A+ A A-

Usaha bersepadu banteras penyeludupan dadah masih diperlukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Mei. – Walaupun Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan dalam menangani ancaman dadah, namun usaha-usaha bersepadu dari negara-negara serantau dan antarabangsa masih diperlukan bagi membanteras aktiviti-aktiviti berkaitan dadah terutama sekali terhadap penyeludupan merentasi sempadan.

Beberapa kes baru-baru ini telah mendapati percubaan sindiket dadah antarabangsa untuk menjadikan negara ini sebagai pusat transit bagi pengedaran dadah keluar negara.

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Ke-34, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim menegaskan demikian pada Pembukaan Mesyuarat Jawantankuasa Mencari Fakta AIPA Ke-10 Bagi Memerangi Ancaman Dadah (AIFOCOM) pagi tadi.

Penyalahgunaan dadah jenis syabu jelas Yang Berhormat, telah menyebabkan kebimbangan di rantau ini dan Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada ancaman tersebut.

“Tahun lalu sahaja, 402 dari 450 orang telah ditangkap oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) terlibat dengan dadah syabu. Negara Brunei Darussalam akan memantau situasi itu secara berterusan dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan ancaman tersebut tidak akan timbul di kemudian hari,” tambah Yang Berhormat pada majlis yang berlangsung di Hotel Rizqun International, Gadong, di sini.

Yang Berhormat seterusnya berkata bahawa pengeluaran, pembekalan dan permintaan serta penyeludupan dan pengedaran dadah narkotik menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan kestabilan di rantau di samping menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan kepada dunia dan manusia terutama sekali generasi muda.

Isu dadah haram sering menjadi agenda utama untuk dibincangkan dalam Perhimpunan Agung AIPA dan beberapa mesyuarat berkaitan.

Yang Berhormat juga berharap mesyuarat tersebut akan menjadi satu forum yang berhasil dan produktif ke arah meningkatkan peranan AIPA dalam menyumbang ke arah mencapai ASEAN Bebas Dadah pada tahun 2015.

Selaras dengan tema ‘Achieving a Drug-Free ASEAN: A Common and Shared Responsibility’ terang Yang Berhormat, AIFOCOM akan terus mengukuhkan lagi hubungan institusi dan penyelarasan antara pelbagai mekanisme ASEAN yang terlibat dalam memerangi pengedaran dadah.

Menurut Yang Berhormat, AIFOCOM juga mempunyai peranan dalam melaksanakan inisiatif ASEAN terutamanya objektif dalam perancangan bagi komuniti ASEAN dalam bidang utama seperti pendidikan dadah, maklumat dadah, pencegahan dalam masyarakat, rawatan, pemulihan dan penguatkuasaan undang-undang.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel