A+ A A-

PUSAT STANDARD KEBANGSAAN MAINKAN PERANAN UTAMA

HARI Standard Sedunia (World Standards Day) yang disambut pada setiap tahun merupakan hari penghargaan kepada ribuan pakar di seluruh dunia yang berusaha keras dan bekerjasama dengan badan-badan standard antarabangsa. Sambutan berkenaan juga adalah untuk memperingati penubuhan secara rasminya International Organization for Standardization (ISO) pada tahun 1947.

Bersempena dengan Sambutan Hari Standard Sedunia yang diraikan di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) telah menubuhkan satu organisasi di bawah kementerian berkenaan iaitu Pusat Standard Kebangsaan.

Pusat tersebut merupakan urusetia kepada Majlis Standard Kebangsaan yang mempunyai peranan untuk merangka hala tuju serta pelan pelaksanaan dasar ke arah menggalakkan usahawan tempatan untuk mendapatkan pengiktirafan standard di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, KPSSU juga sedang melaksanakan rancangan untuk menjadikan Pusat Standard Kebangsaan sebagai satu badan diiktiraf sepenuhnya sebagai badan akreditasi di negara ini yang akan memastikan kredibiliti badan-badan persijilan dan makmal-makmal ujian di Negara Brunei Darussalam.

Selaras dengan tema Hari Standard Sedunia pada tahun ini iaitu 'International Standards Ensure Positive Change' atau 'Standard Antarabangsa Memastikan Perubahan Positif', ianya akan mengetengahkan kepentingan standard atau piawaian kepada orang ramai serta mendedahkan peranannya dalam meningkatkan produktiviti dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Pada umumnya, faedah penggunaan Standard Antarabangsa dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu perspektif perniagaan, masyarakat dan kerajaan. Ditinjau dari sudut perniagaan, penggunaan standard dalam perniagaan dianggap sebagai kaedah strategik dan garis pandu untuk membantu syarikat dalam menangani cabaran-cabaran yang sering dihadapi dalam perniagaan moden.

Sementara dari perspektif masyarakat, badan antarabangsa seperti ISO mempunyai standard yang menyentuh hampir kesemua aspek kehidupan seharian dan para pengguna mempunyai keyakinan bahawa sesuatu produk adalah selamat, boleh dipercayai dan mempunyai kualiti.

Selain itu, Standard Antarabangsa juga turut menyentuh beberapa aspek di bidang udara, air dan kualiti tanah, pengeluaran dari sumber gas dan radiasi serta alam persekitaran yang menyumbang kepada usaha dalam pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Manakala dari perspektif kerajaan pula standard ISO menarik sejumlah kepakaran antarabangsa yang berpengalaman dan ianya menjadi sumber utama bagi pihak kerajaan dalam membangunkan peraturan-peraturan negara. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh membuat standard ISO sebagai suatu keperluan yang wajib dipatuhi dengan beberapa pelaksanaan dalam memandatkan penggunaan Standard Antarabangsa dalam satu negara.

Oleh yang demikian, penubuhan Pusat Standard Kebangsaan sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan fungsinya setentunya akan dapat memainkan peranan utama dalam pembangunan standard kebangsaan serta membantu mengukuhkan infrastruktur standard di Negara Brunei Darussalam.

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel