A+ A A-

ASEAN terus pantau langkah keselamatan

PEMERINTAH ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bersama Pemerintah-pemerintah Tentera Negara-negara ASEAN pada Sidang Media Ketua-ketua Turus Pertahanan ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Informal Ketua Turus Pertahanan ASEAN Kali Ke-10. (Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

JERUDONG, Rabu, 20 Mac. - Pencegahan ancaman pengganas dan keselamatan maritim adalah antara cabaran-cabaran pertahanan terbesar yang dihadapi oleh pasukan ketenteraan pada masa kini.

Ke arah itu, Pasukan Khas Angkatan Bersenjata ASEAN telah ditubuhkan bagi menangani isu-isu seperti ancaman pengganas yang kerap memasuki sempadan negara-negara di rantau ini.

Demikian dijelaskan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada Sidang Media Mesyuarat "Association of South East Asian Nation (ASEAN) Chiefs of Defence Forces Informal Meeting" Kali Ke-10 yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jerudong, di sini.

Pemerintah ABDB yang juga merupakan Pengerusi Persidangan tersebut seterusnya menyeru semua pihak Pasukan Angkatan Bersenjata ASEAN untuk sentiasa berganding bahu dalam menangani bersama isu-isu sebegini dengan membekalkan maklumat-maklumat terkini berkaitan hal-hal sedemikian.

Seterusnya Pemerintah ABDB menyatakan bahawa pada peringkat ini, Pasukan Angkatan Bersenjata ASEAN akan menjalani latihan-latihan ASEAN Ministers' Meeting (ADMM)-Plus yang merangkumi latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR), Perubatan Tentera (Military Medicine – MM), Misi Menjaga Keamanan, Pencegahan Ancaman Pengganas, Keselamatan Maritim dan lain-lain lagi.

Pada sidang mesyuarat kali ini juga membincangkan agenda-agenda terpenting dalam rantau ini iaitu dari aspek operasi keselamatan, langkah-langkah pencegahan dan ketenteraan.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel