A+ A A-

TUTONG, Khamis, 21 April. - Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong mengadakan Taklimat Kenegaraan bagi Forum Sinar bagi Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab dan Sekolah-Sekolah Swasta bertujuan untuk membantu dalam pembentukan personaliti pelajar yang positif, iaitu keperibadian yang mulia, beradab sopan, bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan supaya para remaja mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Seramai 127 pelajar dari Tahun 7 hadir pada forum yang diungkayahkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah yang diadakan di Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong, di sini.

21042016 SYIAR TAKLIMAT KENEGARAAN 1

KETUA Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar menyampaikan Taklimat Kenegaraan.

Pada forum tersebut, Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar menyampaikan taklimat mengenai 'Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan' yang antara lain untuk menyemai semangat patriotisme kepada para penuntut untuk menghormati serta menjiwai bendera negara dan lagu kebangsaan.

Selain itu, taklimat juga untuk mendukung Wawasan Brunei 2035 dalam menyemai nilai-nilai teras khususnya komited dan taat setia kepada raja serta negara.

21042016 SYIAR TAKLIMAT KENEGARAAN 3

SEBAHAGIAN pelajar lelaki SM Muda Hashim, Tutong yang hadir pada Forum SINAR.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam forum itu ialah Jabatan Perdana Menteri (JPM); Jabatan Penjara; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pusat Promosi Kesihatan; Kementerian Kesihatan; Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Forum seumpamanya akan diteruskan lagi ke Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait pada 23 April nanti.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel