A+ A A-

INSTITUSI MEMEDULI RAKYAT

ADALAH menjadi tanggungjawab semua rakyat dan penduduk negara ini untuk mengangkat dan memartabatkan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) sebagai platform dan wadah yang sihat untuk menyalurkan pendapat dan pandangan yang menyumbang kepada kesinambungan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara serta menjamin kesejahteraan negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyatakan harapan bahawa persidangan MMN dan fungsi peranan ahli-ahlinya adalah merupakan wadah strategik yang berperanan untuk memikir, membahas serta membuat sokongan yang terbaik bagi faedah pembangunan negara supaya kekal menjadi 'Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur'.

MMN adalah seperti Majlis-Majlis Mesyuarat yang lain juga. Ia berperanan sebagai badan penasihat kepada Kebawah DYMM dalam perkaraperkara yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan negara. Pandangan atau buah fikiran diberikan oleh ahli-ahli adalah secara 'konservatif' untuk mencapai 'konsensus'.

Sebagai sebuah institusi yang sangat strategic dalam usaha Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya, pada masa ini dan pada masa akan datang, generasi demi generasi, untuk kekal dalam aman damai dan makmur sejahtera. Maka sesuatu keputusan secara konsensus, apabila berlaku 'kegagalan' janganlah menuding jari kepada pihak lain.

Antara petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Perasmian MMN Ke-4, baginda bertitah : "Oleh itu diharapkan kepada ahli-ahli supaya berpandangan jauh dalam perbincangan, dengan penjurusan ialah, kepada isu-isu strategik yang bermanfaat bagi rakyat, selaras dengan hala tuju negara dalam tahun-tahun mendatang. Mutu perbincangan adalah turut ditentukan oleh sifatnya yang substantif, membina dan berasaskan kepada kajian-kajian fakta yang teliti dan tepat."

Kita sedar apa jua perubahan yang berlaku mempunyai risikonya tersendiri. Tidak ada satu pun perubahan yang seratus peratus tepat walaupun dirancang dengan penuh berhati-hati dan ketelitian. Melalui permesyuaratan, kita sebenarnya adalah membuka jalan untuk lebih kaya dengan idea-idea baru dan pengalaman.

Seperti yang dititahkan oleh Kebawah DYMM sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-7 MMN : "Akhirnya Beta menyeru kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat supaya dapat meneruskan serta melipatgandakan usaha masing-masing dalam memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan pedalaman. Apa jua permasalahan itu kita tangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding dan hati yang terbuka dalam dewan yang mulia ini".

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel