A+ A A-

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul seluruh negara

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Januari. - Negara Brunei Darussalam sudah sekian lama mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul dengan perisian berdikir di masjid-masjid di seluruh negara selama 12 malam berturut-turut dengan acara kemuncaknya perhimpunan dan perarakan di seluruh negara, sementara pada malamnya ialah Majlis Dikir di Istana Nurul Iman.
Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1434 Hijriah / 2013 Masihi di Istana Nurul Iman.
"Kemeriahan seperti ini sukar dilihat di tempat-tempat lain, tetapi di negara ini ianya adalah suatu kelaziman. Tidakkah ini satu ciri kebruneian yang unik, yang boleh dibanggakan?" titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Menyentuh tema sambutan Maulidur Rasul, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 'Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman' tahun ini, titah Kebawah DYMM, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu dari aspek apa pun adalah tetap relevan untuk menjadi teladan dalam semua zaman.
Kini sudah 14 abad berlalu, baginda bertitah, namun ajaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam masih saja terus hidup dan subur di jiwa orang-orang yang beriman, kerana apa yang disampaikan olehnya itu adalah sesuatu yang tulen, asli dan benar, tidak bercampur dengan palsu walau sedikit pun, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Najm ayat 2 hingga 3.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel