|
Pelita Brunei - Hasrat Negara
HASRAT NEGARA
Keamanan tidak
ternilai harganya
Assalamu'alaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh
Bismillahir
Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi
Rabbil'alameen,
Wabihee Nasta'eenu
'Alaa Umuriddunyaa
Waddeen,
Wassalaatu Wassalaamu
'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina
Muhammadin, Wa'alaa
Aalihee Wasahbihee
Ajma’een, Waba'du.
BARU
sahaja lebih
sebulan kita melangkah
ke dalam
Tahun Baru Hijriah
1433, dan kini, dengan
izin Allah Subhanahu
Wata'ala, kita memasuki
pula Tahun Baru Masihi
2012.
Sewajarnyalah kita
wajib bersyukur di atas
rahmat Allah kepada
kita berupa umur panjang
dan keamanan negara.
Keamanan itu tidak
ternilai harganya. Ia
bukan saja patut disyukuri
malahan juga mesti
dipelihara. Memelihara
keamanan adalah tanggungjawab
semua. Pembangunan
tidak ada ertinya
tanpa keamanan.
Kerana keamananlah
satu-satu pembangunan
itu dapat berjalan dengan
lancar tanpa gangguan.
Sebaliknya jika tidak ada
keamanan, semua pembangunan
boleh tergendala
dan gagal.
Kita melangkah ke
tahun baru dengan azam,
untuk memperbaiki kelemahan-
kelemahan jika
ada, di samping bersedia
menghadapi cabarancabaran
mendatang yang
pasti wujud.
Sama ada cabaran itu
bersifat dalaman atau
global, kedua-duanya
perlu dihadapi dengan
penuh kebijaksanaan dan
lapang dada.
Contoh satu cabaran
besar, apabila beberapa
bulan yang lalu, dunia
telah dikejutkan oleh satu
berita tentang hutang yang
amat tinggi bagi sebilangan
negara-negara maju.
Impaknya, turut menjadikan
ekonomi dan kewangan
global semakin
meruncing.
Kadar hutang yang tinggi
dan di luar kemampuan,
bukan saja menjejaskan
pertumbuhan sesebuah
negara, malahan juga
mampu menggugat ekonomi
global. Banyak
negara, termasuk negara-
negara di rantau
ini, turut mengalami
kesannya.
Ini, jika berlarutan, boleh
saja turut menjejaskan
ekonomi kita sendiri yang
lebih bergantung kepada
industri minyak dan gas.
Kerana itu, beta dengan
tidak jemu-jemunya mengingatkan,
supaya kita
melipatgandakan lagi usaha
ke arah mempelbagaikan
ekonomi negara.
Pada tahun 2012 ini,
insya-Allah, kita akan
mengukuhkan lagi usaha-
usaha ke arah itu, melalui
Rancangan Kemajuan
Negara Ke-10 (RKN
Ke-10) yang akan bermula
pada 1 April 2012.
Salah satu fokusnya
nanti ialah untuk mewujudkan
suasana perniagaan
yang lebih kondusif
supaya sektor swasta akan
dapat berkembang dengan
lebih cepat dan mudah.
Oleh itu, beta berharap,
kita akan lebih komited
untuk melaksanakan
inisiatif-inisiatif dan projek-
projek di bawah RKN
ini, terutamanya dalam
pemberian perkhidmatan
kepada orang ramai.
Ini adalah tanggungjawab
kita semua untuk
memikulnya dengan penuh
kesungguhan. Dengan
adanya pencapaian kita
di dalam bidang-bidang
yang penting, maka sudah
barang tentu, negara dan
rakyat akan dapat mengekalkan
kehidupan yang
makmur dengan izin
Allah.
Di samping itu, jangan
pula lupa, turut menjadi
kunci kestabilan dan
kemakmuran ialah amalan
berjimat cermat. Sikap
berhemat dalam berbelanja,
sama ada di peringkat
kerajaan, rumah tangga
mahupun individu
adalah tonggak survival
ekonomi negara. Kerana
itu, berbelanja besar di
luar kemampuan adalah
satu tragedi pahit.
Oleh itu, tidak ada
pilihan lain dari mengawal
dan mengelakkan apa jua
jenis pembaziran, termasuk
ke atas kemudahan-kemudahan yang
diberikan subsidi, seperti
tenaga.
Penguatkuasaan tarif
elektrik yang baru akan
bermula esok. Ia perlu
mendapat sokongan daripada
kita semua sebagai
langkah mengawal pembaziran.
Penjimatan tenaga,
akan secara langsung
mengurangkan kadar
penggunaan minyak dan
gas tempatan, yang juga
akan membolehkannya
lebih banyak untuk eksport
dan industri hiliran
bagi meningkatkan lagi
pendapatan negara dan
juga peluang pekerjaan.
Dalam aspek sosial,
kerajaan beta juga akan
terus memberikan perhatian
kepada program-
program pembangunan,
seperti perumahan,
kesihatan dan
keselamatan makanan.
Di bidang kesihatan,
beta sangatlah mengambil
berat tentang peningkatan
penyakit-penyakit tidak
berjangkit, seperti kencing
manis, darah tinggi, buah
pinggang, kanser dan
sakit jantung.
Akhir-akhir ini, beta
sangat bimbang terhadap
dapatan-dapatan kajian
yang menunjukkan terdapat
peningkatan obesiti
di negara ini. Ini adalah
pertanda adanya amalan
kehidupan yang tidak
seimbang.
Marilah sama-sama kita
membina azam untuk
lebih berdisiplin dalam
menjaga kesihatan, khasnya
dalam perkara memilih
makanan sihat, menghindari
rokok dan rajin
beriadah.
Sebagai sebahagian dari
proses pendidikan dan
pembinaan disiplin diri,
kerajaan beta telah
meluluskan Program
Khidmat Bakti Negara
untuk para belia.
Program ini dilaksanakan
secara berperingkat,
bermula dari skala kecil,
bagi memastikan kemajuannya
adalah teratur.
Di arena antarabangsa,
beta gembira negara kita
akan menjadi tuan rumah
kepada Sidang Kemuncak
ASEAN pada tahun 2013.
Dengan demikian, pada
tahun 2012 ini, kita
kenalah memastikan
persiapan awal untuk
menjayakan mesyuarat
yang penting itu.
Akhir sekali, beta
sukacita merakamkan
ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima
kasih kepada semua
peringkat pegawai dan
kakitangan Perkhidmatan
Awam, pasukan-pasukan
keselamatan dan juga
kepada mereka yang
berkhidmat di sektor swasta
di atas segala usaha
melaksanakan tanggungjawab
masing-masing.
Di kesempatan ini juga,
beta dan keluarga beta
tidak lupa mengucapkan
Selamat Tahun Baru
Masihi 2012 kepada
seluruh rakyat dan penduduk,
semoga kita dan
negara akan terus mendapat
rahmat dan pemeliharaan
Allah Subhanahu
Wata'ala Amin.
Sekian, Wabillahit
Taufiq Walhidayah, Wassalamu'alaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Kembali ke muka utama
|