|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN:01 SEPTEMBER 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 SEPTEMBER 2010
BILANGAN IKLAN: 35/09/10 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d) Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PEGAWAI ALAM SEKITAR
JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN
DAN REKREASI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM:
a)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Alam Sekitar/ Kejuruteraan Alam Sekitar / Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian.
2. PEGAWAI OPERASI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA
DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
b)TANGGAGAJI B.2:
i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii)Pernah berkhidmat (pesara) dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam pangkat Kapten, atau Polis Diraja Brunei dalam pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP).
2. Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun.
3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai dengan sejarah dan konsep latihan Outward Bound, prinsip-prinsip latihan pengembaraan, pemeliharaan dan pembetulan kemudahan serta peralatan Outward Bound Brunei Darussalam, Sistem Pengurusan Latihan, Pentadbiran dan Logistik.
4. Calon-calon yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkayak / berkenu (laut/sungai berjeram), berkemah secara berekspidisi, merentas hutan, abseiling, mendaki batu (rock climbing), mendaki gunung, menjalankan latihan, pengawasan cadaran tali menali (ropes challenge course) serta bidang pendidikan atau kegiatan pembangunan tidak kurang dari 5 tahun adalah keutamaan.
5. Boleh berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang.
6. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
7. Calon lelaki yang bermastautin di Daerah Temburong adalah keutamaan.
3. PENOLONG PENGUASA BOMBA
DAN PENYELAMAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)
KEKOSONGAN=5
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian. Kelulusan dalam salah satu bidang-bidang berikut adalah kelebihan:
• Civil Engineering
• Computing
• Construction Engineering and Management
• Electrical and Electronic Engineering
• Information Technology
• Mechanical Engineering
• Automotive Engineering
• Marine Engineering
Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
b) KELAYAKAN FIZIKAL:
i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 32 tahun
ii)Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv) Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v)Tiada masalah pendengaran.
vi)Tidak buta warna (colour blind).
vii)Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).
c) UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
d) KURSUS / LATIHAN:
i)Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.
ii)Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
iii)Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
ATAU
2. i)Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
ATAU
3. i)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 5 tahun.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
4. Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.
SYARAT-SYARAT LAIN:
i) Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
ii) Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
i)Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
ii)Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
4. PEMANDU OUTBOT TINGKAT I
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
D.4-5 EB.6 ($1,225- $1,785 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Marine atau bidang bersesuaian.
ATAU
b) Mempunyai Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Laut Kelas 9 (terhad bagi Pemandu Motor Sangkut).
i)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Motor Sangkut Tingkat I / Pemandu Motor Sangkut Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii)Mempunyai pengalaman memandu motor sangkut tidak kurang dari 9 tahun.
2. Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perairan-perairan Sungai Brunei, Sungai Temburong dan Pelabuhan Muara.
3. Mempunyai pengalaman dalam memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil injin motor sangkut dan perahu.
5. PEGAWAI BALAI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)
KEKOSONGAN=9
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian . Kelulusan dalam salah satu bidang-bidang berikut adalah kelebihan:
• Civil Engineering
• Construction Engineering and Management
• Electrical and Electronic Engineering
• Information Technology
• Mechanical Engineering
• Refrigeration and Air-Conditioning Engineering
• Computer Studies
• Marine Engineering
• Construction
• Geomatics
• Interior Design
• Electronic & Communication Engineering
Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
b) KELAYAKAN FIZIKAL:
i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 30 tahun
ii) Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv) Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v)Tiada masalah pendengaran.
vi)Tidak buta warna (colour blind).
vii)Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).
c) UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
d) KURSUS / LATIHAN:
i)Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.
ii)Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
iii)Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
ATAU
2. i)Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
ATAU
3. i Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P.5 tidak kurang dari 3 tahun.
ii) Lulus Kursus Khas Persediaan Pegawai Balai.
iii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
4. Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.
SYARAT-SYARAT LAIN:
i)Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
ii)Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yangberkuatkuasa dari masa ke semasa.
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
i)Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
ii)Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syaratbagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
6. TIMBALAN PEGAWAI BALAI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=27
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian. Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
b) KELAYAKAN FIZIKAL:
i)Umur - Di antara 18 tahun hingga 26 tahun
ii)Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii)Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv)Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v)Tiada masalah pendengaran.
vi)Tidak buta warna (colour blind).
vii)Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).
c) UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
d) KURSUS / LATIHAN:
i)Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau diseberang laut dari masa ke semasa.
ii)Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
iii)Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
ATAU
2. i)Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
ATAU
3. i)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai dalam tanggagaji P.4 tidak kurang dari 3 tahun.
ii)Lulus Kursus Khas Persediaan Timbalan Pegawai Balai.
iii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
SYARAT-SYARAT LAIN:
i)Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
ii)Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
i)Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
ii)Timbalan Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
7. PENOLONG PEGAWAI BALAI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)
KEKOSONGAN=20
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian. Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
b) KELAYAKAN FIZIKAL
i)Umur - Di antara 18 tahun hingga 26 tahun
ii)Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii)Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv)Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v)Tiada masalah pendengaran.
vi)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dalam jarak dekat.
vii)Tidak buta warna (colour blind).
viii)Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter)
c) UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
d) KURSUS / LATIHAN:
i)Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.
ii)Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
iii)Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
ATAU
2. i)Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
ATAU
3. i)Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan dalam tanggagaji P.3 tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Persediaan Penolong Pegawai Balai.
ii)Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
SYARAT-SYARAT LAIN:
i)Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
ii)Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
i)Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
ii)Penolong Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 15 SEPTEMBER 2010 tidak dilayan.
9. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
• Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
• Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
10. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
PERMOHONAN adalah dipelawa dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah :-
1. Kerani Kewangan
Kelayakan Asas:
a)Mempunyai Kelulusan akademik sekurangkurangnya 4 ‘O’ Level termasuk I matapelajaran akaun atau yang sebanding dengannya.
b)Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman tiga (3) tahun dalam bidang perkeranian terutama dalam bidang kerja perakaunan.
c)Mahir menggunakan applikasi komputer seperti Microsoft Word, Excell dan sebagainya.
d)Boleh menulis dan bertutur dengan baik dan menguturakan buah fikiran dengan jelas dan baik.
e)Berkesanggupan bekerja di luar waktu pejabat dan di luar daerah.
Peringatan: Borang permohonan boleh didapati di:-
Ibu Pejabat
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Gadong BA 1511
Negara Brunei Darussalam
Hanya permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat dari hari Selasa , 14 September 2010, jam : 5.00 petang.
ULANGAN IKLAN JAWATAN KOSONG
KELUARAN: 25 OGOS 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
08 SEPTEMBER 2010
BILANGAN: 34/08/10 (SPA/BMI)
3. SETIAUSAHA KETIGA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
DAN PERDAGANGAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=7
KELAYAKAN MINIMUM:
a)i BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii)Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
b)Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam bidang Teknologi Maklumat adalah kelebihan.
c)Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa asing yang lain adalah kelebihan.
PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
2. JURUTERA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($1,990 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($1,990 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
TANGGAGAJI DI ATAS ADALAH DIBETULKAN SEPERTI BERIKUT:
2. JURUTERA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA
DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
NOTA: Tempat menghantar borang dan tarikh tutup iklan untuk jawatan-jawatan ini adalah dikekalkan.
Dikemaskini 1 September 2010 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|