A+ A A-

SPN21 sediakan pendidikan inklusif

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku tetamu kehormat semasa berucap pada majlis penutup Kongres Rangkaian Autisme ASEAN (AAN) Kali Ke-2. (Foto: Pg. Haji Bahar Pg. Haji Omar)

GADONG, Isnin, 29 April.- Sistem pendidikan Negara Brunei Darussalam menyokong sepenuhnya akses kepada pendidikan untuk semua kanak-kanak tanpa mengira keupayaan mereka.

Dasar Pendidikan Khas menyediakan rangka kerja bagi pembangunan sistem pendidikan yang memenuhi keperluan semua kanak-kanak termasuk mereka yang mempunyai pelbagai keperluan dalam pembelajaran.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyatakan perkara tersebut pada Majlis Penutupan Rasmi Kongres Rangkaian Autisme ASEAN Kali Ke-2 bertempat di salah sebuah hotel di gadong, di sini.

Yang Berhormat berkata, Kementerian Pendidikan telah lama komited ke arah pendekatan pendidikan untuk semua dengan perlaksanaan pendidikan inklusif pada tahun 1997 yang mana kanak-kanak sekolah semua peringkat umur dengan pelbagai keperluan pembelajaran belajar bersama-sama dengan rakan-rakan mereka di dalam kelas biasa.

Dengan perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) jelas Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mencapai kualiti pendidikan dan memupuk perkembangan pelajar-pelajar melalui penyediaan pelbagai pilihan yang membolehkan pelajar untuk memilih program pendidikan bersesuaian dengan keupayaan, kepentingan, kecenderungan, pertumbuhan dan pembangunan mereka.

Bagi merealisasikan perlaksanaan pendidikan inklusif itu ujar Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta organisasi- organisasi bukan kerajaan.

Yang Berhormat turut mengongsikan bahawa pelajar yang dalam rawatan jangka masa panjang di hospital kini menerima sokongan bantuan pembelajaran dalam bilik wad khas di hospital.

Dalam hal ini Menteri Pendidikan, menggalakkan agar semua pihak yang berkepentingan terutama ibu bapa untuk bekerjasama bagi memastikan bahawa pelajar-pelajar dengan 'Autism Spectrum Disorder' (ASD) menerima sokongan pembelajaran yang mereka perlukan bagi merealisasikan potensi mereka dan mampu untuk mengambil bahagian secara berkesan di sekolah-sekolah.

Yang Berhormat menambah, ini akan membantu menghapuskan halangan dan mendukung amalan pendidikan inklusif, dengan memastikan pencapaian pendidikan berkualiti untuk semua.

"Inisiatif terkini yang diambil oleh Kementerian Pendidikan di Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi keperluan pelajar yang berkeperluan khas secara berkesan termasuk penubuhan sembilan sekolah 'Model Inclusive schools of Excellent Services of Children' iaitu lima di peringkat Sekolah Rendah dan Empat di peringkat sekolah menengah."

"Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan peralatan pembelajaran khusus dan sumber-sumber pengajaran untuk pelbagai pelajar dengan pelbagai keperluan."

"Tujuannya adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran relevan supaya mereka mempunyai kompetensi untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dengan rakan-rakan mereka di dalam kelas," jelas Yang Berhormat.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel