A+ A A-

Kemantapan belia hadapi cabaran abad ke-21

TETAMU Kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri haji Ya'akub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Jun. – Perkembangan dunia sekarang memerlukan generasi yang bukan sahaja cemerlang dan berkualiti tetapi juga mempunyai akhlak tinggi dan syakhsiah diri yang mantap bagi menghadapi cabaran-cabaran di abad ke-21 ini.

Dalam membentuk generasi yang berkualiti, kita bukan hanya ingin melahirkan belia cemerlang mampu berfikir akan tetapi para belia juga semestinya mempunyai akhlak yang tinggi.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Ya’akub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal menegaskan perkara tersebut di Majlis Penutup Aktiviti Perkhemahan Remaja 2013 bersempena cuti persekolahan penggal kedua berlangsung di Masjid Kampung Serdang, di sini.

Yang Berhormat seterusnya berkata belia cemerlang yang berakhlak tinggi pastinya dapat menilai perkara baik dan berguna serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan tatasusila kita sebagai negara timur yang berbangsa dan beradat.

Perkhemahan belia itu katanya, bukan sahaja dapat mengajar para belia kita untuk pandai berfikir dan membantu untuk menjadi belia cemerlang, mereka juga didedahkan dengan akhlak Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

“Pendedahan ini akan memantapkan lagi akhlak dan keperibadian belia-belia kita dalam mengharungi dunia moden dengan cabaran-cabaran yang bukan hanya akan mencabar pemikiran minda mereka tetapi akan menduga keutuhan keimanan mereka.”

“Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat dan terkini. Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer di kalangan masyarakat terutama para belia dan beliawanis termasuklah di kalangan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah,” tambah Yang Berhormat lagi.

AMIRUL 04 160613 022AWANG Abdul Hakem Afiq, 11, dari Kampung Sungai Matan melahirkan rasa seronok walaupun menyertai perkhemahan itu buat pertama kali dengan memperolehi dan menimba ilmu-ilmu yang baru dan bermanfaat melalui ceramah-ceramah agama. (Foto : Pg. Amirunizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Dari itu, Yang Berhormat menyeru para ibu bapa supaya prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak dari masa ke masa dan menggalakkan mereka untuk menyertai pertubuhan-pertubuhan beruniform di sekolah mereka dan lain-lain pertubuhan yang mengarah kepada pembentukan disiplin dari segi mental dan fizikal.

Katanya, dengan penerapan disiplin yang kukuh dalam jiwa para belia melalui program seumpama itu akan dapat mengekalkan calak Brunei yang berinovasi, kreatif dan progresif di samping menjadi belia Islam yang sentiasa menjunjung tinggi ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian.

Pada majlis petang itu, Yang Berhormat Ahli MMN juga menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta terbaik iaitu Muhamad Nasichul Wajih dan Nursailawati binti Haji Tawar serta sijil penyertaan kepada 60 peserta yang mengikuti Aktiviti Perkhemahan Remaja berakhir hari ini.

AMIRUL 05 160613 022DAYANG Noramal Syahira @Nurameera Syahira binti Rosman, 19, dari Kampung Mentiri berharap aktiviti tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan mampu menarik lebih ramai belia serta usaha seperti itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang. (Foto : Pg. Amirunizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Awang Abdul Hakem Afiq, 11, dari Kampung Sungai Matan ketika ditemubual wakil Pelita Brunei melahirkan rasa seronok walaupun menyertai perkhemahan itu buat pertama kali dengan memperolehi dan menimba ilmu-ilmu yang baru dan bermanfaat melalui ceramah-ceramah agama.

Sementara itu, Dayang Noramal Syahira @Nurameera Syahira binti Rosman, 19, dari Kampung Mentiri berharap aktiviti tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan mampu menarik lebih ramai belia serta usaha seperti itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kedua mereka bersama para peserta lain juga bersyukur kerana berpeluang untuk khatam Al-Quran 30 juz walaupun program itu diadakan selama tiga hari.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel