Sementara itu Awang Haji Lihan bin Haji Ibrahim dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa mendapat tempat kedua dan wakil dari Jabatan Kemajuan Perumahan, Awang Haji Abdullah bin Haji Matali pula mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki.
Manakala Naib johan bagi kategori wanita dimenangi oleh Dayang Aminah binti Haji Abd Rahman dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal JKR dan tempat ketiga Dayang Bilkis Sa’ar binti Haji Kabri dari Jabatan Tanah.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
Juga hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Seramai empat qari dan empat qariah bertanding di peringkat akhir pada pertandingan kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi yang berlangsung di Pusat Da’awah Islamiah Kampong Pulaie, Berakas itu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Awang Haji Zakaria bin Haji Sarudin yang juga selaku pengerusi majlis antara lain menyatakan penyertaan pada tahun ini adalah menggalakkan dan menampakkan perkembangan positif di kalangan warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Pertandingan itu katanya bertujuan menanamkan dan memupuk minat untuk berjinak-jinak dengan pembacaan Al-Quran serta menjadi ikutan dan dorongan terutama kepada warga kementerian sendiri.
(Oleh : Wan Mohamad Sahran bin Wan Ahmadi)
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah ketika menyampaikan hadiah kepada johan qari Awang Razali bin Ibrahim dari Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi muncul juara bahagian lelaki (atas) dan Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan ukur menjadi juara bahagian wanita (bawah) dalam Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya tahun Hijrah 1429.
(Foto : Hatral Azmi bin Abd. Hamid)
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Januari - Awang Razali bin Ibrahim dari Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi muncul juara bahagian lelaki dengan mendapat 86 peratus markah Manakala Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan ukur menjadi juara bahagian wanita dengan markah 86 peratus dalam Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya tahun Hijrah 1429.
Kembali ke muka utama