A+ A A-

JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT 7(A) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT)
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 27 FEBRUARI 2013
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MAC 2013
BILANGAN IKLAN : 08/02/13 (SPA/BIKL)

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am :

a)PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian Ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini.
d) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


1. PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi
Massa atau bidang bersesuaian.

b) TANGGAGAJI B.2:

i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

3. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

4. Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

5. Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

6. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

2. JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:

1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian.

2. Pernah mengikuti latihan pemeliharaan / penyelenggaraan terhadap "Specialist Equipment" Lapangan Terbang seperti ATC Primary and Secondary Radar/ATM, Meteorological Radar, Transmitter & Receivers, Instrument Landing System dan lain-lain lagi adalah kelebihan.

3. PENOLONG PENYUNTING
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:

1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian.

ATAU

b) Sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Penerbit Tingkat II / Pelatih Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.

2. Mempunyai kepekaan terhadap perkembangan dan hal ehwal dalam negeri, serantau dan antarabangsa.

3. Pengalaman dan kecenderungan di bidang Kewartawanan dan Penyuntingan adalah keutamaan.

4. Berkeupayaan untuk bertugas dalam suasana tegang.

5. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

6. Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft office.

4. PENGAWAS KECIL KOMPLEKS PERIKANAN
JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2 EB. 3 ($530- $1,125 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:

1. a) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding termasuk mata pelajaran Sains.

ATAU

b) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

ATAU

c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.2/E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

2. Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 40 tahun dan berbadan sihat.

3. Berpengalaman dalam kerja-kerja mengawas kakitangan adalah kelebihan.

4. Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4:

KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2
PEJABAT
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961 / 2381337 (BHG. PENGAMBILAN)
TEL NO: 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN)

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

GH5. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=2

KELAYAKAN MINIMUM:

1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Ekonomi / Politics / Legal atau bidang bersesuaian.

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan Salinan-Salinan Surat Beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut:

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH5:

JABATAN PERDANA MENTERI,
JALAN KUMBANG PASANG,
BANDAR SERI BEGAWAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH5ADALAHPADAHARI RABU 13 MAC 2013.

GH6. PENGAJAR TEKNIK KANAN
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.11 (BAHAGIAN II)
KEKOSONGAN=18

KELAYAKAN MINIMUM:

1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam salah satu bidang berikut atau bidang bersesuaian:

• Automotive Engineering / Automotive Technology
• Building Services Engineering
• Business / Entrepreneurship Studies
• English / TESOL / TEFL / TESL / English Major
• Library Science / Librarianship and Library Management
• Marine Engineering
• Metallurgy / Welding / Welding and Fabrication
• Network Engineering
• Pharmacy Studies
• Plant and Process Engineering / Mechanical Engineering.

2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

GH7. PENGAJAR TEKNIK
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.3 (BAHAGIAN III)
KEKOSONGAN=14

KELAYAKAN MINIMUM:

1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam salah satu bidang berikut atau bidang bersesuaian:

• Business Studies / Business and Finance / Entrepreneurship Studies
• Construction / Building Services
• Computer Studies / Information Technology / ICT
• Computer Network Engineering
• Cosmetology (Hairdressing / Beauty)
• Furniture and Cabinet Making
• Library Science / Library and Information Services
• Machining / Machining and Fitting
• Marine Engineering / Marine Engineering with 4th Class Engineer
• Mechatronic Engineering
• Plant and Process Engineering / Mechanical Engineering
• Shorthand, Typing Skill / Shorthand and Secretarial Studies

2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan Salinan-Salinan Surat Beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut:

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH6 & GH7:

BAHAGIAN PENGURUSAN PERSONEL
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
TINGKAT 1,
SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU,
GADONG, BE1310,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH6 & GH7 ADALAH PADA HARI KHAMIS 14 MAC 2013.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel