|
Pelita Brunei - Hasrat Negara
HALUAN
Negara perlu tenaga kerja inovatif, kreatif, berdaya saing
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh
SEPERTI yang kita sedia maklum untuk
mencapai matlamat Wawasan Negara
Brunei Darussalam 2035 adalah perlu
negara ini mempunyai rakyat yang berpendidikan
dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai
lapangan. Ke arah itu Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah membuat pelaburan tinggi
dan melaksanakan pelbagai usaha dalam
memastikan sistem pendidikan di negara ini
adalah antara yang terbaik di dunia demi untuk
memastikan rakyat di Negara Brunei
Darussalam mempunyai pendidikan dan
kemahiran yang tinggi agar ekonomi dan
kualiti hidup kita di tahap yang mampan dan
sustainable.
Sebagai negara yang sedang pesat
membangun seperti juga negara-negara lain,
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
mengambil perhatian yang serius ke atas
bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Ini
adalah bertujuan untuk mengeluarkan lebih
ramai lagi anak-anak tempatan yang mahir di
dalam pelbagai profesion dan bidang yang
bukan hanya untuk perkhidmatan dalam sektor
kerajaan malahan juga bagi mendukung dan
menyumbang ke arah pertumbuhan serta
kemajuan sektor swasta dan kepelbagaian
industri di negara ini.
Ini adalah juga selaras dengan matlamat
utama pendidikan teknikal dan vokasional di
negara ini, iaitu untuk memberi fokus serta
peluang kepada pelajar-pelajar yang lebih
cenderung kepada pembelajaran yang
berbentuk kemahiran teknikal dan praktikal
untuk mendapatkan kelulusan dan kemahiran.
Seperti yang kita sedia maklum negara kita
memerlukan lebih ramai yang mempunyai
kelulusan dan kemahiran dalam bidang-bidang
kejuruteraan dan peralatan mekanikal,
bidang-bidang berkaitan dengan binaan,
pemasangan dan pemeliharaan infrastruktur
apatah lagi dari kalangan anak-anak tempatan
sendiri. Kemahiran seperti ini adalah
sangat-sangat diperlukan dan mempunyai
pasaran yang sangat tinggi di negara-negara
yang pesat membangun.
Dalam usaha Negara Brunei Darussalam
untuk mempelbagaikan ekonomi negara serta
bagi mencapai matlamat negara untuk menjadi
antara sepuluh ekonomi teratas di dunia, kita
telah memberi fokus kepada aktiviti yang
menyumbang kepada mengembangluaskan
sektor ekonomi umpamanya dalam bidang
teknologi, pertanian, perikanan, pelancongan,
pengangkutan, petrochemical, ICT,
perkhidmatan dan lain-lain. Projek-projek
seperti Sungai Liang Industrial Park (SPARK),
Projek Pulau Muara Besar, iCentre yang sudah
setentunya memerlukan kemahiran teknikal
dan vokasional untuk menjayakan projekprojek
ini. Oleh yang demikian sumbangan
dari anak-anak tempatan khususnya keluaran
pendidikan teknikal dan vokasional adalah
sangat dialu-alukan. Dari itu para graduan
hendaklah merebut peluang ini dengan
memperlihatkan kebolehan dan kemahiran
masing-masing untuk melayakkan diri
mendapat pekerjaan yang bersesuaian.
Peluang pekerjaan bagi para graduan
institusi teknikal dan vokasional di negara ini
juga bertambah luas dengan adanya
inisiatif-inisiatif yang dirancang dan
diungkayahkan oleh agensi-agensi kerajaan
dan pihak-pihak swasta melalui public-private
partnership dalam pelbagai sektor.
Dalam hubungan ini pensejajaran antara kedua-
dua pihak tersebut adalah sangat kritikal
demi memastikan relevansi kemahiran
pelajar-pelajar keluaran institusi pendidikan
teknikal dan vokasional bagi setiap projek
perkembangan ekonomi dan perindustrian di
negara ini.
Dalam kita berusaha untuk menjana
perekonomian negara, kita bukan sahaja
memerlukan kemahiran tertentu malahan juga
menghendaki sumber tenaga kerja yang
kreatif, inovatif dan berdaya saing. Di sinilah
pentingnya peranan graduan-graduan keluaran
institusi pendidikan teknikal dan vokasional.
Dengan adanya latihan yang cukup lengkap,
bimbingan yang kukuh dan terarah disertai
dengan peningkatan kemahiran secara
berterusan, maka tidak mustahil mereka ini di
masa akan datang walaupun kecil jumlahnya
masa kini tetapi akan menjadi antara sumber
tenaga manusia yang berpotensi memantapkan
pembangunan dan kemajuan negara.
Negara Brunei Darussalam seperti juga
negara-negara lain turut mengikut trend
global dalam memberikan kepentingan kepada
bidang sains dan teknologi serta
penyelidikan dan perkembangan termasuklah
keperluan bagi melahirkan reka cipta yang
boleh dikembang majukan. Seperti mana
kandungan dalam buku perancangan kemajuan
jangka panjang Negara Brunei Darussalam
bahawa guna tenaga penyelidikan dan
perkembangan bagi setiap juta penduduk di
Negara Brunei Darussalam ialah 282 pada
tahun 2002-2003. Jumlah ini adalah masih
rendah berbanding negara lain di rantau ini
terutama sekali jika dibandingkan dengan
negara Singapura dan Jepun. Ke arah ini saya
ingin menyarankan kepada para graduan untuk
lebih membuka minda dan menggunakan daya
kreativiti dan inovasi masing-masing agar
dapat disalurkan dalam aktiviti-aktiviti
penyelidikan sains, teknologi dan inovasi. Kita
berhasrat di masa akan datang ada wujudnya
anak-anak tempatan termasuk dari kalangan
graduan dari institusi pendidikan teknikal dan
vokasional di negara ini yang akan mampu
menghasilkan produk-produk yang unik,
berinovasi dan berkualiti tinggi. Dengan yang
sedemikian ianya bukan sahaja mampu
menembusi pasaran tempatan malahan di
peringkat antarabangsa yang bukan sahaja
dapat meningkatkan pendapatan sendiri
bahkan sekali gus meningkatkan produktiviti
dan memantapkan ekonomi negara.. Jadikanlah
ini sebagai satu cabaran yang perlu diterokai
dalam sama-sama memperkembangkan
bakat dan kemahiran yang ada dalam usaha
memartabatkan Negara Brunei Darussalam di
persada antarabangsa.
Saya difahamkan bahawa pada tahun 2011
seramai 4,233 orang pelajar sedang menjalani
pelbagai bidang di tujuh buah institusi pendidikan
teknik dan vokasional di negara ini. Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Negara Brunei Darussalam
akan terus mengukuhkan pendidkan teknikal dan
vokasional. Ini adalah jelas dengan peningkatan
usaha kerajaan yang memperluaskan lagi
peluang-peluang di negara ini dengan menganugerahkan
skim biasiswa dalam negeri bagi
pendidikan teknikal dan vokasional di institusi
pengajian swasta yang diperkenalkan baru-baru
ini. Oleh iu adalah diharapkan bilangan graduangraduan
institusi pendidikan teknikal dan vokasional
akan bertambah setiap tahun di negara
ini untuk memenuhi keperluan sumber tenaga
manusia di negara ini.
Saya difahamkan satu komponen pendidikan
keusahawan turut diterapkan dalam program-
program pendidikan teknik dan vokasional.
Sehubungan itu saya penuh yakin ianya akan
dapat membantu para graduan untuk lebih
berkeyakinan untuk berkecimpung dalam bidang
perniagaan dan perusahaan sendiri dan tidak
terlalu berharap kepada pasaran kerja di sekotor
Perkhidmatan Awam ataupun swasta. Ini sekali
gus akan menambah lagi bilangan peniagapeniaga
dan pengusaha-penguasha tempatan
yang bersifat komersial.
Para graduan mestilah yakin akan kebolehan
diri sendiri dan jangan sekali-kali bersikap rendah
diri atau inferior disebabkan hanya mempunyai
kelulusan dari institut pendidikan teknik dan
vokasional, kerana dengan kelulusan yang dicapai
serta kemahiran yang ada awang-awang dan
dayang-dayang adalah juga aset negara yang
berharga dan mampu untuk berganding bahu,
berdiri sama tinggi dengan para graduan dari
institusi-institusi pendidikan lain dan sama-sama
berperanan untuk menyumbang kepada pembangunan
dan kemajuan negara.
Di samping pendidikan penjagaan kesihatan
adalah juga sangat penting dalam menjamin
kesejahteraan dan kemakmuran negara. Di
kesempatan ini saya ingin mengingatkan para
graduan yang juga belia harapan bangsa untuk
sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan menjauhi
faktor-faktor yang menyumbang kepada
risiko penyakit tidak berjangkit dan kronik iaitu
dengan tidak merokok menghindarkan pengambilan
makanan yang kurang sihat dan mengamalkan
aktiviti fizikal. kesihatan adalah satu
anugerah yang perlu dihargai dijaga dan jangan
sekali diambil ringan. Negara mahu warga yang
berkeadaan sihat dan cergas bukan sahaja dari
segi fizikal bahkan juga dari segi mental demi
kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Penjagaan
kesihatan kita hendaklah dijadikan sebagai
satu objektif kehidupan bagi keseluruhan rakyat
dan penduduk bagi membolehkan kita lebih
produktif dan sama-sama menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan
pembangunan sosial negara.
Seterusnya saya menyeru kepada para graduan
untuk menjadi modal insan yang berilmu,
berakhlak mulia, beriman, cekal, berani dan
berkeyakinan untuk mengaplikasikan apa jua
pengetahun dan kemahiran yang diperolehi di
sepanjang pembelajaran demi mendukung
Wawasan Negara 2035. Dari itu, kita mahu
melihat para graduan negara ini memiliki jati diri
yang berdaya saing, cekal dan berwibawa dalam
samasama menyumbang kepada pencapaian inspirasi
negara. Kekuatan dan kredibiliti para graduan
masa kini adalah diharapakan akan menjadi
pemangkin kepada pembentukan generasi yang
lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang
bagi survival bangsa dan negara.
Dalam kesempatan ini saya ingin men
gucapkan selamat maju jaya kepada para graduan
yang menerima Diploma Kebangsaan dan Sijil
Kejuruan Kebangsaan. Gunakanlah pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi dalam mengatur
langkah menembusi dunia pekerjaan dan
perniagaan. Walau bagaimanapun, identiti calak
Brunei dan keterampilan diri perlu dijaga,
di samping berusaha memperbaiki komunikasi
interpersonal untuk menyesuaikan diri dalam
suasana kerja dan kehidupan. Hendaklah sentiasa
berusaha membina profesionalisme dalam bertugas
dengan mengamalkan sikap yang terbuka
mata dan bersedia menghayati pembelajaran sepanjang
hayat. Insya-Allah dengan demikian saya
percaya awang-awang dan dayang-dayang akan
memperolehi kejayaan dan kebahagiaan walau
apa pun jenis pekerjaan dan perniagaan yang
diceburi.
Akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada para graduan atas
kejayaan biskita menamatkan pengajian di institusi-
institusi pendidikan teknik dan vokasional
dalam bidang masing-masing di Negara ini dan
seterusnya menerima penganugerahan diploma
kebangsaan dan sijil kejuruan kebangsaan pada
hari ini. Anugerah ini adalah satu lagi titik
pencapaian yang membanggakan bukan sahaja
kepada para graduan tetapi juga kepada ibu bapa
dan keluarga kerana ianya menempatkan satu
pengikhtirafan di atas komitmen dan kegigihan
biskita dalam menempuh dunia pembelajaran
yang penuh cabaran di institusi-institusi pengajian
tinggi yang mana biskita ditempatkan.
Dengan kejayaan masing-masing saya berharap
bis kita semua akan dapat memberi sumbangan
yang berguna kepada kemajuan dan kecemerlangan
bangsa dan negara.
Kembali ke muka utama
|