
Turut berangkat pulang ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Su’rurul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta lain-lain kerabat Diraja yang lain.
Lawatan Negara baginda berdua dan Duli Yang Teramat Mulia ke Republik Filipina adalah atas jemputan Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Ini merupakan lawatan negara kali kedua sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada tahun 1984 yang melambangkan keeratan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

Hadir sama bagi mengucapkan selamat berangkat ialah Naib Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Noli de Castro dan Penasihat Presiden dalam rundingan damai, Tuan Yang Terutama Hermogenes Esperon yang juga Setiausaha Pengiring serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Republik Filipina.
Turut hadir di Lapangan Terbang bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba baginda berdua dan Duli Yang Teramat Mulia ialah Duta Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Virgina Benavides dan Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Malai Hajah Halimah Haji Yussof serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar.
(Oleh : Hj. Ahat Hj. Ismail dan Dk. Hjh. Saidah Pg. Hj. Omaralli)
Kembali ke muka utama