A+ A A-

Hukuman sebat bagi qazaf

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menyampaikan Ceramah Kuliah Subuh bertajuk ' Undang-Undang Jenayah Syari'ah mengenai perkara Qazaf' di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia. (Foto: Haji Ariffin Haji Mohd. Noor)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Mac. – Qazaf ialah menuduh berzina yang tidak dapat dibuktikan oleh empat orang saksi terhadap seseorang Islam yang mukalaf dan sempurna akal, padahal orang yang dituduh itu dikenali sebagai orang yang bersih daripada kelakukan zina, tuduhan sama ada secara lisan atau dokumen.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menegaskan, syarat orang yang melakukan qazaf dan yang kena qazaf ialah pertama, orang yang melakukan qazaf hendaklah seseorang yang mukalaf yang sempurna dan kedua orang yang kena qazaf hendaklah yang muhsan, jika sekiranya yang kena qazaf itu orang yang sudah mati, hendaklah ditentukan orangnya.

Menurut Yang Berhormat, jika tidak terdapat syarat seperti yang diqazaf itu orang bukan Islam atau orang gila atau kanak-kanak di bawah umur orang yang memang diketahui terlibat dengan zina iaitu orang yang tidak boleh melakukan persetubuhan maka tuduhan berzina terhadap mereka itu tidak berbangkit.

Yang Berhormat menjelaskan perkara ini dalam sesi Ceramah Kuliah Bersama Mufti awal subuh tadi di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia di sini.

Jelas Mufti Kerajaan, qazaf boleh dilakukan atau berlaku dengan seseorang membuat sesuatu kenyataan seperti mengatakan seseorang itu telah melakukan zina atau dengan cara tersirat, seperti menyatakan seseorang itu bukan bapa ataupun bukan anak kepada seseorang yang tertentu.

"Orang yang melakukan qazaf (menuduh orang berzina) ialah disebat dengan 80 kali sebatan, kecuali dia dapat membawa empat saski adil bagi mensabitkan kesalahan orang yang dikatakan berzina itu dengan kesalahan zina," tambah Yang Berhormat.

Seterusnya Yang Berhormat menjelaskan, perkara yang dijadikan tuduhan iaitu zina itu adalah perkara yang amat dahsyat membabitkan maruah, kehormatan, nama baik, kemuliaan dan kesucian serta boleh menjejaskan orang yang dituduh.

Maka kerana itulah kata Yang Berhormat, syara' atau undang-undang Allah menetapkan bahawa barang siapa juga yang didapati sabit bersalah melalukan qazaf (menuduh orang berzina tanpa bukti) akan dihukum sebat atau rotan sebanyak 80 kali sebatan.

Tegas Yang Berhormat, ini cara Allah mendidik lidah kita, Allah mengawal lidah kita supaya berhemah apabila berkata-kata, supaya bersopan dan berbahasa baik bukan berbahasa kesat dan suka melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas kepada manusia yang baik-baik.

Justeru itu Yang Berhormat menyeru supaya jangan bermudah-mudah dengan qazaf kerana hukuman yang berat menunggu jika kita tidak dapat membuktikannya, sedangkan pembuktian itu memang sangat sukar kerana penyabitannya adalah sama dengan penyabitan zina iaitu yang menuduh itu hendaklah berupaya membawa empat saksi yang adil tidak fasik dan keterangan para saski itu pula tidak boleh bercanggah di antara satu sama yang lain.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel