A+ A A-

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa menyertai Majlis Doa Selamat dan Doa Kesyukuran di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. (Foto: Ihsan Kementerian Pertahanan)

BOLKIAH GARISON, Selasa 15 Oktober. – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Doa Selamat dan Doa Kesyukuran bagi pemergian anggota-anggotanya yang akan mengikuti penugasan di dalam Malaysian Batalion 850-1 (MALBATT 850-1) bagi misi United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dan kepulangan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam Ke-9 (PPA_M9) dari Mindanao, Republik Filipina.

Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison petang ini.

Kontinjen Anggota Pengaman di bawah UNIFIL seramai 16 anggota tentera terdiri daripada dua pegawai dan lapan anggota lain peringkat akan diketuai oleh 581 Mejar Rudie Asmawai bin Haji Abidin.

Manakala Kontinjen Pasukan Pemantau Antarabangsa NBD Ke-9 yang diketuai oleh 359 Lt. Col. (L) Spry bin Haji Serudi terdiri daripada tujuh anggota ABDB dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) telah selamat kembali ke tanah air pada 17 September 2013.

Acara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, diikuti dengan Solat Fardu Asar Berjemaah, Bacaan Surah Yaa Siin dan Doa.

151013 CONTINGENTS2 IHSAN PRUMINDEFBARISAN pegawai dan anggota kontingen yang akan mengikuti penugasan di dalam Malaysian Battalion 850-1 (MALBATT 850-1) bagi misi United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam Ke-9 (PPA_M9) yang baru pulang dari Mindanao, Republik Filipina.
(Foto : Ihsan Kementerian Pertahanan)

Majlis juga disemarakkan dengan Zikir Marhaban serta acara menabur bunga rampai kepada anggota-anggota yang diraikan dan diakhiri dengan Doa Selamat.

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Diraja Brunei, Haji Mohammad Jammy bin Haji Mohammad Shah Al-Islam, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera serta Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel