A+ A A-

Sejarah bangsa perlu dihidupkan

PENGETUA Pusat Sejarah, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar semasa menyampaikan taklimatnya dalam Sesi Muzakarah Sejarah Bagi Guru-Guru Sejarah 2013. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Januari. - Sejarah bangsa perlu dihidupkan dan memasyarakatkannya secara berterusan agar penghayatan dan kesedaran terhadap kepentingan sejarah itu khususnya dalam pembangunan negara dan tamadun bangsa akan lebih kukuh dan menyerlah.

Sehubungan itu, Pusat Sejarah Brunei (PSB), buat julung kalinya mengadakan Sesi Muzakarah Sejarah Bagi Guru-Guru Sejarah 2013 dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan di Dewan Jawatan Dalam, PSB.

Sesi Muzakarah Sejarah itu diadakan selama dua sesi, iaitu 19 dan 21 Januari 2013, merupakan susulan bagi Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Tahun 2012 yang telah diadakan pada 29 Ogos 2012 di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi muzakarah itu ialah Pengetua Pusat Sejarah, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

Majlis itu bertepatan dengan saranan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Hazair bin Haji Abdullah, supaya PSB dan semua pihak yang berkepentingan seperti sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi pengajian tinggi berganding bahu dalam mengambil langkah yang proaktif.

Selain itu, sesi ini diharap akan dapat meningkatkan lagi kesedaran guru-guru sejarah tentang kepentingan pembelajaran sejarah, di samping memotivasikan lagi para guru sejarah supaya menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah kerana guru adalah pendidik anak bangsa yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.

Sementara itu, dihasratkan supaya dapat dijadikan sebagai wadah dalam membantu memberikan kefahaman kepada guru sejarah tentang kepentingan sejarah tanah air, membina keyakinan diri mereka dalam penyampaian sejarah, sesuai dengan visi dan misi jabatan ini sebagai Pusat Sumber Persejarahan Brunei Darussalam (PSPBD).

PSPBD berperanan dalam menangani dan mengendalikan penyelidikan dan pengkajian, pengumpulan, pendokumentasian, pemeliharaan dan pemuliharaan, penerbitan dan pameran tentang persejarahan Negara Brunei Darussalam.

Matlamat sesi ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi dan meningkatkan kesedaran pada kalangan para guru sejarah tentang kepentingan pembelajaran sejarah, di samping membentuk minat para pelajar tentang sejarah tanah air dan program ini juga boleh dimanfaatkan oleh para guru sejarah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah negara ini.

Objektif sesi ini untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru sejarah terutamanya yang berkaitan dengan sejarah Brunei dan untuk membolehkan guru-guru sejarah berkongsi idea, bertukar-tukar pendapat mahupun memberikan cadangan untuk penambahbaikan pembelajaran sejarah negara ini serta membolehkan guru-guru sejarah menambah pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa sejarah tanah air.

Di samping itu, untuk meningkatkan kesedaran para guru sejarah terhadap pembelajaran sejarah yang bersifat analitikal dan kritis dan mendekatkan para guru sejarah terhadap kepentingan PSB sebagai PSPBD dan memberi peluang kepada guru-guru sejarah berinteraksi dengan Yang Berhormat Pengetua Pusat Sejarah sebagai pakar rujuk sejarah.

Para guru yang mengikuti sesi muzakarah ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Kumpulan Pateh Berbai, Kumpulan Celapa, Kumpulan Jongsarat, Kumpulan Wajid, Kumpulan Rakis, Kumpulan Nakhoda Ragam, Kumpulan Lumut Lunting dan Kumpulan Sinipit dan sesi soal jawab pun dikemukakan kepada para guru.

 

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel