A+ A A-

Solat sebagai doa, senjata umat Islam

CERAMAH Khas sempena Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. (Foto: Azmah Haji Ahad)

MUARA, Ahad, 9 Jun. - Kita selaku umat Islam wajib melaksanakan solat lima waktu bagi mencegah diri dari kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Di samping itu solat juga merupakan sebagai doa dan senjata bagi umat Islam untuk mempertahankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dalam melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Ceramah Khas tersebut disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman sempena dengan Sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di Masjid Setia Ali di sini.

Yang Berhormat dalam ceramahnya menjelaskan mengenai peristiwa-peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang benar-benar berlaku dan sebagai umat Islam kita wajib mempercayai peristiwa tersebut kerana ianya merupakan salah satu mukjizat Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mukjizat dalam bahasa Arab menurut Yang Berhormat bermakna melemahkan, yang bermaksud di sini melemahkan akal untuk berfikir sebab-sebab mengapa berlakunya sesuatu peristiwa yang merupakan mukjizat itu. Dalam erti kata lain bermaksud sesuatu perkara yang luar biasa yang hanya boleh dilakukan oleh Allah Subhanahu Wata’ala sahaja.

Perkara dan peristiwa mukjizat telah dibuktikan dan dijelaskan di dalam Al-Qur’an dan Al-Qur’an itu sendiri merupakan mukjizat teragung dari Allah Subhanahu Wata’ala, maka sepertinya juga peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

 ANTARA yang hadir pada ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M. (Foto : Azmah Haji Ahad) ANTARA yang hadir pada ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M. (Foto : Azmah Haji Ahad)

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu juga merupakan kurnia Allah Subhanahu Wata’ala kepada umat Islam di sepanjang zaman, jelas Yang Berhormat, di mana dalam peristiwa Isra’ Allah Subhanahu Wata’ala memaparkan dan memperlihatkan berbagai peristiwa, perlakuan dan keburukan yang boleh dijadikan contoh tauladan, peringatan dan pendidikan kepada umat Islam, supaya mengelakkan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar seperti fitnah, zina, minum arak, rasuah, judi dan sebagainya,jelas Yang Berhormat.

Kerana akibatdari gejala sosial itu, kesannya banyak terbukti antaranya penyakit gelaja sosial yang buruk yang ti banyak tersebar luas dalam kalangan negara-negara Islam dan masyarakat Islam namun hal sedemikian seperti berzina, minum arak, berjudi terjadi di kalangan masyarakat kita adalah disebabkan kurangnya pendedahan, pengajaran dan pendidikan agama.

Manakala Mi’raj bermaksud naik ke atas, sebagaimana peristiwa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dimikrajkan dari langit pertama sehingga bertemu Allah Subhanahu Wata’ala di Sidratulmuntaha, dan tatkala bertemu Allah Subhanahu Wata’ala, Baginda Rasulullah telah menerima wahyu atau perintah dari Allah untuk umat Islam menunaikan solat lima waktu yang pada asal sebenarnya adalah 50 waktu manakala perintah-perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya telah diterima melalui Malaikat Jibril Alaihissalam.

Dengan penerimaan perintah Allah Subhanahu Wata’ala di tempat yang paling agung dan paling tinggi itulah, makanya solat lima waktu amat ditekankan dan diagungkan sehingga wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam bagi mendapatkan tempat yang tertinggi di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.

Ceramah tersebut bersempena dengan Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M yang mana ceramah-ceramah agama terus giat diadakan bagi membesarkan dan menyemarakkan lagi sambutan berkenaan, di samping untuk meningkatkan dan meninggikan lagi martabat syiar Islam di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dan Unit Ceramah Pusat Da’wah Islamiah (PDI) mengadakan Program Ceramah Khas Sempena Sambutan Isra’ Mi’raj.

PARA pelajar yang mendengar ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M. (Foto : Azmah Haji Ahad)PARA pelajar yang mendengar ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mi’raj Tahun 1434H/2013M. (Foto : Azmah Haji Ahad)

Terdahulu acara dimulai dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan setelah itu bacaan Surah Al Faatihah dibacakan yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Imam Awang Haji Muhammad Fauzi bin Haji Anuar sebelum Ceramah Khas dimulakan.

Juga hadir di majlis tersebut Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid, penghulu dan ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, para pegawai dan kakitangan KHEU serta para jemaah dan penduduk kampung di sekitarnya.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel