A+ A A-

Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-52 pada 1 Jun 2013

PENGARAH Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad selaku tetamu khas menerima Poster hari Ulang Tahun ABDB ke-52 tahun daripada Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said, Komandan Maktab Turus ABDB juga selaku Pengerusi Hari Ulang tahun ABDB ke-52 Tahun bertempat di Mess Pegawai Bolkiah Garison. (Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mei. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menyambut ulang tahun penubuhannya setiap 31 Mei dan pada  tahun ini ABDB akan meraikan acara kemuncak penubuhannya yang ke-52 pada hari Sabtu, 1 Jun 2013.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Komandan Akademi Pertahanan, Kolonel Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyerahan Poster Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-52 berlangsung di Mess Pegawai, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, di sini.

Sejajar dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, tema Sambutan HUT ABDB pada tahun ini jelasnya juga dikekalkan iaitu ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’.

Jawatankuasa Tertinggi sambutan terangnya, akan mengungkayahkan beberapa acara termasuk Acara Kemasyarakatan iaitu Majlis Meraikan Anak-Anak Istimewa ABDB, Majlis Penanaman Pokok, Acara Menderma Darah yang merangkumi semua perkhemahan, Majlis Penyampaian Cenderahati Anak-Anak Lahir pada 31 Mei, Projek Titian Amal, Jerayawara Kesihatan dan Pergigian serta Majlis Meraikan Anak-Anak Cemerlang ABDB.

Beliau menambah, dalam acara keagamaan pula meliputi Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB ke-52 dan Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat ABDB.

Sementara itu acara sukan juga tambahnya akan mengambil tempat di Triathlon Terbuka 2013 dan Perlawanan Golf.

Acara utama pada 1 Jun itu nanti didahului dengan  acara kemuncak yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat awam dengan anggota ABDB yang diharap dapat menarik minat generasi muda untuk menjadikan perkhidmatan di dalam ABDB sebagai pilihan utama bagi karier atau kerjaya mereka nanti.

Terdahulu sebelum itu, Kolonel Pengiran Haji Maiddin yang juga selaku Pengerusi Sambutan HUT ABDB ke-52  menyerahkan poster kepada tetamu khas iaitu Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

Ianya diikuti dengan penyerahan poster-poster kepada Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam dan wakil-wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk wakil-wakil dari unit-unit ABDB dan Jabatanarah-jabatanarah di bawah Kementerian Pertahanan.

Lebih 2,100 keping poster dicetak bagi sambutan tahun ini yang bertujuan untuk memberi makluman dan kesedaran kepada orang ramai mengenai Sambutan HUT ABDB ke-52 yang akan diraikan di Bolkiah Garison pada 1 Jun 2013.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel