|

Kelahiran, kerasulan Rasulullah
bawa rahmat, cahaya ke seluruh alam
MARILAH kita
meningkatkan
keimanan dan
ketaqwaan kita kepada
Allah Subhanahu Wata'ala
dengan penuh keimanan
dan keikhlasan dengan
melakukan segala suruhan-
Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita menjadi
insan yang bertaqwa dan
beriman serta selamat di
dunia dan di Akhirat.
Kita bersyukur ke
hadrat Allah Subhanahu
Wata'ala yang telah
mengutuskan Nabi
Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam sebagai
pesuruh yang terakhir untuk
menyampaikan risalah
Allah Subhanahu Wata'ala
dan memimpin manusia
ke jalan yang benar serta
membawa berita gembira
bagi orang mukmin.
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam juga berjuang
demi nilai-nilai kemuliaan
di dalam kehidupan
manusia. Baginda tidak
mengenal erti kepayahan
dan kesengsaraan dalam
menyebarkan kecemerlangan
Islam yang kita
nikmati pada hari ini.
Oleh yang demikian
amatlah wajar negara kita
mengadakan majlis-majlis
sempena maulidurasul seperti
mengadakan majlis-
majlis Dikir Maulud di
masjid, surau-surau dan
balai-balai ibadat, ceramah
agama perarakan dan
sebagainya, dengan tujuan
memperingati hari kelahiran
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam dan sebagai
tanda syukur dan kasih
umat Islam di negara ini
terhadap pemimpin agung
yang menjadi manusia pilihan
dan kekasih Allah
Subhanahu Wata'ala.
Kelahiran dan kerasulan
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam di muka bumi
ini, telah membawa rahmat
dan cahaya ke seluruh
alam membebaskan manusia
daripada kejahilan,
mengeluarkan mereka dari
kekufuran, dari kezaliman
menuju keadilan, dari
kebatilan daripada kebenaran,
serta dari kemaksiatan
menuju ketaatan.
Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam Surah Al
Anbiyaa' ayat 107
tafsir-Nya : "Dan tiadalah
Kami mengutuskan kamu
melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian
alam."
Kerasulan Baginda benar-
benar telah membawa
perubahan dalam segala
aspek kehidupan manusia.
Keganasan dan kekejaman
bertukar menjadi suasana
aman sejahtera dan hidup
berkasih sayang. Pengorbanan
Baginda dalam menegakkan
agama Islam
dan akhlak Baginda yang
terpuji membuat para alim
ulama cerdik pandai
cedekiawan telah memperkatakan,
meneliti,
mengkaji dan menulis
riwayat hidup dan perjuangan
Baginda dari segala
sudut bermula dari kehadiran
hinggalah akhir
hayat Baginda.
Mereka memperakui
bahawa keperibadian
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam sesuai untuk dijadikan
ikutan panduan
dan sebagai role model
contoh ikutan dalam kehidupan.
Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam Surah
Al Ahzab ayat 21 tafsir-
Nya : "Demi sesungguhnya
adalah bagi kamu
pada diri Baginda
Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam itu
contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan
keredaan Allah dan
balasan baik Hari
Akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati
Allah sebanyak-banyak
dalam masa susah dan
senang."
Perlu diingati bahawa
memperingati Hari Keputeraan
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam bukanlah hanya
dengan mengadakan majlis-
majlis sambutan, ceramah-
ceramah atau perarakan
sahaja, malah apa
yang paling dituntut ialah
segala perintah dan ajaran
yang telah Baginda sampaikan
kepada kita. itulah
yang lebih bermakna ke
atas kita sebagai umat
Islam yang beriman dalam
mengukuhkan lagi ingatan,
cinta dan kasih
sayang kepada Baginda
Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam.
Adapun salah satu di
antara cara yang terbaik
bagi kita untuk mengukuhkan
lagi ingatan, cinta
dan kasih sayang kita terhadap
Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam ialah dengan
memperbanyakkan selawat
dan salam ke atas
Baginda, kerana sedangkan
Allah Subhanahu Wata'ala
dan para malaikat
berselawat ke atas Baginda,
inikan pula kita sebagai
umat Baginda yang
mengharapkan syafaat dan
keberkatan dan pahala suruhan
berselawat ini termaktub
Surah Al Ahzab
ayat 50 tafsir-Nya :
"Sesungguhnya Allah
dan malaikat-Nya berselawat
memberi segala
penghormatan dan kebaikan
kepada Nabi
Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam. Wahai
orang-orang beriman,
berselawatlah kamu kepada-
Nya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya."
Sebagai umat
Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam janganlah
kita mengingkari sama
sekali apa jua ajaran yang
disampaikan Baginda,
kerana jika mengingkarinya,
Allah Subhanahu
Wata'ala akan menimpakan
azab yang pedih dan
akan dimasukkan ke dalam
neraka jahanam.
Amaran ini ada dinyatakan
dalam Al-Qur'an dalam
Surah An Nuur ayat
36 tafsir-Nya : "Maka
hendaklah orang-orang
yang menyalahi ajaran
Rasul takut akan ditimpa
cubaan atau ditimpa azab
yang pedih."
Akhirnya, marilah kita
bersyukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wata'ala kerana
kita bertaubat
menjadi umat Baginda
Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam, di mana
Baginda akan memberi
syafaat dan pembawa
rahmat di dunia dan di
Akhirat. Maka sebagai
umat Baginda, kita patuhilah
ajaran-ajaran
Baginda iaitu dengan cara
berpegang teguh kepada
dua fasak yang amat berharga
yang ditinggalkannya
iaitu Al-Qur'an dan
Al-hadis. Mudah-mudahan
dengan demikian
Negara kita akan mendapat
berkat, kita semua
akan selamat di dunia dan
di Akhirat. Amin Ya
Rabbal'alamin.
Allah Subhanahu
Wata'ala berfirman dalam
Surah Al A'raaf, ayat 158,
tafsir-Nya : "Katakanlah
wahai Muhammad, wahai
manusia! Sesungguhnya
aku adalah Rasulullah kepada
kamu semua, yang
baginya kuasa pemerintahan
langit dan bumi, tiada
Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia,
yang menghidupkan dan
mematikan. Oleh itu berimanlah
kepada Allah dan
Rasul-Nya, Nabi yang
ummi yang beriman kepada
Allah dan kalimah-kalimah-
Nya (kitab-kitab) dan
ikutlah Dia supaya kamu
mendapat petunjuk."
Kembali ke muka utama
|