A+ A A-

Majlis Khatam di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad

HADIR selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon 1 Kawasan 2, Pengiran Mohammad Amiruddin bin Pengiran Haji Tajuddin . (Foto: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Ogos. - Ramadan merupakan bulan bagi umat Islam sejagat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Bagi sama-sama merebut pahala dalam bulan yang istimewa itu, Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia petang tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bagi 57 peserta terdiri daripada 32 lelaki dan 25 perempuan yang turut mengimarahkan acara tadarus setiap malam seawal Ramadan.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon 1 Kawasan 2, Pengiran Mohammad Amiruddin bin Pengiran Haji Tajuddin yang juga mengepalai bacaan Surah Al Faatihah bagi memulakan majlis.

Majlis diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim beramai-ramai bermula dari Surah Adh Dhuhaa dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Awang Haji Mazlan bin Maimon yang seterusnya mengepalai bacaan tahlil.

Doa khatam pula dibacakan oleh Bilal Awang Mohammad Azree bin Haji Asli.

WAN 4-KHATAM 020813SEBAHAGIAN dari peserta perempuan yang diraikan di Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.
(Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)

Sementara itu, Awang Haji Mazlan ketika ditemui menjelaskan, selain acara bertadarus, pihak takmir masjid pada tahun ini memperkenalkan Program Kasih Ramadan bagi menarik masyarakat terutama golongan belia untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang berkebajikan.

Program tersebut, katanya, sebagai pemangkin bagi penduduk kampung yang berdekatan untuk hadir beribadah ke masjid dan menyemai rasa cintakan masjid dalam kalangan mereka.

"Pihak takmir masjid juga mengendalikan qiamullail di 10 malam terakhir Ramadan. Ini amat bersesuaian sempena musim cuti persekolahan yang baru bermula sekali gus mengajak dan mendidik anak-anak muda dengan amalan yang berkebajikan di bulan yang penuh keberkatan ini.

“Melalui program seumpama itu secara tidak langsung menjadi wadah perpaduan para penduduk kampung untuk bekerjasama dan mengukuhkan ukhuwah hidup berkampung," ujarnya.

Acara diselajurkan dengan berbuka puasa.

Hadir sama ialah Penghulu Mukim Sungai Kebun, Pateh Dato Paduka Awang Haji Masri bin Ismail serta ketua-ketua kampung di bawah mukim tersebut dan para penduduk kampung sekitarnya.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel