PERATURAN PENGIKLANAN DALAM EDISI PELITA BRUNEI
- IKLAN hendaklah dialamatkan kepada : Penerbit Iklan Pelita Brunei, Bahagian Akhbar, Tingkat 2, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam.
- Rang iklan hendaklah dimasukkan dalam disket menggunakan Microsoft Word dengan saiz font 11 ke 12 point, manakala persuratan mengenainya boleh dihantar dalam "hard copy".
- Iklan hendaklah sampai kepada penerbit dua (2) minggu sebelum tarikh terbit iklan yang dikehendaki.
- Rang iklan hendaklah dalam Bahasa Melayu menggunakan Sistem Ejaan Rumi baru. Bahasa Inggeris hanya boleh digunakan bagi deskripsi iklan yang dibukakan untuk penyertaan dari luar negeri atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
- Iklan-iklan hanya akan diterbitkan dua kali, itu pun jika belum sampai kepada tarikh tutup tawaran. Walau bagaimanapun pengeluaran iklan yang diterima adalah tertakluk kepada kekosongan ruangan.
- Jika perubahan mendadak pada iklan-iklan yang sudah dihantar hendaklah dimaklumkan kepada penerbit tidak lewat pada hari Sabtu sebelum jam 10.00 pagi bagi iklan yang akan diterbitkan pada minggu berikutnya.
- Sebarang iklan yang hendak ditarik balik (dibatalkan) hendaklah dimaklumkan tidak lewat dari hari Khamis 11.30 pagi iaitu bagi iklan yang akan diterbitkan pada hari Rabu akan datang.
- Hanya kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi separuh kerajaan sahaja yang diterima mengiklankan di PELITA BRUNEI.
- Hanya permohonan iklan-iklan yang mematuhi syarat-syarat dan peraturan ini sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Iklan-iklan juga boleh di hantar terus melalui e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

