|
LAPORAN KHAS PERSIDANGAN MMN KE-7 2011
Amalan 'pilih kasih' tidak wujud dalam sistem pemilihan dan penilaian
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Amalan pilih kasih tidak wujud dalam sistem penilaian dan pemilihan malahan pada hakikatnya, kesejahteraan pegawai dan kakitangan sentiasa diambil perhatian dan dititikberatkan tanpa melihat pangkat, jawatan, talian kekeluargaan atau diskriminasi.
berita penuh...
Penyediaan prasarana penting bagi meningkatkan hasil pertanian
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mac. - Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menjelaskan usaha untuk meningkatkan hasil pertanian itu disiapkan dalam projek ini tiga perkara untuk disediakan iaitu mengambil khidmat site staff; membeli peralatan-peralatan makmal, kimia dan juga media-media untuk dibuat cultural media; promosi program kakitangan yang baik ataupun perkilangan yang baik atau 'good manufacturing practice' dan 'HASAP' untuk industri makanan; dan penerbitan pengendalian sistem lepas tuai buah-buahan dan sayur-sayuran.
berita penuh...
Isu saling tukaran mata wang tidak perlu dibangkitkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Menteri Kewangan Kedua, di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menekankan bahawa isu mengenai saling tukaran matawang ini tidaklah perlu dibangkitkan lagi apa jua persoalan mengenai saling pertukaran ini jika ianya akan ditimbulkan perlulah difikirkan dengan penuh berhati-hati dan terperinci terutama kesannya kepada kestabilan pasaran keyakinan orang ramai.
berita penuh...
Pastikan cadangan bawa faedah, teliti secara holistik
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli-ahli Yang Berhormat ditegaskan apabila mengemukakan sebarang saranan di dewan ini, terutamanya dalam memastikan yang cadangan-cadangan tersebut akan membawa faedah yang menyeluruh kepada semua rakyat dan penduduk negara ini, dan bukannya hanya tertumpu sebilangan kecil kepada orang-orang yang berkepentingan sahaja.
berita penuh...
Usaha giat dijalankan tangani tunggakan bil elektrik
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menjelaskan bahawa pihaknya akan berusaha untuk menangani tunggakan bayaran bil elektrik yang sering dibangkitkan semasa sesi permesyuarat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada tahun ini.
berita penuh...
Kerajaan akan melaksanakan 'one government network' yang dijangka siap 2012
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mac. - Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menjelaskan kerajaan akan melaksanakan 'one government network' yang mana dijangka siap pada tahun 2012 dan mengikut review yang telah dibuat pada November 2010 kita akan cuba mempercepatkan projek-projek berkenaan.
berita penuh...
Agama Islam dan konsep MIB jadi perisai negara
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Dua perkara yang telah menjadi perisai Negara Brunei Darussalam (NBD) selamat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran ialah perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi menurut Ahli Sunnah Waljamaah. Dan permasyhuran kemerdekaan negara yang antara lain menyebutkan negara berdiri di atas konsep Melayu Islam Beraja.
berita penuh...
Rakyat wajib bersyukur dengan pelbagai subsidi
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menegaskan orang ramai, rakyat dan penduduk di negara ini wajar dan wajib bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana menerima pelbagai subsidi.
berita penuh...
Program pembangunan kapasiti akan terus dilaksana
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyeru para belia seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi dengan memiliki kekuatan dan kecekalan dalaman, yang sedemikian insya-Allah para belia boleh mencapai kejayaan dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan dan pengangguran.
berita penuh...
55.86 peratus umur 60 tahun jumlah tertinggi ditakrifkan fakir dan miskin
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menjelaskan pecahan peratus mengikut peringkat umur golongan keluarga miskin yang berjumlah 5,472 orang, iaitu umur 30 ke 40 tahun ialah sebanyak 11.75 peratus; Umur 50 tahun 32.39 peratus; manakala umur 60 tahun ke atas ialah 55.86 peratus.
berita penuh...
Siasat lebih dahulu barulah buat keputusan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli Yang Dilantik Orang Yang Bergelar, Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim, berpesan dan menasihatkan kita manusia ini akan menyiasat terlebih dulu kemudian barulah kita membuat keputusannya, kerana kita mempunyai dua pancaindera iaitu mata kita dan telinga di mana didengar jangan dipandang, jangan dipercayai.
berita penuh...
Usulkan beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah tunggakan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli Yang Dilantik Orang-orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking, pada persidangan Majlis Mesyuarat Negara hari ke-12 telah mengusulkan beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah tunggakan.
berita penuh...
Tubuhkan badan dalam usaha mempromosikan Program EEC
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Dalam usaha-usaha mempromosikan Program EEC (Energy Efficient Conservation), perlunya menubuhkan satu lagi badan bagi menyelaraskan sistem tanda aras ataupun 'bench marking' dan rangka garis pandun kepada perkembangan kecekapan tenaga seperti yang dinamakan 'Green Building Index'.
berita penuh...
Apa saja yang berkaitan dengan komputer jangan kenakan cukai
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli Yang Dilantik Orang-orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai pada ucapan penangguhannya diperbahasan Majlis Mesyuarat Negara telah menjelaskan mengenai isu cukai kastam yang dikenakan kepada 'computer printer', alat gantinya, alat tambahannya serta alat ganti komputer.
berita penuh...
Insentif bonus, penubuhkan koperasi, kompleks sukan antara isu dibangkitkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Pada ucapan penangguhan di persidangan Majlis Mesyuarat Negara hari ini, Ahli Yang Dilantik Orang-orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin telah menyampaikan beberapa perkara di dewan yang mulia itu.
berita penuh...
Suarakan isu kemiskinan dan isu tanah
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Antara isu yang ditimbulkan dan dibahaskan dalam perbahasan Musim Permesyuaratan Ketujuh Majlis Mesyuarat Negara ialah kemiskinan yang mana dianggarkan seramai lebih kurang 27,360 orang dan separuh darinya adalah belia-belia.
berita penuh...
Bangkitkan isu di keempat daerah
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli-Ahli Yang Dilantik Mewakili Daerah-daerah dalam ucapan penangguhan di akhir perbahasan Musim Permesyuaratan Ketujuh Majlis Mesyuarat Negara hari ini turut membangkitkan isu di daerah masing-masing.
berita penuh...
Pekerja tempatan berkemahiran di sektor swasta kurang
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Ahli Yang Dilantik Orang-orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh Kin Chin berkata, negara menghadapi kekurangan serius pekerja berkemahiran yang sedia untuk bekerja di sektor swasta.
berita penuh...
BND1 bilion diperuntukkan bagi jana 34 projek kemajuan
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mac. - Sejumlah BND1,050,000,000.00 atau BND1 bilion diperuntukkan bagi menjana 34 projek-projek kemajuan yang telah dirancang bagi belanjawan negara 2011/201. Jumlah peruntukkan masih dikekalkan sebagai kesinambungan bagi pelaksanaan perancangan di bawah Wawasan Negara 2035.
berita penuh...
Kembali ke muka utama
|