A+ A A-

Forum 'Inspirasi Perubahan Diri' bagi kemajuan Wanita

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina binti Othman ketika merasmikan Forum Sempena Hari Wanita Antarabangsa. (Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Mac. - Hari Wanita Antarabangsa yang di sambut setiap 8 Mac di kebanyakan negara antaranya bertujuan bagi menghargai peranan dan pencapaian kemajuan wanita.

Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pagi tadi, menyambut Hari Wanita dengan mengadakan Forum ‘Inspirasi Perubahan Diri’.

Forum sempena sambutan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, berlangsung di Dewan Sejahtera, Sumbangsih Bahagia, Beribi, Gadong, di sini.

Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 bagi Negara Brunei Darussalam ‘Inspirasi Perubahan Diri’ yang bertepatan dengan tema daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu ‘Inspiring Change’ bertujuan memberikan inspirasi kepada kaum wanita untuk membuat perubahan.

080314 ZUL-IZZI01 HARIWANITATIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina binti Othman ketika hadir selaku tetamu kehormat pada perasmian Forum Sempena Hari Wanita Antarabangsa. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

Sambutan tahun ini melibatkan kira-kira 500 peserta dari seluruh daerah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, ahli-ahli Persatuan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Majlis Kesejahteraan Masyarakat dan Majlis Perniagaan Wanita serta mahasiswi institusi pengajian tinggi dan penuntut-penuntut sekolah.

Sambutan kali ini berbentuk forum mengundang penceramah daripada tiga agensi iaitu Unit Perundangan Islam, Pusat Da’wah Islamiah dan Majlis AIDS Brunei Darussalam bagi menyampaikan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan inspirasi kepada peserta yang hadir.

Di samping itu, forum tersebut juga memberikan peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam sesi perbincangan.

Sempena sambutan berkenaan beberapa syarikat milik kaum wanita juga mengadakan jualan pelbagai produk.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel