A+ A A-

Sambutan Hari Polis Ke-92 pada Januari 2013

PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyerahkan poster sempena sambutan ulang tahun penubuhan Pasukan Polis Diraja Brunei yang ke-92. (Foto: Azmah Haji Ahad)

MUARA, Isnin, 24 Disember. - Pasukan Polis Diraja Brunei akan menyambut Ulang Tahun Ke-92 Penubuhannya pada Januari 2013.

Bagi membarigakan sambutan itu, Majlis Pelancaran dan Penyerahan Poster berlangsung di Lobi Bangunan Tembak Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah diikuti penyerahan poster kepada Pengarah-pengarah Jabatan, Pegawai-pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Formasi dan Unit oleh tetamu kehormat.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pelancaran poster adalah salah satu acara menandakan Sambutan Hari Polis dan kemuncaknya acara Perbarisan Kawalan Kehormatan.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin bin Mohd. Noor, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Unit dan Formasi, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Polis serta Ahli Pangkat Rendah.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel