450 – 2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Penyelia Gerakan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

(b) Boleh menguasai berbagai bahasa adalah kelebihan.
(c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

14. JURUPANDU
JABATAN PELABUHAN,
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Mempunyai Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Laut Kelas 7 atau sebanding.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Serang Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun.

(b) Lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan yang ditetapkan.
(c) Mempunyai pengetahuan baik mengenai kawasan perairan Brunei terutama sekali di Pelabuhan Muara.
(d) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN:

1. Bagi iklan jawatan bilangan 13 dan 14, pemohon adalah dipelawadaripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 17 JANUARI 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 17 FEBRUARI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pelabuhan,Jabatan Pelabuhan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 3/2009

PEMBERITAHUAN :

1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Dikemaskini 28 Januari 2009 (Rabu)

Kembali ke muka utama