Pasukan Kementerian Kesihatan cuba bangkit di set kedua selepas mendahului dengan kiraan 12-9 namun permainan yang sering goyah menyebabkan pasukan JPM berjaya mengikat kedudukan dengan kiraan 14-14 sebelum menamatkannya dengan kiraan yang sama iaitu 25-19.
Pasukan JPM mensahkan kemenangannya apabila menguasai set ketiga dengan kiraan 25-17 sekali gus merangkul pingat emas manakala perak dimenangi oleh pasukan Kementerian Pendidikan.
Perlawanan yang bermula sejak 15 hari bulan lepas di sertai oleh lima buah pasukan termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
Menduduki tempat ketiga jatuh kepada pasukan Kementerian Pertahanan sekali gus merebut gangsa.
(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)
Kembali ke muka utama